Ahad, 27 Disember 2009

MEKAH TAHUN 2010


Assalamualaikum semua,
Inilah dia gambar dan rupa baru kota mekah sekitar tahun 2010 nanti. Sumber gambar diatas aku perolehi dari blogspot blogger faezuddin.blogspot.co

MasyaAllah itulah yang dikatakan sebagai kemajuan, siapa yang dapat menyangka kota mekah kini juga semakin pesat memangun, dan telah banyak pembangunan moden. Kini mekah sudah jauh membangun dan malah bangunan yang dibangunkan juga adalah dengan rekabentuk yang begitu moden.
Aku berdoa semoga satu masa nanti, jika diizinkan dengan rezeki yang luas dan kesihatan yang baik aku ingin kesana lagi, mudahan diperkenankan oleh Tuhan niat suci ku itu.

Selasa, 22 Disember 2009

BICARA KU : DALAM PUISI INI......

Isnin, 21 Disember 2009

KEMBARA YANG SEPI

Tiada lagi segalanya
yang dibawa bersama hanyalah amal semalam

yang menjadi pendamping setia
pada sebuah kembara sepi ini.


Tiada lagi teman disisi
untuk menemani pengembaraan sepi ini
tiada lagi isteri tersayang
sebagai pendamping pada pengembaraan ini

tiada lagi anak - anak untuk mengiringi
sepanjang pengembaraan sepi.


Tiada lagi pakaian yang berjenama
yang dipakai disepanjang pengembaraan ini
tiada lagi kereta mewah untuk dipandu
disepanjang jalan pengembaraan ini
yang dipakai hanyalah kain putih pembalut tubuh
hanya amalan dan iman semasa hidup
yang menjadi pandu pada kembara sepi ini.


Tiada guna lagi memiliki wang berjuta ringgit
tiada lagi guna tanah beribu hektar
yang ditunggu setiap hari sebagai pengiring
disepanjang jalan kembara ini
hanyalah doa dan sedekah
dari mereka yang ada didunia sana


Tiada lagi ruang luas
untuk bebas bergerak
tiada lagi penghawa dingin dikala kepanasan
tiada lagi lampu untuk dinyalakan
pada kala kegelapan melanda
segalanya berpandu pada amal dan taqwa.

Segalanya bergerak bersendirian
Segalanya ditanggung bersendirian
Segalanya dilaksanakan sendirian
tiada lagi sesiapa berada disisi
segalanya berseorangan, bersendirian
rintihan dan kesal yang tiada lagi berguna
tika kembara sepi ini.


Oleh:
HM Tasra
DES, HQ
22 Disember 2009

BICARA KITA : ' MARI KITA CERMIN DIRI KITA SEBELUM KITA TENGOK ORANG LAIN'



Mungkin agak terlalu pelik apabila membaca tajuk yang aku sediakan untuk awda semua baca dalam blog aku kali ini. Entahlah kenapa aku tiba - tiba teringatkan tajuk tersebut dan aku teringin sangat nak muatkan dalam blog aku kali ini. Namun pada hakikatnya ianya adalah untuk peringatan pada diri ku sendiri dan tiada terniat untuk menyindir sesiapa pun.
Kita sering menilai seseorang itu melalui perwatakan yang ditunjukkan kepada kita, namun pernahkah kita menilai diri kita sendiri? Kadang kita terlupa terlalu banyak menilai orang lain sehinggakan diri kita sendiri terlupa untuk menilainya. Sememangnya siapapu yang sanggup mengatakan dirinya terlalu buruk, tiada siapa pun yang sanggup mengatakan dirinya buruk kepada orang lain. Sekalipun aku sendiri, namun sejauh mana kita selalu menilai keperibadian kita seperti mana kita sering menilai keperibadian orang lain? Inilah aspek yang perlu kita lihat dan ambil kira.
Kita terlalu ambil mudah dan senang untuk menilai keperibadian dan perwatakan orang lain, hanya kadang - kadang dengan melihat perwatakan dan gaya yang ditunjukkan ataupun melalui apa yang kita dengar cerita mengenai orang tersebut dari sesuatu. Kita menghakimi keperibadian seseorang itu melalui watak luarannya saja, namun apakah watak luaran itu sama dengan watak dalam dan keperibadian mereka sebenarnya? Kadang watak yang baik yang ditunjukkan oleh seseorang itu hanyalah sebagai pemikat kepada orang lain, namun sebaliknya kadang - kadang ianya mempunyai sikap dalam yang lebih buruk dari apa yang kita nampak.
Kita sering menilai bahawa mereka yang ada dipenjara tersebut adalah orang yang jahat, namun apakah kita pasti orang - orang yang berada diluar penjara itu adalah mereka - mereka yang baik - baik? Sudah tentu tidak semua yang ada diluar ini adalah golongan yang baik - baik. Kita terlupa untuk memberikan penilaian kepada diri kita, kerana semakin banyak pujian yang kita terima dari orang lain membuatkan kita sering terlupa siapa diri kita, sehinggakan kita sering beranggapan yang kita ini adalah seorang yang sempurna. Namun pernahkah kita menilai diri kita sendiri dengan penilaian kita sendiri? Kita selalu terlupa untuk memberikan penilaian kepada diri kita, kadangnya apabila kita sering terlupa untuk menilai kepribadian kita membuatkan kita menjadi ego dan angkuh, kadangnya kita terlupa bahawa penilaian orang itu lebih baik dari penilaian kita sendiri.
Bagi aku teguran dari orang lain adalah amat mustahak untuk memperbaiki diri ku, kerana setengah dari kelemahan kita dapat dinilai oleh orang lain dan selebihnya adalah datang dari kita sendiri. Kadang - kadang tidak semua teguran yang diberikan oleh orang lain tersebut adalah satu teguran yang baik untuk kita ikuti, adakalanya kita perlu memikirkannya terlebih dulu sebelum kita mengambil kira teguran tersebut, dan disinilah kita perlu berfungsi untuk menilai dan mencerminkan nilai keperibadian kita sebenarnya. Banyak faktor yang membuatkan kita perlu untuk menilai dan bercermin dengan diri kita sendiri, kerana dengan cara menilai dan bercermin dengan diri kita sendiri dapat membantu kita untuk bermuhasabah, menilai keburukan yang ada pada diri kita sendiri dan berfikir bagaimana cara yang terbaik untuk kita memperbaikinya.
Namun kita tidaklah begitu sempurna, mungkin sudah dijadikan sebagai satu sifat yang ada pada setiap insan itu, kita lebih suka melihat dan menilai orang lain daripada kita menilai diri kita sendiri. Kekadang kita berbangga kerana hubungan kita dengan Tuhan itu kita dpat laksanakan dengan sebaiknya, kita kerjakan apa yang disuruh oleh Ugama, dan hubungan kita dengan Tuhan kita jaga dengan sebaiknya tanpa sedikit pun kita pernah mengabaikannya, kerana kita mengharapkan Syurga sebagai balasan daripada Tuhan pada satu masa nanti, namun bagaimana hubungan kita dengan sesama insan? Apakah hubungan kita sesama insan sebaik hubungan kita dengan Tuhan? Ini yang kita juga sering terlupa, kita sering terlupa untuk menjaga hubungan kita sesama insan, yang mana kita sering tidak pernah ambil peduli hal ini. Namun pernahkah kita terfikir, hubungan sesama insan itu teramat penting untuk membawa kita keSyurga?
Kenapa Saya katakan begini? Bukankah hubungan sesama insan ini juga ditekankan dalam ugama kita? Hubungan silatur rahmi sesama insan adalah salah satu faktor yang utama yang dituntut oleh Ugama kita, kerana salah satu dosa yang tidak termapun adalah dosa sesama insan, dan inilah yang menjadikan kita sering terlupa. Bagi kita hal sesama insan ini adalah sesuatu yang sering menjadiremeh temah bagi sebilangan daripada kita. Hablum min nan nas adalah satu satu yang paling utama kerana setinggi mana pun ibadat yang kita lakukan kepada tuhan, jika hubungan sesama insan tidak kita laksanakan dengan yang terbaik, ianya akan memusnahkan segala amal kita. Kerana dosa kita kepada Tuhan apabila kita memohon keampunan dan bertaubat insyaAllah Tuhan akan memberikan keampunan, namun jika kita melakukan kesilapan dan kesalahan sesama kita sesama insan selagi kita tidak mendapat keampunan dari mereka yang pernah kita sakiti dan terusikkan hati mereka , segala amaln kita akan tergantung - gantung. Jadi mari kita fikirkan bersama, dan marilah kita nilai semula diri kita masing - masing.
Aku akui diriku tidaklah sempurna dan aku juga melakukan kesilapan. NAmun marilah kita sama - sama bermuhasabah merenung dimana diri kita sebenarnya, bukan saja pada penilaian orang lain malah juga pada Tuhan. Mudahan kita semua akan mendapat rahmat dan keberkatan dari Tuhan yang maha Kuasa......AMIN.

Ahad, 20 Disember 2009

SALAM MAAL HIJRAH BUAT SEMUA


ASSALAMUALAIKUM SEMUA,
Terlebih dahulu belum terlambat rasanya bagi ku untuk mengucapkan Selamat Menyambut Awal Tahun Baru Hijriah 1431 untuk semua pengunjung blog ku. Dan maaflah kerana terlewat untuk memposkan ucapan ini untuk kalian semua. Namun semuanya adalah kerana keterbatasan waktu yang menyebabkan kelewatan ini berlaku. Walau bagaimanapun ku harap ianya belum terlambat lagi.
Tanpa kita rasai perjalanan waktu telah membawa kita ketahun yang baru lagi, dan bermakna perjalanan kita sudah semakin terasa pendek. Berlalunya Hijrah 1430 meninggalkan berbagai kenangan bagi kita semua, dan apa yang diharapkan semoga apa yang kita ada dan dapatkan disepanjang tahun lalu akan memberikan kita satu pandangan baru bagi kita semua terutama bagi memajukan diri kita semua. Dan semoga dengan datangnya tahun baru Hijrah 1431 ini akan mengorak langkah baru kepada kita semua, dan semoga apa pun yang kita impikan akan mencapai matlamatnya, dan apa yang perlu kita sama - sama perjuangkan adalah hak berugama, dan yang paling penting bagi kita semua adalah tali persaudaraan kita semakin kukuh lagi dan kita semakin bersatu dalam apa jua yang kita perjuangkan. Kerana dengan bersatu saja kita akan menjadi ummah yang paling kuat, kerana itulah kunci sebenar kekuatan Umat Islam iaitu bersatu. Dengan bersatu kita mampu melawan segala anasir jahat yang ingin memcah belahkan umat kita. Jadi semoga dengan datangnya Tahun Baru Hijrah 1431 ini akan memperlihatkan kekukuhan kita dan bersatunya ummah islam semua.
Akhirnya Salam MAal Hijrah 1431 Buat Semua........

Rabu, 16 Disember 2009

BICARA KEHIDUPAN : 'ANAK KU SAZALI' - WAJARKAH ORANG TUA MEMPERBESARKAN HAL REMEH TEMEH ANAK - ANAK?






Pernahkah awda menyaksikan filem klasik 'ANAK KU SAZALI' yang dilakunkan oleh Allahyarham Tan Sri Dr P. Ramlee? Bagi awda yang pernah menyaksikan filem klasik ini apakah komen awda pada jalan cerita yang diceritakan? Saya bukan hendak memberikan komen pada jalan cerita maupun pada slot lakunan pelakonnya, namun yang ingin saya tanyakan pada awda pembaca blog sekelian, apakah didikan yang diberikan oleh Hassan kepada Sazali itu satu cara pendidikan yang baik ataupun bagaimana? Bagi aku sendiri banyak pelajaran yang aku pelajari dari jalan cerita tersebut apa tah lagi dalam nilai pendidikan moral anak - anak, kerana apa melalui apa yang kita tonton dari jalan cerita tersebut terlalu banyak kesilapan yang dilakukan oleh seorang bapa dalam mendidik anaknya. Namun itu hanyalah jalan cerita pada sebuah filem.
Aku ingatkan perkara sebegitu hanya berlaku dalam filem saja, namun pada dasarnya dalam kehidupan reality yang diluar sana pun masih ada juga ibu bapa yang bersifat sebegitu. Siapa yang tidak sayangkan anak? Itulah antara perkataan yang sering aku dengar baik dari arwah iuku sendiri maupun dari mulut kakak - kakak ku dan orang lain, memang semua orang sayangkan anak, namun bagaimanakah cara yang terbaik untuk memberikan kasih sayang kepada anak - anak? Ini yang kadang - kadang menjadikan sebilangan orang bertanya. Bagi aku memberikan kasih sayang kepada anak - anak itu adalah satu perkara yang wajib bagi setiap orang tua, namun perlukah orang tua ikut campur dan memperbesarkan hal remeh temeh anak - anak? Jawapan itu ada pada awda sendiri.
Memberikan kasih sayang kepada anak - anak seperti yang aku katakan tadi adalah atu kewajipan yang perlu diberikan oleh orang, dan mengelinga serta mengambil tahu hal anak - anak juga adalah kerpeluan yang wajib bagi setiap orang tua, namun perlukah ikut campur hal ehwal anak - anak dan berlebih - lebihan dari anak itu sendiri juga perlu? Inilah yang ingin aku persoalkan sekarang.
Entahlah dimana kesilapan sebenar yang berlaku sehinggakan berlaku sedikit perselisihan dianatara beberapa orang remaja baru - baru ini. Namun dari apa yang aku dengar melalui dari sumber yang aku ketahui perkara tersebut berlaku adalah akibat dari salah faham dan pengertian yang membawa kepada permasalahan yang hampir membawa kepada tumbuk bertumbuk. Biasalah anak - anak remaja, namun aku sedikit confuse juga, bila mana anak yang dimaksudkan lebih awal yang mendatangkan masalah tersebut ku lihat bukanlah nampak seperti gagah sangat dan tahi kelahi, aku terkejut bila ada orang yang menunjukkan aku aku tersebut. Aku tengok anak tersebut cool saja, malah aku berfikir bayak kali betulkah dia yang buat trouble ni? Well bagi aku yang tak tahu cerita ni, angguk sajalah kepala, namun hati ku tidak yakin kerana anak tersebut bukanlah dari golongan remaja yang nakal, kerana dilihat dari penampilannya ianya seorang yang baik dan lemah lembut, entahlah itu soal mereka, yang pastinya semasa perkara itu terjadi aku tidak ada disana.
Hal tersebut menurut kisahnya telah lama terjadi, krw - kira setahun yang lau, ini dah masuk dendam lama lah ni kan, jadi yang siPulan yang seorang ni still berdendam dengan anak ni, jadi tak puas hati konon, bukalah cerita baru nak bawa bertumbuk, jadi nak dijadikan cerita hebohlah semua mengenai hal ini, sehingga katanya ada pihak yang tidak berpuas hati. Namun syukurlah hal ini daapt diselesaikan dengan cara yang terbaik dikalangan mereka tanpa bertumbuk dan berbunuh. Namun dalam keadaan dah menjadi jernih, alamak ada pula hal baru, siibu yang anaknya yang kononnya disakiti oleh yang satu lagi ini tak berpuas hati, apa lagi dipanggillah anak yang kononnya mencari trouble pada anak nya tadi, nak tunjuk terror siibu sendiri datang memanggil anak yang kononnya cari trouble pada anaknya tersebut untuk membawanya kerumah, tapi aku salute habis pada budak ni, dia begitu gentleman lah guys....! Dia sedikit pun tidak membantah apa tah lagi mengelak sewaktu siibu ni datang kepadanya, dia ikut terus kemana siibu tadi membawanya, apa lagi dengar cerita siibu ini pula yang lebih over menengking budak yang tadi ni dengan bermacam - macam tengkingan, namun budak ni masih juga gagah berdiri, maklumlah mungkin dia rasa dia tak bersalahkan sebab itu dia saja berdiri. Jadi bila orang lain tahu yang siibu ini mahu mengerjakan budak tadi apa lagi yang lain pergilah berkejar kerumah siibu ini, dalam perundingan tertentu akhirnya selesai.
Rupanya dalam diam - diam siibu ini masih belum berpuas hati dengan budak tersebut dan masih lagi dendam pada budak tersebut. Apa ni????????? Inikah satu sikap dan contoh yang diperlihatkan oleh seorang ibu kepada anak - anaknya? Inikah cara dia menyayangi anaknya? Aku menggelengkan kepala ku sambil mengucapkan Astaghfirullah banyak kali, kerana bagi ku persoalan tersebut telah pun selesai dianatara anaknya dengan budak tersebut, jadi kenapa dia pula yang terlebih sangat? Patutnya dia sendiri menjadi hakim kepada pertikaian ini, dan bukan menjadi batu api pada hal yang sebegini. Siapa yang ingin anaknya dipukul atau dibunuh? Memang semua yang tidak inginkan perkara sebegitu terjadi, namun sebagai seorang ibu yang berfikiran waras, tidak salah untuk masuk campur dalam hal sebegini, namun biarlah betul caranya. Sekurangnya menjadi hakim kepada pertikaian ini dan menjadi pendengar kepada permasalah ini, dan bukan masuk campur dalam hal ini dan mengeruhkan lagi suasana yang sebegini.
Bagi aku sendiri aku merasa malu bila seorang ibu berfikiran dan berpendirian yang sebegini, sekurangnya biarlah berhemah sedikit dan dapat menahan emosi. Ini tidak hal anaknya dan budak tersebut telah selesai dia pula yang ingin mengeruhkan semula. Ingat kita ada undang-undang, dan perlu diingat kita ni manusia bukanlah sempurna sangat, sekalipun dia seorang yang ahli ugama tidak bermakna dia tidak pernah melakukan kesilapan cuma tuhan saja yang mempunyai sifat sempurna. Jadi Sekurangnya bila kita berfikir yang kita semua ni tidak sempurna dan sedikit sebanyak pernah melakukan kesilapan juga, janganlah tohmah orang dengan perkataan yang bukan - bukan. Lagi satu budak tu pun anak ibu bapanya juga kan, jangan fikir dengan bertindak sedemikian siibu tadi akan merasa megah dan sudah menang.
Apa yang aku tuliskan dalam blog aku ini, sekadar untuk renungan kita bersama, bukanlah bermaksud untuk menyindir sesiapa, aku mohon maaf jika ada yang terasa hati. Namun dalam kehidupan kita hari - hari kita akan menghadapai berbagai kerenah manusia dengan sifat dan kelalkuan yang berbeza - beza, namun itu terpulanglah pada diri kita untuk menilai sejauh mana diri kita sebenarnya. Jika kita hidup hanya dengan bersandarkan pendirian kita saja dan tidak pernah untuk nenerima pakai buah fikiran orang lain, itu juga tidak boleh, kerana jika sedemikian kita tidak akan pernah untuk melihat kesilapan diri kita sendiri, namun dengan menerima segala teguran dengan hati yang terbuka kita akan dapat melihat dimanakah kesilapan diri kita sebenarnya, masing - masing diantara kita mempunyai kekurang dan kelebihan. Apa yang penting kita terus berusaha kearah kebaikan pada diri kita sendiri.
' Orang yang bijak akan sentiasa melihat kelemahan yang ada pada dirinya sendiri dan memperbaiki dirinya melalui setiap kelemahan tersebut dan dapat menerima teguran yang diberikan kepadanya. '
' Kita sering menilai sebesar mana kejahatan yang dilakukan oleh orang lain pada hal kejahatan yang dilakukan itu hanyalah sebesar sebiji beras, namun kita sering terlupa pada kebaikan yang dilakukan oleh orang yang kita anggap jahat tersebut '
' Lihat pada diri sendiri apakah kekurangan kita, lalu belajarlah sesuatu untuk menambahkan kekurang tersebut, Khilaf itu adalah pengalaman yang terbaik untuk kita mengenali siapa diri kita.....'
fikir - fikirkan bersama apa yang saya tuliskan diatas tadi. Jika saya buat salah awda ada hak untuk menegur saya, kerana tidak salah untuk menegur orang yang membuat kesilapan. Tidak menjadi kesalahan untuk menegur kesilapan yang saya lakukan, saya akan sentiasa menerima teguran daripada siapa saja, prinsip yang saya amalkan, tidak semestinya kanak - kanak tidak boleh menegur orang yang tua jika orang tua itu melakukan kesilapan asalkan dengan cara yang betul, kerana setiap kesilapan itu perlu diperbetulkan. Jadi siapa saja berhak untuk memberikan teguran kepada saya.
Wassalam dan jumpa lagi......

Sekitar Majlis Mandi Berbedak DAYANG HAJAH ANIAH binti HAJI AWANG






Majlis ini diadakan biasanya sebelum berlangsung menerima berian dan akad nikah, ianya adalah sebahagian daripada adat perkahwinana orang - orang Brunei, yang mana tidak semua yang mempunyai adat sebegini. Apa yang ku ketahui adat Majlis Mandi Berbedak ini adalah adat asal orang kampong ayer pada zaman dulu yang masih diamalkan sehingga kehari ini. Dan ada juga yang sudah tidak mengamalkan majlis ini, terutama bagi sebilangan orang yang ingin mengambil jalan rengkas bagi mengadakan majlis perkahwinan .

Akan datang aku akan pos kan lagi gambar - gambar yang diambil semasa majlis Masuk berbedak dan majlis bersanding. Aku terpaksa poskan ianya dalam bentuk begini bagi menjimatkan masa aku untuk membuatnya. Oklah semoga you all happy...... and jumpa lagi...!