Selasa, 15 Disember 2009

SEKITAR MAJLIS MENERIMA BERIAN BAGI DAYANG HAJAH ANIAH binti HAJI AWANG - 11 DISEMBER 2009

Salam Semua, hai apakhabar? Semoga semuanya berada dalam keadaan yang menyenangkan dan sihat hendaknya. Untuk kali ini tiada banyak yang hendak aku tuliskan, maklum sajalah mood ku pada hari ini agak berkurangnan untuk menulis dalam blog ni, banyak kerja yang perlu aku selesaikan pada hari ini, ini pun aku curi - curi waktu saja untuk mengisikan blog ini.

Untuk sisipan blog ku kali , aku cuma ingin berkongsi dengan kalian sekitar majlis menerima berian bagi adik ipar ku yang berlangsung minggu lepas, so aku harap kalian akan dapat merenung gambar yang aku postkan dalam blog aku ini. Bagi mereka yang wajahnya ada pada gambar tu, hahaha... faham - faham ajelah. So hope u all happy.... aku chow dulu.... Babye.....!




Isnin, 14 Disember 2009

SELAMAT MELANGSUNGKAN PERNIKAHAN - DAYANG HAJAH ANIAH BINTI HAJI AWANG dengan AWANG AHMAD BAHREN BIN HAJI ABAS







Terlebih dahulu aku mohon maaf kerana lama tidak menulis dalam blog ku, maklum sajalah dalam beberapa minggu ini aku terlalu sibuk dengan berbagai urusan , terlalu banyak kerja yang perlu aku selesaikan tambah lagi pada minggu lepas adik ipar ku baru saja melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya.

Buat adik, abang ucapkan Selamat Pengantin baru dan semoga akan kekal berpanjangan jodohnya sehingga keakhir hayat... Amin. Buat semua bersama - sama ini aku postkan sedikit gambar yang aku ambil semasa berlangsungnya hari pernikahan mereka untuk kita kongsikan bersama. Buat kedua mempelai abang doakan semoga akan memperolehi anak yang ramai..... AMIN.....! Hahahahaha... Jangan marah.....!

Isnin, 7 Disember 2009

AKU RINDUKAN ARWAH MAMA.......

Sudah hampir dua tahun arwah mama pergi , namun bagi aku pemergiannya meninggalkan kesan yang agak dalam bagi diri ku, impaknya terlalu besar pada aku. Aku masih belum dapat menerima pemergiannya, entahlah bukan tidak meredhakan pemergiannya, namun rasanya aku belum puas untuk berkasih sayang dengannya. Biarpun kini aku telah berumahtangga, hidup bersama isteri yang tersayang, namun kasih seorang ibu itu maseh juga aku dambakan, terutama apabila menghadapi berbagai masalah. Berdusta rasanya aku jika tidak rindukan beliau setiap waktu.
Bila aku terpandang pada setiap wajah wanita tua, imbasan ku terus kepada arwah ibu, entah kenapa sehingga kini aku maseh belum dapat menerima sepenuhnya pemergiannya. Semalam aku teringat pada arwah ibu lagi, ketika ini dirumah mertua ku sedang sibuk bagi persiapan majlis perkahwinan adik ipar ku, dan saudara mara banyak yang datang bagi membantu melaksanakan persiapan majlis tersebut. Diantara saudara mara yang hadir itu, adalah ibu saudara bapa mertua ku, entah sejak mama tiada, aku begitu rapat dengan beliau. Kerana ciri - ciri keibuannya hampir serupa dengan arwah mama.
Entah kenapa semalam tiba - tiba sewaktu kami sedang makan aku seolah merasakan aku sedang makan bersama arwah mama, ketika dia melayan aku sewaktu makan hampir serupa bagaimana arwah mama melayan aku ketika kami sedang makan, ketika itu sebak terasa dihati ku, namun kesedihan itu terpaksa aku sembunyikan. Ketika itu rindu ku pada arwah mama kembali bertaut, Ya Allah sahut hati ini, kenapa sedang ketika aku menghadap rezeki mu kau duga aku dengan yang sebegini? Itu rintih hati ku.....
Aku akui rindu ini masih tebal pada arwah mama, adakalanya bila aku bersendirian, aku akan menangis, entah kenapa??? Ketiadaannya telah memberikan perubahan kepada diri ini, biarpun pada pandangan setiap mata memerhatikan aku bisa ketawa, bergurau senda bersama mereka, namun terlalu dalam pada sudut hati ini, terpahat satu kerinduan pada seorang insan yang paling aku sayangi, seorang insan yang telah banyak berkorban dalam kehidupan ku, yang banyak mengorbankan dirinya demi kebahagiaan ku. Tiada kasih sejati yang aku terima selain dari kasihnya mama. Kerinduan ini masih tebal. Andainya mama bisa mendengar ketika ini, akan aku katakan padanya yang aku begitu merinduinya.
Tidak cukup rasanya kunjungan ku kepusaranya setiap pagi jumaat untuk melepaskan kerinduan ini padanya. Bagi ku hanya itulah saja tanda kasih dan sayang ku kepadanya selepas ketiadaannya. Aku pasti bahawa kedatangan ku juga seperti dinanti oleh nya. Cuma iringan doa untuknya agar ia akan aman damai bersemadi disana, dan semoga rohnya akan terhimpun bersama - sama dengan orang -orang yang beriman dan sentiasa memperolehi rahmat dari yang maha esa...... Amin.......!
MUM I LUV U & U R ALWAYS IN MY HEART

Ahad, 6 Disember 2009

SELAMAT PULANG DARI MENUNAIKAN FARDHU HAJI - SEMOGA MENDAPAT HAJI YANG MABRUR



Selamat pulang ke Tanah Air bagi semua jemaah Haji Negara Brunei Darussalam, dan semoga abiskita semua akan mendapat haji yang mabrur.
Alhamdulillah semua berjalan dengan baik dan lancar dan segala urusan semuanya baik. Itulah yang dikatakan oleh setiap jemaah Haji yang menunaikan Haji pada tahun ini, mereka begitu bersyukur kerana segala urusan berjalan dengan lancar dan teratur. Pihak yang menguruskan hal ehwal kesejahteraan para jemaah haji Brunei disana dapat melaksanakan tugas mereka dengan baik, itulah yang diceritakan oelh setiap jemaah. Walaupun mungkin berlaku sedikit masalah semasa mereka disana namun kita patutlah memuji ketangkasan pihak pengurusan haji negara didalam menyelesaikan permasalahan yang timbul. Dan ini jelas kepada kita bahawa pihak pengurusan Haji dari negara kita benar - benar mengelinga akan kepentingan para jemaah. Syabas buat Pengurusan Pihak Haji Negara Brunei Darussalam.
Dan buat rakan - rakan dan saudara mara yang telah selamat pulang ketanah air dari menunaikan haji diucapakn semoga dapat dan beroleh HAJI YANG MABRUR. Semoga apa yang diperolehi disana akan menjadikan kita semakin kuat untuk menunaikan ibadat kepada pencipta kita.

Selasa, 1 Disember 2009

BICARA PERIHAL KEHIDUPAN: SYUKURILAH PEMBERIAN TUHAN KEPADA KITA.

Aku melayari internet pagi ini, dan seperti biasa aku sering membaca akbar- akbar online dari negara jiran. Namun aku tertarik pada satu artikel ini, yang mana apabila aku fikir-fikirkan kenapalah mereka tidak pernah bersyukur dengan kejadian yang diberikan oleh Tuhan kepada dirinya. Saya ingin berkongsi maklumat ini dengan awda semua, dan semoga dengan apa yang awda baca ini akan dapat memberikan keinsafan kepada kita semua.
Ikutilah cerita selanjutnya...........
Dilema tukar jantina

Sesiapa yang mahu menukar jantina mesti hidup sebagai ‘wanita’ sekurang-kurangnya selama setahun, mengambil kursus mengenai hormon wanita dan mendapatkan kelulusan daripada dua pakar psikiatri.

PUNLOP TONGCHAI tersenyum puas di katil hospital selepas berjaya menjalani pembedahan tukar jantina di Poliklinik Pratunam, Bangkok.

AKHIRNYA selepas dua jam menjalani pembedahan, penantian Punlop Thongchai untuk merealisasikan impiannya sewaktu kecil tercapai jua.

Kini, dia sudah boleh digelar wanita 'sejati' apabila pembedahan menukar jantina yang dilakukan di sebuah klinik di Bangkok berjalan lancar.

Penari kabaret berusia 27 tahun itu sempat bersembang dengan jururawat sepanjang menjalani pembedahan yang hanya melibatkan pemberian ubat pelali di bahagian alat sulitnya sahaja.

Membesar di Thailand, iaitu salah sebuah daripada negara yang mempunyai populasi tertinggi di dunia dalam kes transgender serta mempunyai teknik pantas mengubah jantina, semangat Punlop sentiasa berkobar-kobar. Dengan kos serendah AS$2,000 (RM6,743), Punlop kini bergelar wanita.

Bagaimanapun, keputusan kerajaan mengetatkan prosedur menukar jantina seperti membuktikan keadaan psikologi individu tersebut kuat ke arah wanita sebelum dibenarkan berbuat demikian menyukarkan individu seperti Punlop.

Ini kerana baru-baru ini, kerajaan memutuskan sesiapa yang mahu menukar jantina di Thailand mesti hidup sebagai wanita sekurang-kurangnya selama setahun, mengambil kursus mengenai hormon wanita dan mendapatkan kelulusan daripada dua pakar psikiatri.

Namun, Punlop menegaskan permintaan itu amat melampau dan terlalu sukar untuk dipenuhi.
"Sebenarnya ia tidak perlu. Saya benar-benar tidak mahu melalui proses tersebut, jadi saya membuat keputusan untuk menjalani pembedahan sebelum undang-undang ini dikuatkuasakan," katanya kepada AFP sebelum melakukan pembedahan pada awal November lalu.

Perubahan jantina diharamkan sepenuhnya di Thailand sebelum seseorang itu berusia 18 tahun dan bagi lelaki, mereka mestilah berusia di antara 18 hingga 20 tahun, selain mendapat persetujuan daripada ibu bapa.

Aktivis gay Thailand, Nathee Teerarojanapong berkata, perlindungan undang-undang secara sah amat penting untuk mengawal kes pertukaran jantina secara meluas di mana kemudian hari ia sering kali dikesali oleh mereka yang terlibat.

"Saya mendapat banyak panggilan di mana mereka mengakui kesilapan yang dilakukan kerana menjalani pembedahan menukar jantina.

"Ia satu kesilapan besar dan mereka mahu kembali seperti sediakala tetapi perkara ini sudah tidak boleh diubah. Mustahil untuk mereka kembali menjadi lelaki sejati," tegasnya.

PAKAR bedah Thep Vedusit (tengah) sedang melakukan pembedahan menukar jantina ke atas Punlop Tongchai.

Sama seperti kesan psikologi terhadap perubahan jantina dan pemulihan selepas pembedahan, terdapat juga kesan sampingan daripada hormon yang harus diambil untuk mempercepatkan proses transformasi daripada lelaki kepada wanita. Ini termasuklah berpeluh pada waktu malam, keletihan, kenaikan berat badan, kehilangan otot lelaki dan libido.

Sehari sebelum pembedahan, Punlop memberitahu bahawa ketika masih kecil, dia gemar memakai pakaian wanita berbanding pakaian tradisional lelaki.

Justeru, menjelang usia 19 tahun, dia sudah mula mengambil pil hormon wanita dalam usaha untuk mengubah bentuk fizikal badannya.

"Saya tidak suka 'bahagian tubuh' ini kerana saya tidak menggunakannya," kata Punlop sambil menunjukkan ke arah kemaluannya.

"Saya sendiri tidak tahu mengapa saya memilikinya. Jika saya mempunyai vagina, sudah tentu saya akan menggunakannya,"tambahnya.

Untuk mencapai impiannya, Punlop bertemu dengan Dr. Thep Vedusit, seorang pakar bedah di Bangkok yang mampu mengendalikan pembedahan pantas mengubah jantina tanpa penggunaan ubat bius yang biasa. Bagaimanapun, Thep percaya peraturan baru yang akan digubal boleh menjadi penghalang utama untuk seseorang menukar jantina.

Ujar Thep, dia telah menjalankan lebih daripada 500 pembedahan perubahan jantina dan setiap minggu, dia mempunyai dua atau tiga kes. Separuh daripada jumlah itu terdiri daripada pelancong asing yang datang untuk mengambil kesempatan di atas kelemahan undang-undang Thailand berhubung isu tersebut.

"Saya fikir pakar bedah boleh membuat keputusan siapakah transeksual. Setiap daripada mereka sudah mempunyai tekad yang tinggi untuk melakukan pembedahan dan saya tidak fikir pakar psikiatri memberi apa-apa faedah kepada mereka," ujar Thep.

Pada hari pembedahan, Punlop berjalan masuk ke sebuah klinik yang terletak di sebatang jalan yang sibuk di Bangkok.
PUNLOP Tongchai meninggalkan Poliklinik Pratunam di Bangkok selepas membuat temujanji untuk pembedahan tukar jantina.

Tanpa sebarang solekan, Punlop yang berpakaian ringkas dengan dres tanpa lengan paras lutut, baju panas dan sandal diiringi masuk ke bilik pembedahan yang kecil dan suram. Dindingnya ditampal dengan helaian keratan akhbar mengenai bintang kabaret transeksual.

Thep mengambil satu jam lebih untuk 'membentuk' vagina menggunakan kulit organ genital lelaki miliknya. Punlop dibenarkan keluar pada hari yang sama selepas pembedahan dan dalam masa empat minggu, Thep telah menyempurnakan semua rawatan susulan yang ditetapkan ke atas Punlop.

"Ia tidak terlalu sakit. Saya boleh mengatasinya. Bagaimana perasaan saya sekarang? Sudah tentu saya amat gembira. Sepanjang hidup saya, inilah perubahan yang diinginkan. Ia impian saya sejak kecil lagi," kata Punlop. (Petikan dari Akbar KOSMO MALAYSIA)
Apa sudah jadi dengan mereka? Inilah yang dikatakan sebagai hidup yang tidak ada pegangan ugama, maka akan jadilah seperti mereka itu. Mereka tidak pernah bersyukur dengan apa yang telah diberikan kepada mereka. Apa sudah jadi..... Nampaknya inilah yang dikatakan sebagai Dunia Akhir Zaman. Fikir-fikirkanlah.......

Isnin, 30 November 2009

CUTI SEKOLAH DATANG LAGI......

Cuti sekolah datang lagi, bagi adik - adik abang ucapkan selamat bercuti dan semoga semasa cuti panjang ini, adik - adik akan daapt memanfaatkannya dengan melakukan perkara - perkara yang berfaedah. Biarpun masa belajar sudah pun habis bagi tahun 2009 ini, tidak bermakna adik - adik menggunakan masa cuti ini sepenuhnya dengan bermain, cubalah rancang sesuatu yang bermanfaat dan yang lebih menguntungkan adik - adik sendiri.
Terkenang pula abang waktu bersekolah dulu, biasanya setiap kali waktu cuti sekolah tiba, abang lebih gemar untuk menghabiskan masa abang untuk pergi keperpustaakan. Kerana bagi abang selain daripada dapat membaca buku disana, juga mendapat kawan - kawan baru. Selain daripada itu juga, bagi perpustaakan diBrunei ini, setiap kali waktu cuti penggal persekolahan , pihak Perpustaakan akan menyediakan berbagai aktiviti bagi mengisi waktu cuti persekolahan. Sebab itulah kenapa abang suka berkunjung kePerpustakaan setiap waktu cuti persekolahan adalah kerana untuk mengikuti segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Perpustakaan.
Aktiviti yang dianjurkan diPerpustakaan adalah bermacam - macam selain daripada membaca, juga ada aktiviti yang berupa lawatan sambil belajar, drama, tarian, nyanyian dan bermacam lagi. Semua ini amat bermanfaat bagi adik adik, selain daripada itu juga kita akan mendaapat ramai kawan - kawan baru yang juga datang dari sekolah yang lain. Jadi dalam masa yang sama, selain daripada kita mengikuti aktiviti yang dianjurkan disana kita juga dapat lagi mengeratkan tali silaturahmi dengan kawan - kawan yang baru.
Sepanjang abang bersekolah itulah saja aktiviti yang abang lakukan setiap cuti sekolah, abang lebih suka menghabiskan masa pergi keperustakaan dan dari situlah juga abang banyak belajar banyak perkara, abang belajar menari tarian asli brunei, abang dapat membuat persembahan teater, abang telah melawat banyak tempat diseluruh negara. Malah abang juga pernah memegang beberapa jawatankuasa yang ditubuhkan sewaktu abang bergiat aktif dengan perpustakaan.
Bagi ibu bapa yang tidak dapat bercuti sepanjang musim percutian ini, ada baiknya kita korbankan sedikit waktu untuk menghantar anak - anak kita keperustakaan. Kerana kita tidak akan kerugian jika kita menghantar mereka kesana. Bagi setengah ibu bapa, yang mempunyai anak - anak remaja, mungkin ada yang berfikiran yang Perpustakaan adalah tempat bagi anak - anak berdating. Cuba kita lupakan cara pemikiran yang sebegitu. Sejak dari tahun 80'an lagi pihak perpustakaan telah menyediakan berbagai aktiviti disetiap cuti penggal persekolahan, tumpuan diberikan kepada perpustakaan kanak - kanak dan Perpustakaan muda - mudi. Kedua - dua perpustakaan ini mepunyai berbagai aktiviti yang berfaedah. Jika kita menghantar anak - anak kesana sekurangnya mereka akan dapat mempelajari sesuatu yang baru dalam kehidupan mereka. Jika kita tidak dapat bercuti bersama mereka ketika mereka sedang bercuti dan tidak dapat untuk membawa mereka melawat ketemapt yang menarik, mungkin dengan menghantar mereka mengikuti aktiviti perpustakaan yang mungkin salah satu aktiviti yang tersedia disana adalah lawatan, sedikit sebanyak akan mmberikan manfaat kepada mereka. Selain daripada itu juga banyak ilmu yang akan mereka timba melalui mengikuti aktiviti yang diadakan disana.
Kepada pihak Perpustakaan Dewan Bahasa Dan Pustaka Brunei, saya mengucpakan setinggi - tinggi tahniah diatas semua aktiviti yang telah berjaya abiskita ungkayahkan disetiap menjelangnya cuti penggal persekolahan. Bagi saya yang membesar didalam mengikuti aktiviti disana, amat berbesar hati kerana apa selain daripada menimba ilmu disekolah saya juga memperolehi ilmu yang lain, antaranya saya kini boleh berteater, mendiklimasikan puisi, menulis cerpen dan telah pergi ketempat - tempat yang saya tidak pernah kunjungi. Kerana aktiviti yang biskita seidakan memberikan manfaat yang besar kepada saya selama ini. Selain daripada itu saya banyak belajar sesuatu yang baru dari sana.
Bagi adik - adik yang bercuti, seklai lagi abang ucapkan selamat bercuti dan manfaatkanlah masa cuti ini dengan melakukan perkara - perkara yang berfaedah. Dan bagi adik - adik yang telah berjaya didalam peperiksaan akhir tahun yang lalu, bang mengmbil kesempatan untuk mengucapkan Tahniah diatas kejayaan yang telah kamu capai, dan semoga kejayaan yang diperolehi itu akan terus mendorong adik - adik untuk terus berjaya lagi. Bagi yang kurang berjaya teruskan berusaha dan jangan berputus asa. Kegagalan bukan bermakna adik - adik akan terus gagal, cuma mungkin memerlukan usaha yang lebih gigih untuk terus berjaya., sikap berputus asa pada kegagalan yang awal hanya akan memusnahkan kehidupan adik - adik, hadapi ianya dengan jalan yang sabar, kerana setiap yang senang itu akan datang bergolek, tanpa usaha kita tidak akan berjaya.
Wassalam......

Khamis, 26 November 2009


I made this widget at MyFlashFetish.com.