Isnin, 30 November 2009

CUTI SEKOLAH DATANG LAGI......

Cuti sekolah datang lagi, bagi adik - adik abang ucapkan selamat bercuti dan semoga semasa cuti panjang ini, adik - adik akan daapt memanfaatkannya dengan melakukan perkara - perkara yang berfaedah. Biarpun masa belajar sudah pun habis bagi tahun 2009 ini, tidak bermakna adik - adik menggunakan masa cuti ini sepenuhnya dengan bermain, cubalah rancang sesuatu yang bermanfaat dan yang lebih menguntungkan adik - adik sendiri.
Terkenang pula abang waktu bersekolah dulu, biasanya setiap kali waktu cuti sekolah tiba, abang lebih gemar untuk menghabiskan masa abang untuk pergi keperpustaakan. Kerana bagi abang selain daripada dapat membaca buku disana, juga mendapat kawan - kawan baru. Selain daripada itu juga, bagi perpustaakan diBrunei ini, setiap kali waktu cuti penggal persekolahan , pihak Perpustaakan akan menyediakan berbagai aktiviti bagi mengisi waktu cuti persekolahan. Sebab itulah kenapa abang suka berkunjung kePerpustakaan setiap waktu cuti persekolahan adalah kerana untuk mengikuti segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Perpustakaan.
Aktiviti yang dianjurkan diPerpustakaan adalah bermacam - macam selain daripada membaca, juga ada aktiviti yang berupa lawatan sambil belajar, drama, tarian, nyanyian dan bermacam lagi. Semua ini amat bermanfaat bagi adik adik, selain daripada itu juga kita akan mendaapat ramai kawan - kawan baru yang juga datang dari sekolah yang lain. Jadi dalam masa yang sama, selain daripada kita mengikuti aktiviti yang dianjurkan disana kita juga dapat lagi mengeratkan tali silaturahmi dengan kawan - kawan yang baru.
Sepanjang abang bersekolah itulah saja aktiviti yang abang lakukan setiap cuti sekolah, abang lebih suka menghabiskan masa pergi keperustakaan dan dari situlah juga abang banyak belajar banyak perkara, abang belajar menari tarian asli brunei, abang dapat membuat persembahan teater, abang telah melawat banyak tempat diseluruh negara. Malah abang juga pernah memegang beberapa jawatankuasa yang ditubuhkan sewaktu abang bergiat aktif dengan perpustakaan.
Bagi ibu bapa yang tidak dapat bercuti sepanjang musim percutian ini, ada baiknya kita korbankan sedikit waktu untuk menghantar anak - anak kita keperustakaan. Kerana kita tidak akan kerugian jika kita menghantar mereka kesana. Bagi setengah ibu bapa, yang mempunyai anak - anak remaja, mungkin ada yang berfikiran yang Perpustakaan adalah tempat bagi anak - anak berdating. Cuba kita lupakan cara pemikiran yang sebegitu. Sejak dari tahun 80'an lagi pihak perpustakaan telah menyediakan berbagai aktiviti disetiap cuti penggal persekolahan, tumpuan diberikan kepada perpustakaan kanak - kanak dan Perpustakaan muda - mudi. Kedua - dua perpustakaan ini mepunyai berbagai aktiviti yang berfaedah. Jika kita menghantar anak - anak kesana sekurangnya mereka akan dapat mempelajari sesuatu yang baru dalam kehidupan mereka. Jika kita tidak dapat bercuti bersama mereka ketika mereka sedang bercuti dan tidak dapat untuk membawa mereka melawat ketemapt yang menarik, mungkin dengan menghantar mereka mengikuti aktiviti perpustakaan yang mungkin salah satu aktiviti yang tersedia disana adalah lawatan, sedikit sebanyak akan mmberikan manfaat kepada mereka. Selain daripada itu juga banyak ilmu yang akan mereka timba melalui mengikuti aktiviti yang diadakan disana.
Kepada pihak Perpustakaan Dewan Bahasa Dan Pustaka Brunei, saya mengucpakan setinggi - tinggi tahniah diatas semua aktiviti yang telah berjaya abiskita ungkayahkan disetiap menjelangnya cuti penggal persekolahan. Bagi saya yang membesar didalam mengikuti aktiviti disana, amat berbesar hati kerana apa selain daripada menimba ilmu disekolah saya juga memperolehi ilmu yang lain, antaranya saya kini boleh berteater, mendiklimasikan puisi, menulis cerpen dan telah pergi ketempat - tempat yang saya tidak pernah kunjungi. Kerana aktiviti yang biskita seidakan memberikan manfaat yang besar kepada saya selama ini. Selain daripada itu saya banyak belajar sesuatu yang baru dari sana.
Bagi adik - adik yang bercuti, seklai lagi abang ucapkan selamat bercuti dan manfaatkanlah masa cuti ini dengan melakukan perkara - perkara yang berfaedah. Dan bagi adik - adik yang telah berjaya didalam peperiksaan akhir tahun yang lalu, bang mengmbil kesempatan untuk mengucapkan Tahniah diatas kejayaan yang telah kamu capai, dan semoga kejayaan yang diperolehi itu akan terus mendorong adik - adik untuk terus berjaya lagi. Bagi yang kurang berjaya teruskan berusaha dan jangan berputus asa. Kegagalan bukan bermakna adik - adik akan terus gagal, cuma mungkin memerlukan usaha yang lebih gigih untuk terus berjaya., sikap berputus asa pada kegagalan yang awal hanya akan memusnahkan kehidupan adik - adik, hadapi ianya dengan jalan yang sabar, kerana setiap yang senang itu akan datang bergolek, tanpa usaha kita tidak akan berjaya.
Wassalam......

Khamis, 26 November 2009


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 16 Oktober 2009

HAI SEMUA..... SELAMAT BERTEMU KEMBALI

Assalamualaikm pada semua........
Hampir beberapa bulan saya tidak updat blog saya, bukan apa kerana terlalu banyak kerja dan tugasa yang perlu saya selesaikan dan tidak kurang juga banyak perkara yang berbangkit dan akhirnya menjadi masalah yang terpaksa diselesaikan. Alhamdulillah kini saya kembali semula kepada blog saya, dan terasa rindu juga bila sudah lama tidak menulis dalam blog saya.


Masa berlalu dengan begitu pantas sekali, dan tidak terasa cuma tinggal dua bulan saja lagi kita akan melangkah ketahun baru 2010, dan sepanjang tahun ini sememangnya mengukir banyak cerita pahit manis yang akan terabadi didalam kotak memori kita, baik ia kenangan yang manis mahupun pahit.

Sepanjang beberapa bulan saya menyepi, banyak perkara yang saya dengar dan lihat, yang membuatkan saya berfikir dan memperlajari dari apa yang saya lihat dan dengar tersebut. Tidak kurang juga yang menjadikan saya semakin matang dalam mengharungi kehidupan saya ini. Dalam kehidupan rumahtangga saya, Alhamdulillah saya suami isteri hidup dalam bahagia, saya bahagia hidup disamping isteri saya yang tersayang, cuma kami berdua belum dikurniakan lagi rezeki untuk menimang cahaya mata, biarpun usia perkahwinana kami sudah hampir menjagkau dua tahun, namun saya dan isteri hanya berdoa supaya dalam amasa yang terdekat ini kami akan dikurniakan cahaya mata, impian kami berdua adalah untuk menimang anak kembar jika nanti dikurniakan rezeki. Amin..!


Dalam usaha untuk mempertingkat ekonomi keluarga pada masa ini kami berdua sedang merancang untuk membuka sebuah perniagaan kecil - kecilan, cuma untuk menambahkan sedikit kewangan, dan insyaAllah ianya mungkin akan dapat dilaksanakan pada tahun hadapan. Dan saya masih lagi berusaha untuk mencapai cita - cita saya yang masih belum dapat saya gapai lagi, dan saya terus berusaha untuk kearah itu tanpa ada sedikit pun rasa putus asa, kerana bagi saya jika saya mudah berputus asa maka semudah itulah juga harapan dan cita-cita saya menjadi hancur. Sebab itulah saya tanamkan pada diri saya agar untuk tidak mudah untuk berputus asa dalam apa jua perkara yang saya ingin lakukan, kerana semakin saya gagal, semakin kuat semangat saya untuk mencapai kejayaan itu, biarpun harus bangun beberapa kali dari rebah, semua itu saya lakukan kerana saya ingin buktikan bahawa biarpun kegagalan itu sering melanda kita, ianya tidak bermakna akan melemahkan semangat saya untuk maju dan menghalang saya dari mencapai cita - cita saya. Saya terus berusaha kearah itu, kerana semakin kita lemah maka semakin itulah juga kita akan terus gagal dalam hidup kita, itulah prinsip saya.



Saya tahu bahawa segala kegagalan itu tidak berpunca dari siapa - siapa malah semua kegagalan itu adalah berpunca dari kelemahan diri sendiri, kelalaian saya dan juga kurangnya usaha yang gigih. Dan kerana itulah saya sering mempelajari dan meneliti dimana sebenarnya kelemahan saya itu, agar ianya akan dapat membantu saya untuk memperbaiki kesilapan dan kegagalan saya, saya jadikan kegagalan - kegagalan yang lalu sebagai perintis untuk saya memulakan langkah baru dalam memperbaiki kesilapan saya tersebut, dan insyaAllah saya yakin dengan cara bermuhasabah dan meniliai prestasi diri melalui mengakui kelemahan dan kesilapan diri sendiri saya pasti akan dapat memperbaiki diri saya dan juga akan dapat mencapai apa yang saya impikan dan cita - citakan selama ini.


Bagi saya jika kita tidak dapat menerima hakikat akan kelemahan diri sendiri dan tidak ingin untuk memperbaikinya itu adalah sifat HIPOKRIT dan menipu diri sendiri. Selama kita memiliki sifat sedemikian maka selama itulah juga kita tidak akan dapat memperbaiki kesilapan kita, kerana semakin kita takut untuk gagal dan semakin itulah juga kita akan terus diberikan cubaan. Seorang yang HIPOKRIT tidak akan pernah mengatakan dirinya sebagai seorang yang gagal, malah dia merasakan dirinya sering dalam keadaan yang betul, ini kerana baginya dia tidak perlukan orang lain untuk memperbaiki kesilapan dirinya, kerana baginya dia sendiri tahu untuk menilai siapa dirinya dan apa yang dia buat tersebut adalah betul. Namun sebaliknya orang yang seperti ini tidak akan pergi jauh dan malah apa yang pada kehidupannya itulah saja yang akan dilaluinya, kerana apa dia tidak perlukan orang lain untuk menunjuk arah dan membetulkan kesilapannya. Orang yang hipokrit ini hanya merasakan dia itu adalah insan yang tidak pernah salah dan kesilapan itu hanya dibuat oleh orang lain.
Saya paling suka diberikan teguran yang dapat membina diri syaa, kerana melalui teguran itu saja yang akan dapat untuk memberitahu kita dimana sebenarnya kesilapan yang telah kita lakukan. Teguran secara bersemuka adalah satu cara yang terbaik dan malah cara sebeginilah yang paling saya sukai. Teguran dengan cara yang betul dapat memperbaiki segala kesilapan yang pernah kita lakukan ianya adalah motivasi yang paling baik dalam memperbaiki attitude kita, jika kita mudah untuk ditegur dan mengakui kesilapan yang kita lakukan pastinya kita akan mudah mendapat kawan, dan sedikit sebanyak kita akan mempebaiki lagi diri kita. Kita menilia diri kita bukan dari kacamata kita sendiri, kerana jika kita sendiri yang menilai diri kita pastinya kita akan merasakan yang kita sentiasa betul, namun jika kita serahkan orang lain untuk menilai kita dan juga keolahan kita dan mudah menerima teguran itu, maka dari sanalah kita akan dapat memperbaiki segala kesilapan kita.
Akhir kata dari pertemuan yang baru ini, saya mohon maaf andainya apa yang saya tuliskan dalam blog saya kali ini tidak menggembirakan anda untuk membacanya, namun hakikatnya itulah saya, teguran yang baik adalah motivasi yang berguna kepada perubahan diri, mengenal dan mengetahui kesilapan diri sendiri itu adalah satu sifat yang terpuji dalam meneruskan kehidupan.
Ingatlah Dosa kepada Tuhan akan terampun sebaik saja kita bertaubat, namun mengeccilkan hati orang lain dan melakukan kesilapan dan kesalahan pada orang lain terlalu besar dosanya selama kita kita minta ampun kepada orang itu. Tidak akan masuk syurga selagi insan yang disakiti hatinya itu tidak mengampunkan dosanya kepada kita. Maka fikir - fikirkan dan nilai-nilailah dengan bijak. Kadang kita takut dosa kita pada Tuhan lalu kita tunaikan segala suruhannya dan berharap agar diakhirat kelak kita akan dapat masuk syurga, namun kita lupa bahawa diluar sana masih ada orang yang hatinya terusik oleh kita sehingga dia tidak mahu mengampunkan dosa kita, dan yang mana impian kita untuk masuk keSyurga itu akan hancur lebur hanya kerana kita terlupa untuk meminta ampun pada orang tersebut akan kesalan kita.
Fikirkanlah sebaiknya........... Jumpa lagi.

Jumaat, 26 Jun 2009

BERITA MENGEJUTKAN SELURUH DUNIA : RAJA POP - MICHAEL JACKSON MENINGGAL DUNIA

Mungkin seluruh dunia sudah mengetahui tentang kematian Raja Pop Michael Jackson secara mengejut pada hari Khamis yang lalu akibat penyakit jantung, itupun seperti yang dilaporkan dalam berita. Kesian... cuma itulah yang hanya dapat aku keluarkan dari mulut ku, dan setakat itu saja cuma mungkin perjalanan bagi kehidupannya.
Pada mulanya aku tidak mengetahui tentang berita kematian beliau, hal ini cuma aku ketahui semaa aku hendak pergi menziarahi kubur arwah ibu, biasalah rutin mingguan setiap hari jumaat untuk melawat Kubur arwah ibu, seperti biasa aku ditemankan oleh dua orang anak saudara ku yang setia bersama ku setiap minggu untuk menjadi teman ku mengunjungi kubur arwah ibu ku, Khairul dan Hisham, mereka berdua ini sajalah yang terus setia menemani aku untuk menziarahi kubur arwah ibu setiap jumaat. Sewaktu dalam perjalanan, Khairul mengkhabarkan kepada ku tentang kematian Raja Pop ini, aku terkejut seolah tidak percaya. Lalu aku cuma mendengar berita yang disampaikan melalui radio dengansebaiknya, nyatanya betul. Kesian kata ku dalam hati, mungkin sudah sampai had perjalanan kehidupannya tambah ku lagi dalam hati.
Aku cuba mengimbas kembali masa yang lalu, sewaktu zaman - zaman kegemilangan mendiang Michael Jackson dulu, kira - kira 20 tahun yang lalu. Sewaktu lagu - lagunya seperti BILLIE JEANs, BEAT IT THRILLER, BLACK N WHITE dalam kegemilangannya aku ketika itu masih bersekolah lagi, aku baru mencapai usia remaja. Aku maseh ingat lagi bila mana tarian yang ditarikan oleh beliau menjadi ikutan anak - anak remaja seperti aku, terutama moon walk. Gambar beliau bukan saja dilekatka pada dinding malah juga pada file - file sekolah, tidak kurang juga pada buku - buku teks. Yang lucunya sehingga sanggup memphotocopy setiap gambarnya.
Aku bukanlah peminat yang begitu fanatik kepada MIchael Jackson, namun aku meminatinya kerana setiap lagu yang dinyanyikannya, jika kita lihat pada setiap lirik lagu-lagunya pastinya akan terselit massage yang berunsurkan kedamaian, selain daripada itu juga video - video clip beliau juga mepunyai gaya dan citarasa yang tersendiri yang mana kejarangan dibuat oleh penyanyi dan penghibur yang lain. Setiap video clip yang dibuat mempunyai keunikan yang tersendiri, yang mempunyai message yang tersendirri untuk disampaikannya. Dalam banyak video clip yang dibuat oleh Michael Jackson aku paling suka video Clip Thriller dan Black and White, kerana kedua - dua video clip tersebut mempunyai keunikannya yang tersendiri yang mencetuskan kelainan dari video clip penyanyi - penyanyi yang lainnya. Message yang disampaikan begitu jelas terutama pada video clip Balck and White, sebab itulah beliau terkenal sebagai seorang penghibur yang mempunyai keunikan dalam setiap persembahannya disetiap konsert yang diadakannya. Idea yang dicetuskan oleh beliau yang inginkan kelainan dari yang lain merupakan sesuatu yang banyak meninggalkan kesan kepada setiap yang melihat persemabahn beliau. Berbagai cara dan konsep dicetuskan dalam setiap persembahannya, ditambah lagi dengan koreografi yang begitu menarik yang kadangnya membuat orang terpesona apabila menonton persembahannya. Boleh diatakan beliau banyak mencetuskan kelainan dalam setiap persembahan yang dipersembahkan.
Namun satu perkara yang begitu mengejutkan aku adalah berita tentang beliau telah memeluk Agama Islam, aku terkejut dan memanjatkan syukur yang tidak terhingga sekiranya apa yang aku dengar mlalui berita yang disampaikan tersebut adalah betul. Khairul anak saudara ku yang bercerita tentang hal ini kepada ku semalam. Lalu aku beritahu kepadanya, jika kita ingin memastikan kesahihan cerita tentang keislaman beliau apa yang perlu kita tunggu adalah melihat semasa hari pengkebumiannya nanti, jika jenazahnya dibawa keMasjid bermakna beliau telah sah memeluk agama islam sepenuhnya, dan jika pada hari pengkebumian beliau diadakan didalam gereja maka beliau maseh lagi belum islam lagi. Itulah saja andaian yang dapat aku berikan tentang berita semua itu. Kerana bagiku apa yang kita ingin buktikan tentang kesahihan berita tersebut adalah melalui dengan cara tersebut, iaitu kita tunggu semasa hari pengkebumiannya nanti, kerana dari sanalah nanti akan terungkai segala jawapan pada semua persoalan yang digembar gemburkan selama ini.
Itulah kehidupan kita, dimana penghujung pada perjalanan kehidupan kita adalah sebuah kematian. Biar sebesar mana pun popularity yang kita telah buat, biarpun seluruh dunia mengetahui kepopularitian kita dan sebesar mana pun sanjungan yang diberikan kepada kita kita tidak dapat lari dari menghadapi sebuah kematian, kerana itulah penghujung dan noktah pada kehidupan kita ini. Namun mungkin cara kematian yang akan kita hadapi itu ada perbezaannya. Jika Raja Pop kita ini benar mati dalam keadaan seorang muslim dan mualaf, aku berdoa semoga rohnya akan terus dicucuri rahmat dari tuhan yang maha kuasa...Amin....! Dan Salam Takziah buat keluarganya dan semua peminat beliau.

Ahad, 21 Jun 2009

SELAMAT ULANGTAHUN PERTAMA HARI PERKHWINAN


Pejam celik , tanpa aku sedari masa yang berlalu pada hari ini 22 Jun 2009, sudah setahun aku mendirikan rumahtangga. Masa berlalu dengan begitu pantas, setiap detik membawa berbagai pengalaman baru bagi aku, dan sudah setahun juga pada hari ini aku bergelar suami.
Buat isteri ku yang tersayang, SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA aku ucapkan pada isteri ku yang tercinta dan tersayang, semoga apa yang telah kita lalui dalam usia perkahwinan kita yang baru ini akan memberikan kita pengalaman yang baru dalam diri kita masing - masing, dan semoga kita akan sama - sama mengecapi pahit manis dalam berumahtangga ini bersama - sama dengan penuh kesabaran dan ketakwaan, sama - sama kita hadapi segala rintangan dan juga cabaran yang akan berlalu dihadapan kita, dan semoga segala apa jua rintangan itu akan menjadikan diri kita berdua menjadi cekal dan lebih kuat untuk melayari bahtera perkahwinan dan alam rumahtangga kita ini.
Sesungguhnya tiada yang lebih baik dan membahagiakan kita dalam usia perkahwinan kita yang masih baru ini selain dari sikap keterbukaan kita berdua dalam semua hal, sikap saling hormati menghormati dalam menanai hak kita masing - masing, memahami hak privacy kita masing-masing, dan sikap kompromi kita dalam semua hal. Sesungguhnya semua itulah yang membuatkan kita bertambah lebih kuat dan cekal serta tabah dalam melayari bahtera rumahtangga kita.
Terima kasih yang tidak terhingga buat mu isteri ku tersayang, kerana selama setahun kita bersama melayari bahtera rumahtangga kita dengan rukun dan damai. Dapat melayan segala kerenah ku dengan penuh kesabaran, semoga kita akan terus kekal bahagia hingga keakhir hayat. Dan semoga tuhan akan mengabulkan doa kita untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat ini.... AMIN.

Jumaat, 19 Jun 2009

RENUNGAN KITA BERSAMA : HAYATILAH SEDALAMNYA APA YANG TERTULIS INI.


Pagi tadi aku sewaktu aku membuka email yang aku sudah lama tidak aku baca aku tertarik dengan salah satu email yang dikirimkan oleh rakan ku berhubung dengan cerita yang aku muatkan didalam blog ku ini. Dimana ianya banyak memberikan kesedaran kepada diri ku, bahawa kehidupan ini jika kita cuaikan pastinya kita tidak akan memperolehi apa juga ganjaran dari yang Maha Esa. Dan dari apa yang aku baca ini jua telah banyak memerikan kesedaran kepada diri ku.
Bagi aku , kenangan 20 tahun yang lalu semasa aku mengerjakan ibadah Haji adalah merupakan satu kenangan yang tidak akan pernah aku lupakan, dan jauh daripada sudut hati ini ingin kembali lagi berkunjung keTanah Suci Mekah dan Madinah pada satu masa insyaAllah jika diizinkan oleh Tuhan dan mempunyai rezeki yang luas. Yang pastinya itulah antara disitinasi yang ingin aku kunjungi semula, kerana bagi ku tempat itulah yang paling seronok untuk dikunjungi kerana ianya mempunyai perbezaan yang banyak dibandingkan jika kita pergi melancong ketempat yang lain. Jika kita pergi melancong ketempat yang lain, paling tidak pun kita hanya pergi samada untuk shopping ataupun untuk melawat ketempat menarik, namun jika kita pergi keMekah dan Madinah, samada untuk mengerjakan Haji ataupun Umrah, banyak manfaat yang kita perolehi beserta dengan ganjarannya sekali , antaranya selain daripada kita dapat melawat ketempat yang menarik dan juga membeli belah, kita juga dapat mengerjakan ibadat umrah, tawaf dan juga menunaikan perintah Allah. Dan segala ketenangan kita akan perolehi disana insyaAllah. Dan aku berdoa semoga Tuhan akan menyampaikan hasrat ku untuk aku berkunjung kesana lagi.
Untuk yang ku janjikan tadi ikutilah cerita selanjutnya untuk kita jadikan sebagai renungan dan motivasi bagi diri kita semua. Ikutilah ceritanya seterusnya.
KAABAH TIDAK MAHU BERGERAK.
Rasa nak menangis bila membaca. Rindu rasanya nak pergi lagi ke Tanah Suci. Semoga Allah murahkan rezeki dan semoga dapat tawaf Kaabah. Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak.Tentang syurga tentang neraka.Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf. Salah satu cerita menarik yang disampaikanoleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju kesyurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.
Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menujuke syurga.
Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikatbertanya kenapa enggan bergerak kesyurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak. Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir.. Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orangberkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka. Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.
Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.....Allah yang Maha Pengampun dan MahaMengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga.... How nice kan .... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan haji dan umrah.....Satu motivasi bagi rakan-rakan yang mampu untuk ke Mekah..sila2kanlah menjadi tetamu Allah..pergilah ketika masih muda dan kuat agar setiap langkah dan setiap nafas kita gagah dan diberkati oleh Allah swt...Kebahagiaan itu pasti datang, namun sejauhmanakah kita mengingati Allah swt dalam setiap urusan dunia kita?
Wallahua'lam....bissawab . Semoga ianya akan dapat membukakan mata kita dalam untuk kita menunaikan ibadat kita kepada Allah SWT.

Jumaat, 5 Jun 2009

SEKADAR UNTUK RENUNGAN BERSAMA : WANITA YANG DISIKSA



Apa yang aku muatkan dalam blogspot saya kali ini, saya perolehi dari satu blogspot kawan baru saya, dan saya tertarik untuk memuatkannya kedalam blogspot saya kali ini. Semoga ianya akan menjadi pengajaran serta iktibar buat semua dan supaya kita semua akan mendapat keampunana serta keberkatan dari Allah SWT. Amin. Selamat membaca......


Wanita Yang Di Siksa


Berkata Ali r.a. : Saya dan Fatimah telah pergi ke rumah Rasulullah S.A.W, apabila kami masuk ke rumah beliau maka kami dapati Rasulullah S.A.W sedang menangis, maka saya bertanya kepada Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, mengapakah anda menangis?"


Lalu Rasulullah bersabda : " Aku menangis sebab sewaktu aku di israkkan ke atas langit, aku melihat keadaan orang-orang yang di siksa, itulah sebabnya bila aku mengenangkannya aku menangis".


Kemudian Ali r.a. bertanya : "Ya Rasulullah S.A.W, apakah yang anda telah lihat?"


Rasulullah S.A.W bersabda : "Aku melihat 10 macam siksaan bagi kaum wanita, antaranya :-


-Orang perempuan yang di gantung dengan rambutnya dan otak di kepalanya mendidih

-Orang perempuan yang di gantung dengan lidahnya dan tangannya di keluarkan dari punggungnya, dan minyak air di tuangkan ke dalam kerongkongnya-Orang perempuan yang di gantung dengan buah dadanya dari arah punggungnya dan air kayu zakum di tuang ke dalam kerongkongnya


-Orang perempuan yang di gantung di ikat kedua kakinya beserta kedua tangannya sampai ubun-ubunnya dan di belit di kuasai oleh beberapa ekor ular dan kala jengking


-Orang perempuan yang makan badannya sendiri dan di bawahnya terdapat api yang bernyala-nyala.


-Orang perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting gunting dari neraka


-Orang perempuan yang berwajah hitam dan dia makan usus-ususnya sendiri


-Orang perempuan yang tuli, buta dan bisu di dalam peti dari neraka sedang darahnya mengalir dari lubang bahagian badannya seperti hidung, telinga dan mulut. Badannya pula busuk sebab penyakit kulit dan penyakit lepra


-Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai, mereka mendapat siksaan sejuta macam siksaan


-Orang perempuan yang berbentuk anjing, dan beberapa ekor ular dan kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Dan para malaikat memukuli kepalanya dengan palu gondom dari neraka.

Sebaik sahaja Fatimah r.a mendengar akan kata-kata ayahnya itu maka Fatimah r.a punberkata : " wahai ayahku, ceritakanlah kepadaku apakah amal-amal yang telah di lakukan oleh wanita-wanita tersebut?"


Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda : "Wahai anakku Fatimah, adapun :-


-Orang perempuan yang di gantung dengan rambutnya, adalah kerana dia tidak mahu tutup (melindungkan) rambutnya daripada di lihat oleh lelaki lain

-Orang perempuan yang di gantung dengan lidahnya, adalah kerana dia suka menyakiti suaminya dengan kata-katanya.


Rasulullah telah bersabda " Seseorang wanita yang menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya, maka Allah S.W.T akan melebarkan lidahnya di hari kiamat nanti selebar 70 zira, dan akan mengikat kebelakang lehernya ".


Seseorang perempuan yang menyiksa suaminya dengan kata-katanya, maka sesungguhnya Allah S.W.T melaknatinya, maka para malaikat juga melaknatinya dan para manusia juga melaknatinya.


Dari Uthman r.a berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : " Seseorang perempuan yang mengatakan kepada suaminya dengan berkata : "Aku belum pernah melihat kebaikan mu, maka sesungguhnya Allah S.W.T akan menghapuskan amal kebaikannya selama 70 tahun, walau pun dia berpuasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari".

-Orang perempuan yang di gantung dengan buah dadanya, adalah kerana dia menyusui anak orang lain dengan tidak mendapat izin suaminya.


-Orang perempuan yang di ikat dengan kakinya, adalah kerana dia keluar rumah tanpa kebenaran suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi. Yakni mereka yang tidak mandi bagi membersihkan diri setelah habis haid atau nifas


-Orang perempuan yang makan badannya sendiri adalah kerana berhias untuk di lihat oleh lelaki lain dan mereka yang suka membicarakan aib orang lain


-Orang perempuan yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting-gunting dari neraka adalah kerana dia memasyhurkan dirinya di kalangan orang ramai, dengan bermaksud supaya orang akan melihat akan perhiasannya. Dan setiap orang yang melihatnya akan tetarik kepadanya sebab perhiasan yang dia pakai


-Orang perempuan yang di ikat kedua kaki dan tangannya sehingga sampai ubun-ubunnya , dan di belit dengan beberapa ular dan kala jengking adalah kerana dia itu boleh solat, puasa tetapi dia tidak mahu mengambil wudhuk dan dia tidak mahu mengerjakan solat dan tidak juga mahu mandi junub


-Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi, dan badannya pula seperti keldai, adalah kerana dia suka mengadu domba dan sangat suka berdusta


-Orang perempuan yang berbentuk seperti anjing, adalah kerana dia itu ahli fitnah dan suka marah kepada suaminya


Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "Kalaulah semua yang ada di bumi ini merupakan emas dan perak, kemudiannya di bawa oleh seorang perempuan ke rumah suaminya, maka dengan satu hari dengan bangganya dia berkata : Awak ni siapa, semua harta yang ada di sini milik aku, engkau tidak mempunyai harta apa-apa pun".Maka Allah S.W.T akan menghapuskan semua amal baiknya walaupun amal itu banyak.



Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Seseorang perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa kebenaran suaminya maka sesungguhnya dia di kutuk oleh segala sesuatu yang di sinari oleh matahari dan bulan sehingga dia kembali ke rumah suaminya".



Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Apabila seorang perempuan itu keluar dari rumahnya dengan menghiaskan dirinya dengan memakai wangi-wangian yang harum dan si suami pula membenarkannya,maka sesungguhnya Allah S.W.T akan membangunkan kepadanya setiap langkah isterinya itu satu rumah dalam neraka".



Talhah Bin Abdullah r.a berkata bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : "Apabila seorang perempuan itu sentiasa bermasam muka terhadap suaminya dan menyebabkan suaminya itu susah hati, maka sesungguhnya Allah S.W.T memurkainya sehingga dia tidak boleh lagi tertawa di hadapan suaminya atau mengembirakan suaminya itu".


*Di petik dari buku Himpunan Kisah-Kisah Laki-Laki dan Wanita di dalam Al-Quran dan Hadis.