Jumaat, 16 Oktober 2009

HAI SEMUA..... SELAMAT BERTEMU KEMBALI

Assalamualaikm pada semua........
Hampir beberapa bulan saya tidak updat blog saya, bukan apa kerana terlalu banyak kerja dan tugasa yang perlu saya selesaikan dan tidak kurang juga banyak perkara yang berbangkit dan akhirnya menjadi masalah yang terpaksa diselesaikan. Alhamdulillah kini saya kembali semula kepada blog saya, dan terasa rindu juga bila sudah lama tidak menulis dalam blog saya.


Masa berlalu dengan begitu pantas sekali, dan tidak terasa cuma tinggal dua bulan saja lagi kita akan melangkah ketahun baru 2010, dan sepanjang tahun ini sememangnya mengukir banyak cerita pahit manis yang akan terabadi didalam kotak memori kita, baik ia kenangan yang manis mahupun pahit.

Sepanjang beberapa bulan saya menyepi, banyak perkara yang saya dengar dan lihat, yang membuatkan saya berfikir dan memperlajari dari apa yang saya lihat dan dengar tersebut. Tidak kurang juga yang menjadikan saya semakin matang dalam mengharungi kehidupan saya ini. Dalam kehidupan rumahtangga saya, Alhamdulillah saya suami isteri hidup dalam bahagia, saya bahagia hidup disamping isteri saya yang tersayang, cuma kami berdua belum dikurniakan lagi rezeki untuk menimang cahaya mata, biarpun usia perkahwinana kami sudah hampir menjagkau dua tahun, namun saya dan isteri hanya berdoa supaya dalam amasa yang terdekat ini kami akan dikurniakan cahaya mata, impian kami berdua adalah untuk menimang anak kembar jika nanti dikurniakan rezeki. Amin..!


Dalam usaha untuk mempertingkat ekonomi keluarga pada masa ini kami berdua sedang merancang untuk membuka sebuah perniagaan kecil - kecilan, cuma untuk menambahkan sedikit kewangan, dan insyaAllah ianya mungkin akan dapat dilaksanakan pada tahun hadapan. Dan saya masih lagi berusaha untuk mencapai cita - cita saya yang masih belum dapat saya gapai lagi, dan saya terus berusaha untuk kearah itu tanpa ada sedikit pun rasa putus asa, kerana bagi saya jika saya mudah berputus asa maka semudah itulah juga harapan dan cita-cita saya menjadi hancur. Sebab itulah saya tanamkan pada diri saya agar untuk tidak mudah untuk berputus asa dalam apa jua perkara yang saya ingin lakukan, kerana semakin saya gagal, semakin kuat semangat saya untuk mencapai kejayaan itu, biarpun harus bangun beberapa kali dari rebah, semua itu saya lakukan kerana saya ingin buktikan bahawa biarpun kegagalan itu sering melanda kita, ianya tidak bermakna akan melemahkan semangat saya untuk maju dan menghalang saya dari mencapai cita - cita saya. Saya terus berusaha kearah itu, kerana semakin kita lemah maka semakin itulah juga kita akan terus gagal dalam hidup kita, itulah prinsip saya.



Saya tahu bahawa segala kegagalan itu tidak berpunca dari siapa - siapa malah semua kegagalan itu adalah berpunca dari kelemahan diri sendiri, kelalaian saya dan juga kurangnya usaha yang gigih. Dan kerana itulah saya sering mempelajari dan meneliti dimana sebenarnya kelemahan saya itu, agar ianya akan dapat membantu saya untuk memperbaiki kesilapan dan kegagalan saya, saya jadikan kegagalan - kegagalan yang lalu sebagai perintis untuk saya memulakan langkah baru dalam memperbaiki kesilapan saya tersebut, dan insyaAllah saya yakin dengan cara bermuhasabah dan meniliai prestasi diri melalui mengakui kelemahan dan kesilapan diri sendiri saya pasti akan dapat memperbaiki diri saya dan juga akan dapat mencapai apa yang saya impikan dan cita - citakan selama ini.


Bagi saya jika kita tidak dapat menerima hakikat akan kelemahan diri sendiri dan tidak ingin untuk memperbaikinya itu adalah sifat HIPOKRIT dan menipu diri sendiri. Selama kita memiliki sifat sedemikian maka selama itulah juga kita tidak akan dapat memperbaiki kesilapan kita, kerana semakin kita takut untuk gagal dan semakin itulah juga kita akan terus diberikan cubaan. Seorang yang HIPOKRIT tidak akan pernah mengatakan dirinya sebagai seorang yang gagal, malah dia merasakan dirinya sering dalam keadaan yang betul, ini kerana baginya dia tidak perlukan orang lain untuk memperbaiki kesilapan dirinya, kerana baginya dia sendiri tahu untuk menilai siapa dirinya dan apa yang dia buat tersebut adalah betul. Namun sebaliknya orang yang seperti ini tidak akan pergi jauh dan malah apa yang pada kehidupannya itulah saja yang akan dilaluinya, kerana apa dia tidak perlukan orang lain untuk menunjuk arah dan membetulkan kesilapannya. Orang yang hipokrit ini hanya merasakan dia itu adalah insan yang tidak pernah salah dan kesilapan itu hanya dibuat oleh orang lain.
Saya paling suka diberikan teguran yang dapat membina diri syaa, kerana melalui teguran itu saja yang akan dapat untuk memberitahu kita dimana sebenarnya kesilapan yang telah kita lakukan. Teguran secara bersemuka adalah satu cara yang terbaik dan malah cara sebeginilah yang paling saya sukai. Teguran dengan cara yang betul dapat memperbaiki segala kesilapan yang pernah kita lakukan ianya adalah motivasi yang paling baik dalam memperbaiki attitude kita, jika kita mudah untuk ditegur dan mengakui kesilapan yang kita lakukan pastinya kita akan mudah mendapat kawan, dan sedikit sebanyak kita akan mempebaiki lagi diri kita. Kita menilia diri kita bukan dari kacamata kita sendiri, kerana jika kita sendiri yang menilai diri kita pastinya kita akan merasakan yang kita sentiasa betul, namun jika kita serahkan orang lain untuk menilai kita dan juga keolahan kita dan mudah menerima teguran itu, maka dari sanalah kita akan dapat memperbaiki segala kesilapan kita.
Akhir kata dari pertemuan yang baru ini, saya mohon maaf andainya apa yang saya tuliskan dalam blog saya kali ini tidak menggembirakan anda untuk membacanya, namun hakikatnya itulah saya, teguran yang baik adalah motivasi yang berguna kepada perubahan diri, mengenal dan mengetahui kesilapan diri sendiri itu adalah satu sifat yang terpuji dalam meneruskan kehidupan.
Ingatlah Dosa kepada Tuhan akan terampun sebaik saja kita bertaubat, namun mengeccilkan hati orang lain dan melakukan kesilapan dan kesalahan pada orang lain terlalu besar dosanya selama kita kita minta ampun kepada orang itu. Tidak akan masuk syurga selagi insan yang disakiti hatinya itu tidak mengampunkan dosanya kepada kita. Maka fikir - fikirkan dan nilai-nilailah dengan bijak. Kadang kita takut dosa kita pada Tuhan lalu kita tunaikan segala suruhannya dan berharap agar diakhirat kelak kita akan dapat masuk syurga, namun kita lupa bahawa diluar sana masih ada orang yang hatinya terusik oleh kita sehingga dia tidak mahu mengampunkan dosa kita, dan yang mana impian kita untuk masuk keSyurga itu akan hancur lebur hanya kerana kita terlupa untuk meminta ampun pada orang tersebut akan kesalan kita.
Fikirkanlah sebaiknya........... Jumpa lagi.

0 ulasan: