Rabu, 6 Januari 2010

BICARA KITA: RUMAH SAKIT ATAU TEMPAT LEPAK....?

Minggu lalu kakak ku dimasukkan ke wad dan dibedah kerana disyaki ada ketumbuhan pada ususnya. Dua hari sebelum dibedah kakak ku telah dimasukkan wad 7 dihospital RIPAS, aku akui sejak akhir ini memang ketara perubahan pada kakak ku, badannya semakin mengecil dan kelihatan kurus sejak bebebrapa bulan ini, kerana dia tidak begitu mahu makan.
Bercerita kembali mengenai dengan hospital RIPAS pada masa ini, aku begitu memuji sekali dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak rumah sakit kepada para pengunjung wad, yang mana tidak seperti dulu, dimana orang ramai bebas keluar masuk wad tanpa mengira masa untuk melawat. Dan apa yang jelas kelihatan kini hospital ripas kini terutama sekali pengurusan wad orang sakit, begitu jelas kelihatan nampak ketat peraturannya. Kini jika bukan waktu melawat tidak akan dibenarkan untuk melawat, dan pelawat mestilah menunggu sehingga waktu malawat. Dan begitu juga jika waktu melawat sudah tamat, para pelawat akan disuruh keluar samada melalui corong speaker yang disediakan ataupun dengan bantuan sekuriti hospital.
Namun berbeza dengan tempat wad dimana kakak ku ditempatkan, ada seorang pesakit yang mana aku difahamkan pesakit ini terlalu degil dan malah dengan sesuka hatinya tidak memperdulikan peraturan yang disediakan oleh wad tersebut. Bila kakak ku ditahan dirumah sakit, maka seperti biasanya aku akan pergi melawat kakak ku setiap hari, jadi berbalik pada pesakit yang kurang berdisiplin ini yang mana katilnya bersebelahan dengan kakak ku, hampir setiap hari tidak pernah kurang pengunjungnya, malah aku difahamkan keluarganya iaitu anak - anaknya akan berada disana sepanjang masa, malah makan dan juga minum disana. Apa yang aku lihat sendiri, dia dan anak - anaknya tidaklah berdisiplin langsung, apa tidaknya, apabila mereka berada didalam wad, mereka tidak pernah memperdulikan pesakit - pesakit yang berada didalam wad tersebut, mereka seolah berpesta apabila mereka berkumpul, bercerita dengan suara yang begitu kuat, dan malah sipesakit itu sendiri aku dengar sering menengking jururawat yang ada diwad tersebut sehinggakan jururawat yang bekerja disitu mungkin merasa bosan untuk menegurnya lagi.
Dapatkah awda semua bayangkan bagaimana keadaan wad itu jadinya? Bagi aku yang sering melawat kakak ku setiap lepas waktu bekerja kadang - kadang merasa geram juga bila mereka tidak pernah menghormati pesakit yang lain, aku difahamkan oleh emak saudara ku yang menunggu kakak ku, kadang - kadang sehingga lewat malam ramai lagi yang berkumpul bersama pesakit mereka tersebut, dan malah sewal jam lima pagi dia sudah menelefon keluarganya untuk datang kewad, dan bermacam lagi. Aku bergeleng kepala bila memerhatikan keadaan sedemikian. Dan pernah menurut emak saudara ku pada satu malam tu, polis sendiri yang datang berjumpa dengan pesakit itu, yang mana difahamkan ada diantara pesakit tersebut yang membuat aduan.
Bagi aku sendiri yang berada disana kadang - kadang dari jam lima sehingga jam lapan pun menggelengkan kepala , mana tidaknya keadaan seolah bukan berada didalam wad dan ianya seperti dipasar dengan suara yang riuh rendah, jadi bayangkan jika awda salah seorang pesakit didalam wad tersebut apa akan awda rasakan? Dan lagi setiap hari sama saja, malah mungkin lebih teruk, bayangkan dari awal pagi sehingga lewat malam? Bagaimana pesakit lain akan berehat?? Bagi aku sendiri itulah yang dikatakan attitude, dimana jika pesakit tersebut tahu dimana dia berada, dan dia disana untuk apa dan siapa disekelilingnya pastinya dia tidak akan berkelakuan begitu, ini tidak dia seolah tidak mempunyai disiplin langsung dan rasa hormat bukan saja pada jururawat yang bertugas disitu malah juga pada rakan - rakannya disebelah yang juga sedang sakit. Dan amat menyedihkan lagi apabila anak - anak dididik dan diberikan contoh yang juga tidak pernah untuk menghormati orang lain.
Dalam hal ini, siapa yang harus dipersalahkan??? Sipesakit tersebutkah ataupun pengurusan wad hospital yang tidak begitu tegas dalam pengurusan dan pentadbiran wad mereka, sehinggakan pesakit dan orang lain menjadi bebas dan berbuat sesuka hati mereka saja disana. Jadinya jawapan ada pada para pembaca blog ini, kerana bagi aku sendiri aku pendirian individu itu adalah berbeza-beza dan tidak sama. Jadi sila letakan komen awda semua mengenai hal ini pada ulasan, saya juga menginginkan sekali sekala apa yang saya tulis diblog saya ini mendapat ulasan daripada pembaca, sekurangnya saya akan dapat tahu sejauh mana pengunjung blog saya ini mengikuti blog saya ini sepenuhnya. Terima kasih.........

0 ulasan: