Ahad, 31 Januari 2010

TERIMA KASIH ATAS BUAH TANGAN YANG DIBERI (BUAT KELUARGA DILIMBANG).



Sabtu lalu sepupu isteri ku dari Limbang datang kerumah mertua ku, seperti biasa mereka turun ke Brunei selain dari untuk menziarahi kami keluarga diBrunei juga untuk membeli sedikit keperluan disini. Apa yang aku difahamkan mereka turun ke Brunei untuk mebeli barang keperluan untuk rumah baru mereka.
Bagi pihak isteriku aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas buah tangan yang dibawa untuk kami tempoh hari, rasa berbesar hati dengan buah tangan yang dibawakan untuk kami tempoh hari, terutama buah-buahan seperti langsat dan durian dan juga sedikit masakan berupa Udang Galah daripada Tua Jijah, terima kasih dan ianya sungguh lazat.... kalau ada hantarlah lagi...hehehehe....
Buat abang Ramli dan Kak Dayang Rohani juga Kak Amit terima kasih ye atas buah tangan dari biskita tersebut. Maaflah ketika biskita datang kerumah tempoh hari kami suami isteri tidak ada dirumah kerana kebetulan waktu tu hari bekerja. Jadi kami suami isteri mengucapkan terima kasih sekali lagi buat buah tangan daripada biskita dan semoga akan bertambah lagi rezeki untuk abiskita semua disana.
Dan itulah dia ikatan saudara, walau dimana kita berada namun ikatan kekeluargaan itu tidak akan pernah putus, terus terjalin mesra. Semoga ianya akan terus berkekalan sehingga kehujung generasi, dan terus kekal kemesraan bersaudara terjalin biar sehingga akhirnya.

FEBUARI DATANG LAGI



Pejam celik tanpa kita sedari Januari sudah pun meninggalkan kita, bermakna tahun 2010 sudah sebulan kita jalani, dan kini Febuari muncul kembali dan apakah azam dan cita - cita kita sudah tercapai sepanjang bulan Januari lalu? Jawapan pada pertanyaan tesebut ada pada diri awda sendiri, kerana yang tau pada perjalanan kehidupan awda adalah diri sendiri. Rentak dan langkah kaki awda yang tahu dimana dan sejauh maan sudah kaki awda berjalan, jadi semuanya ada pada tangan kita masing - masing. Tercapai sudah atau belum segala azam dan cita - cita kita tersebut ada pada diri kita, jika misi kita belum tercapai maka setentunya usaha kita belum mencukupi lagi. Kita sering tergagal kerana kita mempunyai sikap lalai dan leka, bukan kerana usaha kita tidak mencukupi. Kerana itulah kadangnya azam kita tidak pernah menjadi sepanjang tahun dan setiap tahun baru azam kita itu akan terus kita bawa lagi. Dan apapun yang penting semangat kita untuk memajukan diri kita adalah amat mustahak dalam mencapai apa yang kita azamkan dan cita - citakan.




Buat semua semoga bulan kedua tahun 2010 ini akan banyak mendatangkan manfaat dan kebaikan pada diri kita, dan semoga apa pun yang kita azamkan dan cita - citakan akan dapat kita gapai pada tahun ini. Usaha dan doa adalah dua perkara penting untuk menjadikan cita - cita kita termakbul. Menggandakan usaha jika kita rasa segala usaha kita pada kebelakangan ini kurang yang membuatkan usaha kita sering tergagal, dan selebihnya adalah rajin untuk bercermin diri ataupun bermuhasabah diri, menilik diri kita sendiri daripada kacamata dan prospektus sendiri, kerana dengan menyedari kesilapan dan kesalahan kita pada yang lalu juga dapat membantu kita untuk memperbaiki sikap dan perangai kita yang mungkin selama ini tidak kita sedari.






Apapun yang kita ingin lakukan niat memainkan peranan penting , kerana dengan niat yang betul dan ikhlas beserta dengan doa segalanya akan mendapat keberkatan dari yang maha Kuasa. Wish You All Good Luck and All The Best........ May this february bring all the joy for you and what you've dreams come true.......

Jumaat, 29 Januari 2010

PEMBINAAN PAGAR FASA 2 HAMPIR SELESAI



Hampir dua minggu aku tidak menjenguk kerumah ayah ku, ternyata pagar yang dibangunkan tempoh hari sudah pun masuk fas ke 2 dan sudah hampir siap. Well aku tersenyum sendirian bila melihat kini seluruh kawasan dua buah rumah kami sudah pun dikelilingi pagar.
Alhamdulillah kini dengan adanya pagar tersebut mungkin akan terjamin lagi keselamatan bagi kedua buah rumah kami. InsyaAllah jika ianya sudah siap sepenuhnya aku akan memuatkan lagi dalam keluaran akan datang. Maaf le ye untuk kali ini aku tak menuliskan terlalu panjang, maklum sajalah aku mencuri masa, kerana terlalu sibuk banyak tugasan yang perlu aku selesaikan sebelum minggu ni berakhir. Jadi terpaksalah menyiapkan tugasan ku untuk minggu ini sebelum boss meminta laporan untuk minggu ini ada baiknya aku siapkan dulu, sekurangnya bila minggu baru tiba aku sudah tidak sakit kepala untuk menyiapkan minggu -minggu yang sudah dan pastinya aku akan menyiapkan tugasan yang diberi untuk meinggu baru. Hehehehe.... kerana aku ingin menjadi pekerja yang produktif dan berQualiti.... ewah..... betul ke tu??? Hehehehehe.... betul le tu......
Apa pun selamat berhujung minggu untuk kalian semua...... HAAPPY WEEKEND.

Rabu, 27 Januari 2010

BICARA HIDUP: TIADA PERI KEMANUSIAAN - ANAK DAMIT DIBUANG LAGI

Petikan dari Akbar Borneo Bulletin keluaran hari ini 28 January 2010.

BABY FOUND DUMPED IN GARBAGE AREA
A DEAD baby was found in a garbage area in Kg Katok, Jln Tungku yesterday 27 january 2010. The body of baby girl, reportedly born the previous night, was found by a Thai national at around 730am and he duly informed his manager who then called the Police hotline 993.
The case was immediately transferred to the Woman dan Child Abuse Unit, Criminal Investigation Department.
When the crime scene was combed, officals found the baby wrapped in a 'Batikk Sarong' and also found a nylon bangle on the baby's body.
A post mortem done in the afternoon revealed that it was a full term baby girl.
The pathologist said the baby girl was possibly born the previous night.
The autopsy revealed no evidence of life after birth and it is verylikely that the baby was stillborn. There were no injuries or any physical deformities found on the body, accoring to a police statement.
The investigation is still ongoing and the police are encouraging the public to come forward if the have any information with regards to this case or know of anyone wearing such a bracelet by calling the Police hotline 993 or reporting to any nearest police station.
he police thanked the two for informing them immediately of the discovery.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Komentar ku mengenai dengan kejadian tersebut:
Entahlah bila aku fikirkan tidak adakah perasaan kasih pada ibu anak damit tersebut? si Ibu tersebut tidak layak untuk dipanggil sebagai seorang manusia dan hanya layak dipanggil sebagai syaitan, sedangkan binatang lagi tahu untuk mengasihi anaknya, inikan kita sebagai manusia. Aku cuba memikirkan apakah siibu tadi tidak ada rasa kesal dan salah pada perbuatannya tersebut?
Aku minta maaf jika perkataan yang aku tuliskan ini menyinggung perasaan pembaca, jika sekalipun jika anak yang dilahirkan itu adalah diluar nikah, tidak perlu rasanya untuk membuat perbuatan begitu, jika menyedari perkara itu salah kenapa dilakukannya? Bak kata orang tetua Brunei, 'Kan tau nyaman ganya, sudah berisi parut atu teluncat - luncat baru taukan takut, awal - awal masa membuat inda tefikir apakan jadi.....' inilah perkataan yang sering aku dengar dari setengah mulut orang tua. Memang betul juga apa yang dikatakan oleh mereka kerana bila dah jadi brfikir apa yang perlu dilakukan, inilah yang dikatakan bala.
Aku sememangnya kesal dengan perbuatan yang sebegini, bagi aku yang sudah berkahwin hampir dua tahun yang masih belum lagi dikurniakan rezeki untuk menimang anak ini, berfikir alangkah baik jika anak tersebut diserahkannya kepada aku dan sememangnya aku akan menjaganya, jangan dibuang seperti sampah saja. Apakah siibu itu tidak pernah terfikir tentang susah payahnya mengandung selama 9 bulan tersebut? Kenapalah terlalu singkat siibu tersebut berfikir sehinggakan dia sanggup membuat perkara tersebut kepada anaknya. Dimanakah kewarasannya dalam berfikir? Entahlah sebilangan manusia hari ini, rupanya semakin canggih teknologi dicipta bukan semakin tinggi cara mereka berfikir. Inilah yang dikatakan sebagai penyakit sosial. Mereka ingin bersosial mengalahkan seperti orang barat, bergaul seperti orang barat dan ingin berfikiran seperti orang barat namun kenapa dalam soal sebegini bila anak lahir diluar tabie anak damit yang tidak berdosa dibuang begitu saja.
Aku sungguh kecewa dengan perbuatan siibu tersebut, mungkin bukan aku saja yang kecewa namun juga orang lain juga berfikiran sama dengan aku. Bagi aku yang maseh belum ada rezeki untuk menimang anak ini marah bila mendengar berita sedemikian, alangkah baiknya anak tersebut jika ianya diberikan kepada ku yang teringin sangat untuk menimang anak ini.
Apapun inilah dia dunia, yang sudah lama berkahwin dan tidak punya anak inginkan anak, namun bagi yang mudah untuk mendapatkan anak lain pula hal nya, anak yang dikurniakan kepadanya dicuaikan dan dibunuh begitu mudah. Inilah percaturan dunia, yang ibaratnya roda berputar membawa berbagai cerita.
Buat pengunjung blog sekalian terutama yang remaja, beringatlah, kebebasan yang diberikan oleh orang tua kita itu wajib kita hargai dan jaga ia sebaiknya, begitu juga dengan pergaulan kita, tidak semestinya kebebasan dan kepercayaan yang diberikan oleh orang tua kita kepada kita itu membolehkan kita untuk melakukan apa saja yang kita inginkan. Sebelum kita bertindak dengan lebih jauh banyakkan berfikir, apakah tindakan yang kita ambi dan ikuti itu adalah sesuatu yang betul atau sebaliknya? Jika ianya adalah sesuatu yang betul maka ikutlah jika ianya dirasakan sesuatu yang melanggar peraturan dan hukum agam, maka tinggalkanlah. Kita sering terlupa bahawa keseronokan itu jika kita lalai akan membawa padah yang buruk kepada kita dan mungkin akan memberikan impak yang paling buruk seumur hidup kita. Segarang orang tua kepada anaknya bukanlah untuk membinasakannya, tetapi adalah untuk memberikan yang terbaik buat mereka. Kerana mereka tidak ingin mlihat sesuatu yang buruk terjadi kepada anak - anak tersebut. - Fikir - fikirlah sebaiknya.......

Ahad, 24 Januari 2010

SECRET RECIPE - IT'S YOUR OWN CHOICE



Semalam kawan aku mengajak aku untuk makan tengahari disebuah restoran yang baru dibuka awal tahun ini, ianya adalah sebuah restoran 'PERANCAIS' dari Malaysia. Restoran ini begitu popular dinegara jiran kita, so ianya dibuka sebagai salah satu branch untuk orang Brunei.
Well ianya cuma seperti restoran yang biasa saja, sama seperti restoran yang lain. Jadi bila kami berdua masuk kesana kami disambut oleh pekerjanya dengan ramah sekali, kami ditanya samada buat booking atau tidak, jadi biasalah kawan aku beritau kita tak ada booking, jadi kita diberitau cuma ada meja bulat saja yang available ketika itu, so bagi aku sememangnya tidak berasa selesa untuk duduk dimeja bulat lalu mecelah untuk duduk dimeja biasa, so nasib kami baik kerana ada meja kosong dibahagian atas, so kami pun duduklah sambil dihulurkan menu oleh pelayan restoran tersebut.
Barupun aku membuka menu, mata aku terus terbeliak, bukan apa harga yang ditaruh untuk setiap makanan adalah terlalu mahal, dan mungkin mereka mengikut harga yang ditawarkan diMalaysia, cuma diubah dari RM ke B$ saja. Naib aku baik kerana kawan aku yang belanja aku, jadi aku disuruh pilih apa saja maknan. Pada mulanya aku taklah berapa selesa sangatkan, maklum sajalah, bayangkan saja harga mee rebus mencecah sampai $12.oo, sedangkan ditempat lain murah saja. Aku difahamkan rasanya tak berubah pun sama juga macam yang ada ditempat lain, aku gelengkan kepala. Lalu aku order yang biasa sajalah, maklum sajalah kesiankan orang belanja, so kami berdua sempat juga berbincang mengenai dengan harga yang ditaruh untuk setiap menu pada hal harganya serupa dengan harga yang ada dimalaysia, lalu kita berfikir tak dapatkah untuk dikurang sedikit? Namun aku senyum bila kata penutup yang kami huraikan bersama ini bukan restoran kitani lah.... ini restoran orang. Namun aku takut dah banyak restoran Perancais yang dibuka disini banyak yang dah golong tikar, antaranya Kenny Roger's restoran, Merry Brown Fast Food Restoran, Grandy's restoran.
Semasa disana aku teringat untuk membelikan isteriku kek keju (Cheese Cake), jadi aku sempatlah membelikan isteriku dua keping kek keju untuk aku berikan dan rasakan pada isteri ku. Well kata isteri ku yang ini dia pun boleh buat...... sama saja tak ada yang special. Aku tersenyum mendengarkan komentar dari isteri berhubung dengan kek dan restoran tersebut. Bila aku plan nak bawa dia kesana nanti, dia kata boleh juga.... itu yang hebat tu, itulah isteri ku...... hahahah.
Apa pun siapa yang tak sayang isteri kan.........! LOL

MAJLIS DOA KESYUKURAN, BERZIKIR DAN MANDI BERLAWAT BAGI DAYANG NORSAADAH BINTI HAJI MOHD SAAD


Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan tahniah buat adik sepupu ku Dayang Norsaadah dan suaminya Mohd Ghadafi kerana kelahiran anak mereka iaitu Mohd Aqil Dzakwan. Tahniah dari kami suami isteri, dan semoga dengan kelahiran Aqil akan bertambah lagi kebahgiaan rumahtangga kalian, dan itulah rezeki mereka.
Semalam berlangsung majlis doa kesyukuran , berzikir dan mandi berlawat bagi kelahiran Aqil. Alhamdulillah majlis berlangsung sesuai dengan perancangan yang telah diaturkan dan ramai tetamu yang terdiri dari keluarga menghadiri majlis tersebut. Seperti biasa semalam bila dah bertemu dengan sepupu terdekat maka jadi riuhlah dan gamatlah majlis. Gambar diatas adalah sebahagian dari majlis tersebut yang sempat aku rakamkan pada lensa kamera aku.
Ini saja yang dapat aku tuliskan untuk keluaran kali ini, maklum sajalah hujung minggu begini aku jarang ada aktiviti yang aku lakukan dan semoga you all gembira membaca blog aku kali ini. Byeeeee n jumpa lagi........!

Jumaat, 22 Januari 2010

BICARA HARIAN : AKU KENA DEMAM DAN BATUK SALESMA




Khamis lalu, aku terpaksa pergi berjumpa dengan doktor, aku terkena demam dan salesma yang sudah tidak dapat terbendung lagi oleh badan ku, badan aku panas, hidung aku berair, akhirnya aku pergi kekelinik juga akhirnya. Aku ditemani oleh isteri ku, pada mulanya aku ingin pergi ke Government Clinic, tapi bila aku fikirkan yang Government Clinic terlalu banyak orang so aku terpaksa pergi kekelinik swasta, tempat dimana aku selalu berjumpa. Aku ditemani oleh isteri ku, yang juga masih lagi batuk salesma, malah ku rasa waktu tu batuk dan salesmanya tidak berkurangan sejak minggu yang lalu, itulah juga sebabnya kenapa aku tak nak pergi Government Clinic.
Sabtu lalu isteri ku pergi medical check up diGovernment Clinic, dia diberi cuti selama 4 hari, well aku ingat bila dah cuti sampai hari ni dia oklah, tapi sebaliknya, virusnya terjangkit kepada aku pula, dan lastnya aku pula yang perlu buat medical check up. Itulah plan awal aku nak pergi Government Clinic tapi bila fikir banyak kali lastnya aku cancel dan pergi ke Private Clinic. Masa sampai sana orang dah banyak, pada hal waktu masih awal lagi jam lapan lebih, biasanya waktu begini tak banyak orang, orang yang datang rata - rata dengan penyakit yang sama dengan aku, demam batuk dan salesma. Masa mendaftar aku suruh isteri ku untuk berjumpa sekali, kerana aku khuatir juga bila aku tengok keadaannya yang belum sembuh lagi selepas dia diberi cuti rehat oleh doktor kerajaan, jadi lamalah juga kami menunggu untuk berjumpa dengan doktor.
Masa berjumpa dengan doktor, aku biasalah selamba saja, kerana aku dah biasa sangat dengan doktor tersebut, lagipun aku kerap buat treatment dengan doktor Zailah ni, so dia check aku betul betul, dia tanya aku bermacam soalan biasalah bila dah jumpa doktor, so lepas tu dia beritau aku ubat - ubat yang akan dia berikan pada aku, so aku biasa ajelah, dan katanya lagi aku terpaksa dia bagi cuti sakit untuk hari itu saja, Ok lah jawab ku selamba, katanya aku perlu rehat dulu, pada hal bos baru SMS aku menyuruh aku datang kerja semula secepatnya kerana ada kerja yang perlu aku siapkan, jadi selesai aku giliran isteri ku kerana kami berdua diberikan kebenaran untuk berjumpa sekaligus, so isteri ku beritaulah yang dia baru saja jumpa doktor beberapa hari yang lepa dan dia diberi cuti rehat 4 hari, tapi keadaannya masih tak reda lagi, so biasalah Doktor Zailah cakap pada isteri aku, dia tak nak bagi ubat jenis antibiotic memandangkan masa tempoh hari dia dah diberi ubat yang sama, so dia beri isteri ku ubat batuk saja dan cuti lagi satu hari, jadi hari tu kami suami isteri sama - sama cuti sakit.
Biasalah bila dah cuti sakit, aku tak banyak songeh lagi, sampai rumah lepas makan ubat, aku terus tidor, dari jam 10 pagi sampai jam 530 petang aku tidur, aku berehat panjang pada hari itu, walaupun masih lagi demam hari ini aku dah pun masuk kerja, dan dah ada tugas yang menanti aku. Tapi sudah hampir dua minggu aku tak balik rumah ayah, kerana minggu sebelum ni aku diserang sakit gigi dan pening dan minggu ni pula aku diserang demam dan salesma, jadi aku malas nak balik kerumah ayah ku, so buat ayah maaflah buat masa ni belum lagi dapat balik jengok ayah dan kakak dirumah sebab masih dalam keadaan letih lagi.
Hopefully aku akan sembuh dalam hari terdekat ni, bukan apa risau juga sebab daha lama tak jengok ayah dan kakak yang sedang sakit dirumah, itulah yang juga menyusahkan hati aku sejak kebelakangan ini. Tapi aku sentiasa berdoa semoga kakak aku akan cepat sembuh dalam masa terdekat ini, dan semoga ia akan terus kuat dan tabah menghadapi semoga dugaan ini. Itulah doa aku setiap masa......

Selasa, 19 Januari 2010

BICARA RINDU: TERINGAT PADA ARWAH MAMA

Sejak dari minggu lepas lagi aku kurang sihat, pada minggu lepas kepala ku pening dan gigi ku sakit, derita juga rasanya bila aku diserang sakit gigi dan kepala sekaligus. Dalam aku sakit gigi, bisanya buka saja pada gigi malah terasa kesakitannya hingga kemata, aduh...... sakit. Dan dalam minggu ini aku terkena salesma dan batuk lagi, mungkin kerana jangkitan dari isteri ku yang sememangnya beberapa hari yang lepas diserang salesma dan batuk, dan aku baru terkena dalam dua hari yang lepas.
Dalam keadaan melayani kepala yang sedang sakit, hidung pula tersumbat oleh sebab salesma dengan batuk - batuk kecil yang meyerang seberapa kerap, fikiran ku melayang teringat pada arwah mama. Biasanya jika aku demam arwah mama lah orang tempat mengadu untuk meminta diurutkan kepala dan badan, namun kini tiada siapa yang hendak disuruh mengurut kepala dan mengurut badan melainkan isteri, dan kadang - kadang tersirat satu kerinduan pada arwah mama, terasa betul kehilangan mama ketika ini, hati mana yang kadang tidak terusik bila dalam keadaan begini insan yang sering mengelinga diri waktu sakit telah tiada, terasa kerinduan itu terlalu amat memedihkan. Namun itulah dia putaran alam, yang bernyawa pastinya akan mati penghujungnya. Biarpun sudah berteman dalam hidup, namun masih juga terasa keinginan untuk minta dibelai dari seorang insan yang benar - benar istimewa dalam hidup dan bila sudah dia tiada, pastinya tangan - tangan lembutnya yang membelai diri itu dicari dan dirindui.
Pada mereka yang masih mempuyai ibu, kasihilah ibu kalian sepenuh jiwa, kerana tiada yang dapat memberikan kasih seikhlas kasih ibu. Kerana pastinya jika satu hari dia telah tiada pastinya kerinduan itu akan terus bertandang kedalam diri mu. Maka kasihilah ibumu sepnuh jiwa, anggaplah kemarahannya itu sebagai satu nasihat untuk diri mu, tawanya itu adalah sebagai ubat pada kemurungan mu, kerana setalh ia tiada pastinnya kita akan terus tercari - cari. Dan berbanggalah kerana anda masih mempunyai ibu yang menyayangi anda.

Ahad, 17 Januari 2010

KASUT BARU


Jumaat yang lepas aku travelling ke MIRI bersama dengan isteri dan juga Mak dan Pak Mertua ku, bukan apa saja nak jalan - jalan kesana saja, nak release tention lagi pun dah lama tak turun MIRI, jadi ada masa dan kebenaran pun diberi oleh tempat kerja turunlah sekejap.
Sampai kat MIRI tak ada apa - apa yang baru disana, sama saja seperti dulu, dan adalah juga sedikit perubahan, maklum sajalah aku pun bukan selalau turun kesana, paling tindak pun dalam setahun dapat dikira berapa kerap aku turun kesana, kadang dalm setahun cuma sekali atau dua kali sahaja. Entah mungkin disebabkan perjalanan yang agak lama membuatkan aku tidak berapa kerap untuk turun kesana.
Kebetulan kami sempat singgah diShopping Mall Parkson, jadi semasa disana aku sememangnya sedang mencari kasut untuk aku pakai bekerja, jadi bila terlihat kasut yang diatas tu, hati aku tergaru-garu nak membelinya, pada mulanya malas juga aku nak membeli kerana takut tak cukup wang yang aku bawa, sebelum aku membeli kasut tersebut aku temankan isteri aku membeli kasut, isteri aku pn membeli kasut untuk dipakainya bekerja juga, jadi semasa menemankan isteri aku memilih kasut, hati dan minda aku berfikir tentang kasut tu, berfikir samada mahu membelinya ataupun tidak, bila isteri aku selesai membeli kasut yang jadi pilihannya, aku masih lagi berfikir samada kasut tersebut mahu dibeli atau tidak. Selepas berfikir banyak kali, akhirnya aku buat keputusan aku nak beli saja kasut tersebut, well aku lalu terus kebahagian kasut lelaki dan mencoba kasut itu, akhirnya kasut itu jadi milik ku... hehehehe.
Ada beberapa sebab kenapa aku beli kasut tersebut, antaranya 'BRAND' kasut tersebut memang sudah menjadi kegemaran ku, dan lagi ianya tahan lama untuk dipakai biarpun setiap hari dipakai. Dari segi harga memanglah harganya boleh tahan juga, nasib baik ketika aku membelinya harga yang ditawarkan adalah 50% dari harga biasanya sebab itulah juga aku membelinya, jika tidak mungkin aku batalkan saja. Lagi pun kini aku memang berminat dengan brand ini sekarang, baik dari segi kasut maupun beg duit lelaki aku memang minatinya. Begitu juga dengan isteri ku. Bukanlah aku sombong tak nak beli yang murah, namun apa yang ada dalam pemikiran ku, beli yang murah kadang - kadang tak bertahun memakai. Sebenarnya aku sudah dua pasang kasut yang sama jenama dengan kasut yang baru aku beli tersebut, dan masuk yang ini adalah yang ketiga, aku suka pada jenama ini adalah kerana ianya tahan lama untuk dipakai, kasut aku yang satu yang dari jenama yang sama sudah hampir tiga tahun aku memakainya, hampir setiap hari aku pakai kasut ini, aku gunakan sebagai kasut basahan ku untuk pergi bekerja. Sebab itulah aku suka membeli kasut yang berjenama sedikit untuk aku gunakan, bukan apa tujuanku untuk mebeli barang yang mahal tapi kerana ketahanannya apabila dipakai. Kadangkala bila kita membeli barangan yang murah paling lama kita memakainya cuma beberapa bulan saja, ini pernah terjadi pada satu kasut yang aku beli, harganya memang murah, namun ketika aku memakainya cuma untuk beberapa minggu saja ianya sucah terkoyak, untuk mengelakkan membazir aku cuba untuk mebaikinya dan bila dibaiki cuma beberapa hari saja aku pakai kasut tersebut koyak semula. Sebab itulah aku malas nak membeli kasut - kasut jenis yang sebegitu lagi, dan bagi aku biarpun mahal asalkan lama dipakai, bak kata pepatah 'BIAR ALAH MEMBELI ASAL MENANG MEMAKAI', sebab itulah bagi aku ada keburukan dan kebaikan jika kita memakai barang - barang yang berjenama ini, kerana apa yang penting adalah ketahannya.
JAngan marah ye, bukanlah aku bertujuan untuk bersikap RIA dengan benda - benda yang aku miliki, namun pada hakikatnya aku cuma ingin berkongsi dengan kalian dngan benda - benda yang aku miliki. Jangan marah ye.......

BAGAIMANA KONSEP KERETA FERRARI DAN LAMBORGHINI DICIPTAKAN?


Apa yang aku tuliskan dalam blog ku kali ini adalah teori yang aku buat sendiri dan bukan dari mana - mana fakta lain yang aku perolehi, tetpai ianya adalah lahir daripada teori dan pemikiran ku sahaja. Jadi apa pun yang aku tuliskan dalam blogspot ku ini adalah fakta - fakta yang lahir dari pemikian dan pandangan ku sendiri sahaja dan bukan mencedok dari mana - mana idea orang lain.
Sememangnya semua pembaca blog mengenali dan mungkin meminati kedua - dua kereta yang saya muatkan didalam blogspot saya kali ini. Kedua - dua kereta tersebut adalah kereta idaman dan impian saya, dan saya sering berfikir apakah impian saya untuk memiliki kedua - dua kereta tersebut akan menjadi kenyataan ataupun sebaliknya, jika ianya hanya sebagai impian maka biarlah, dan biarkanlah mimpi itu hanya tingga angan saja... hahahahaha. Namun bukan itu yang ingin saya bentangkan disini, apa yang ingin saya tuliskan disini ialah, pernahkah awda pembaca sekalian memikirkan bagaimanakah kereta ferrari dan lamborghini ini memperolehi logonya? Ayuh... fikirkan sekarang?
Seperti yang aku tuliskan diawal mukaddimah tadi yang apa yang aku tuliskan disini ini adalah hanya berpandukan kepada teori ku saja. Kereta ferrari adalah lahir ataupun diciptakan oleh penciptanya melalui dari kereta kuda, mungkin awda bertanya kenapa? Cuba saja awda bayangkan kereta kuda adalah salah satu pengangkutan dan kenderaan pada zaman dulu lagi, ianya digunakan adalah sebagai salah satu pengangkutan orang - orang zaman dulu terutamamnya dinegara barat yang mana kereta kuda sangat famous digunakan oleh COWBOY. Dan mungkin kerana mengikuti perubahan zaman dan agar menjadi kenangan pada zaman kereta kuda makanya kereta Ferrari diciptakan dan sebagai kenangan kepada kereta kuda tersebut makanya kuda diletakkan sebagai logo komersial pada kereta tersebut tetapi menggunakan nama yang lain. Dan jangan hairan kereta kuda pada zaman ini mempunyai berbagai design dan bentuk dari rekabentuk asalnya pada zaman dulu, malah ianya kini adalah jenis kereta yang berjenama dan malahan ianya adalah anatra kereta yang paling termahal kini didunia.
Begitu juga degan kereta LAMBORGHINI, kereta ini diciptakan oleh penciptanya sebagai mengenang kereta lembu, berbeza dengan kereta kuda ferrari cuma mengambil gambar kuda sebagai logo komersialnya, namun berbeza dengan kereta jenama Lamborghini penciptanya mengekalkan nama lembu cuma ditambahkan saja ghini pada hujungnya untuk menjadikan ianya sebagai kereta lembu moden, malah kereta lamborghini ini bukn saja mengekalkan namanya pada hadapan nama komersialnya malah gambar lembu juga dijadikan sebagai logo komersial kereta tersebut. Jadi apa yang dapat saya buat konklosinya melalui pengamatan saya sendiri kedua - dua jenama kereta tersebut adalah berkait rapat dengan kedua - dua pengangkutan zaman silam ini, dan kerana itulah ianya berkonsepkan sedemikian, jadi fikir-fikirkanlah lagi wahai pengunjung blog ku sekalian betulkah tidak fakta yang aku buat ini, bagi ku betul atau tidak ianya adalah sekadar fakta yang mungkin benar separuhnya dan ianya juga menjadi fakta gurauaan. Aku memperolehi fakta ini semalam ketika aku menonton satu rancangan TV disalah sebuah channel dicable network dirumah ku, lalu aku terbayang mengenai kedua -dua pengangkutan zaman silam tersebut berserta dengan kereta mewah zaman moden kini. Jadi fikirkanlah ye betul ke tidak itu hak awda semua, aku cuma memberikan fakta mengikut toeri dan pemikiran ku, fakta dan teori kali mungkin berbeza dari fakta yang aku berikan ini.

PAGAR BARU




Sepanjang minggu lepas aku tidak pulang kerumah ayah ku, biarpun jarak rumah mertua ku dengan rumah ayah ku cuma beberapa ratus meter saja, aku tidak berpeluang untuk balik menjenguk ayah dan kakak ku yang sedang sakit kerana aku sendiri sepanjang minggu lepas kurang sihat. Kepala ku pening saja sejak dua tiga minggu lepas dan yang paling hebat adalah aku diserang sakit gigi, itu yang menyebabkan aku tidak tahan. Jadi terpaksalah aku bila pulang dari bekerja terus balik kerumah mertua ku saja dan melupakan dulu hasrat ku untuk menjenguk ayah ku. Namun dalam masa yang sama untuk mengfelakkan ayah ku tercari - cari aku, aku cuma menelefon ayah ku saja dan memberitahu yang aku kurang sihat.
Hujung minggu lalu aku balik kerumahku, dan apa yang membuat aku terkejut rupanya abang iparku telah membangunkan pagar baru yang mana pagar tersebut bersambung dengan pagar dirumah ku. Seperti yang awda semua saksikan melalui gambar diatas itulah dia. Aku terkejut, dalam hati ku cuma berkata rupanya dia jadikan jua untuk membina paga tersebut. Aku cuma tersenyum menyaksikan pembinaa pagar tersebut. Dan akhirnya kini akan tertutuplah pagar yang kami panggil sebagai PAGAR ABU NAWAS yang ada dirumah kami selama ini dengan pembinaan pagar baru tersebut. Pagar Abu Nawas tersebut insyaAllah akan aku muatkan dalam blog aku ni nanti. InsyaAllah.
Oklah dulu, nanti lagi aku muat cerita baru....Sekian dulu untuk kali ini......Ciow....bye....!

Rabu, 13 Januari 2010

BICARA HOBI: MARI MEMASAK - 'HOME MADE CHOCOLATE'



Memasak adalah salah satu hobiku, bukanlah satu hobi yang baru, sejak dari bangku sekolah lagi aku memang sudah pandai memasak, sebab itulah jika dulu arwah ibu tidak merasa khuatir apabila aku tinggal bersendirian dirumah kerana aku tahu memasak apa yang aku makan, dan aku sendiri tidak merasa khuatir untuk ditinggalkan bersendirian.

Dan malah aku bersyukur kerana aku dikurniakan isteri yang tahu memasak bukan saja jenis lauk pauk malah juga berbagai jenis makanan. Selepas berkahwin aku menggalakkan isteri ku untuk sering memasak, bagi ku dalam 100 orang didunia ini terkadang cuma ada beberapa orang saja yang dikuriniakan kepandaian untuk memasak, malah bukan semua yang dapat memasak berbagai resipi, dan kerana itulah juga aku menggalakkan isteriku untuk membuat bisnis kecil - kecilan dengan menjual kueh itu pun jika ada tempahan.

Seperti yang awda saksikan diatas, itu adalah coklat, dan percayakan pengunjung blog ku sekelain yang coklat tersebut adalah buatan ku dan isteri ku? Memang betul itulah coklat yang aku buat bersama isteri ku. Kini kami suami isteri bergerak setapak bukan saja kini kami menempah untuk membuat kueh mueh malah juga kini menerima temahan untuk membuat Home Made Chocolate. Seperti yang awda saksikan diatas jika coklat yang berbentuk sedemikian harga yang aku tawarkan adalah cuma B$4.00 sahaja. Kalau tak percaya cuba tanyakan pada anak - anak saudara ku, kerana mereka tahu aku boleh membuat Home Made Chocolate, kerana mereka juga pernah menolong aku untuk membuat Coklat tersebut.

Mungkin sukar untuk dipercayai bukan yang coklat diatas aku yang membuatnya, namun itulah hakikatnya, jika kita rajin bertanya dan berani mencoba apa yang kita tidak fikir untuk kita buat akan dapat kita buat, seperti juga dengan coklat ini, tidak pernah untuk aku yang aku boleh membuat coklat selama ini apatah lagi coklat yang hampir sama dengan yang dikedai, namun itulah yang dikatakan oleh pepatah melayu 'Dimana Ada Kemahuan disitu ada jalan', dan yang penting adalah usaha kita untuk belajar, kerana tanpa ada kemahuan tidak akan ada jalan. Jadi jika pengunjung ingin mencoba coklat tersbut boleh, tinggalkan nombor telefon awda pada shout box saya berjanji akan contact awda nanti. OK.

Ahad, 10 Januari 2010

BICARA KU: ANAK - ANAK BUAH KU.





INilah dia wajah - wajah sebilangan anak - anak buah ku, rupanya dalam putaran masa yang begitu pantas tak terasa oleh ku mereka kini sudah pun dewasa kini. Sebagai bapa saudara mereka aku cukup berbangga dengan pencapaian yang mereka telah buat, kini anak - anak buah ku ada yang telah berjaya memasuki menara gading, dan kesemua mereka masih lagi belajar. Dua dari mereka kini belajar disbeerang laut untuk menyambungkan pelajaran mereka, dan yang lain ada yang belajar diUniversiti tempatan dan ada juga yang belajar diInstitusi Pendidikan tinggi disini, itu yang aamat membanggkan aku. Mereka kini barjaya dalam hidup mereka.
Kini bagi aku, mereka adalah sahabat, dan menjadi teman untuk berbincang dan bertukar - tukar idea bersama mereka. BAgi aku masing - masing dari mereka mempunyai kelebihan dan mempunyai kepintaran dalam bidang masing - masing, malah ini yang cukup membanggakan aku selaku Pak cik kepaa mereka. Tapi dalam hal lain aku masih tegas kepada mereka, terutama dalam soal - soal disiplin mereka, itu aku masih bertegas, kerana bagi aku mereka juga masih perlu dibimbing agar hala tuju hidup mereka akan menuju kearah yang lurus dan betul.
Apa pun sebagai Pak Cik atau 'UNCU' panggilan dari mereka, I'm really proud with you achievements, dan I'll pray for your all success and do hope what you've dream in your life will comes true. Dan bila dan barjaya esuk jangan lupa kan uncu. OK........!

Rabu, 6 Januari 2010

BICARA KITA: RUMAH SAKIT ATAU TEMPAT LEPAK....?

Minggu lalu kakak ku dimasukkan ke wad dan dibedah kerana disyaki ada ketumbuhan pada ususnya. Dua hari sebelum dibedah kakak ku telah dimasukkan wad 7 dihospital RIPAS, aku akui sejak akhir ini memang ketara perubahan pada kakak ku, badannya semakin mengecil dan kelihatan kurus sejak bebebrapa bulan ini, kerana dia tidak begitu mahu makan.
Bercerita kembali mengenai dengan hospital RIPAS pada masa ini, aku begitu memuji sekali dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak rumah sakit kepada para pengunjung wad, yang mana tidak seperti dulu, dimana orang ramai bebas keluar masuk wad tanpa mengira masa untuk melawat. Dan apa yang jelas kelihatan kini hospital ripas kini terutama sekali pengurusan wad orang sakit, begitu jelas kelihatan nampak ketat peraturannya. Kini jika bukan waktu melawat tidak akan dibenarkan untuk melawat, dan pelawat mestilah menunggu sehingga waktu malawat. Dan begitu juga jika waktu melawat sudah tamat, para pelawat akan disuruh keluar samada melalui corong speaker yang disediakan ataupun dengan bantuan sekuriti hospital.
Namun berbeza dengan tempat wad dimana kakak ku ditempatkan, ada seorang pesakit yang mana aku difahamkan pesakit ini terlalu degil dan malah dengan sesuka hatinya tidak memperdulikan peraturan yang disediakan oleh wad tersebut. Bila kakak ku ditahan dirumah sakit, maka seperti biasanya aku akan pergi melawat kakak ku setiap hari, jadi berbalik pada pesakit yang kurang berdisiplin ini yang mana katilnya bersebelahan dengan kakak ku, hampir setiap hari tidak pernah kurang pengunjungnya, malah aku difahamkan keluarganya iaitu anak - anaknya akan berada disana sepanjang masa, malah makan dan juga minum disana. Apa yang aku lihat sendiri, dia dan anak - anaknya tidaklah berdisiplin langsung, apa tidaknya, apabila mereka berada didalam wad, mereka tidak pernah memperdulikan pesakit - pesakit yang berada didalam wad tersebut, mereka seolah berpesta apabila mereka berkumpul, bercerita dengan suara yang begitu kuat, dan malah sipesakit itu sendiri aku dengar sering menengking jururawat yang ada diwad tersebut sehinggakan jururawat yang bekerja disitu mungkin merasa bosan untuk menegurnya lagi.
Dapatkah awda semua bayangkan bagaimana keadaan wad itu jadinya? Bagi aku yang sering melawat kakak ku setiap lepas waktu bekerja kadang - kadang merasa geram juga bila mereka tidak pernah menghormati pesakit yang lain, aku difahamkan oleh emak saudara ku yang menunggu kakak ku, kadang - kadang sehingga lewat malam ramai lagi yang berkumpul bersama pesakit mereka tersebut, dan malah sewal jam lima pagi dia sudah menelefon keluarganya untuk datang kewad, dan bermacam lagi. Aku bergeleng kepala bila memerhatikan keadaan sedemikian. Dan pernah menurut emak saudara ku pada satu malam tu, polis sendiri yang datang berjumpa dengan pesakit itu, yang mana difahamkan ada diantara pesakit tersebut yang membuat aduan.
Bagi aku sendiri yang berada disana kadang - kadang dari jam lima sehingga jam lapan pun menggelengkan kepala , mana tidaknya keadaan seolah bukan berada didalam wad dan ianya seperti dipasar dengan suara yang riuh rendah, jadi bayangkan jika awda salah seorang pesakit didalam wad tersebut apa akan awda rasakan? Dan lagi setiap hari sama saja, malah mungkin lebih teruk, bayangkan dari awal pagi sehingga lewat malam? Bagaimana pesakit lain akan berehat?? Bagi aku sendiri itulah yang dikatakan attitude, dimana jika pesakit tersebut tahu dimana dia berada, dan dia disana untuk apa dan siapa disekelilingnya pastinya dia tidak akan berkelakuan begitu, ini tidak dia seolah tidak mempunyai disiplin langsung dan rasa hormat bukan saja pada jururawat yang bertugas disitu malah juga pada rakan - rakannya disebelah yang juga sedang sakit. Dan amat menyedihkan lagi apabila anak - anak dididik dan diberikan contoh yang juga tidak pernah untuk menghormati orang lain.
Dalam hal ini, siapa yang harus dipersalahkan??? Sipesakit tersebutkah ataupun pengurusan wad hospital yang tidak begitu tegas dalam pengurusan dan pentadbiran wad mereka, sehinggakan pesakit dan orang lain menjadi bebas dan berbuat sesuka hati mereka saja disana. Jadinya jawapan ada pada para pembaca blog ini, kerana bagi aku sendiri aku pendirian individu itu adalah berbeza-beza dan tidak sama. Jadi sila letakan komen awda semua mengenai hal ini pada ulasan, saya juga menginginkan sekali sekala apa yang saya tulis diblog saya ini mendapat ulasan daripada pembaca, sekurangnya saya akan dapat tahu sejauh mana pengunjung blog saya ini mengikuti blog saya ini sepenuhnya. Terima kasih.........

Isnin, 4 Januari 2010

MAKANAN KEGEMARAN KAMI : DQ BLIZZARD

Inilah minuman kegemaran ku bersama dengan isteri ku. Entahlah aku sendiri tak tahu kenapa aku menyukai jenis minuman sebegini. Namun yang pastinya alasan yang kuat adalah kerana ia sedap..... Hahahahaa.......!

Ahad, 3 Januari 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010




Assalamualaikum Semua,
Tahun 2009 telah pun melabuhkan tirainya beberapa hari yang lalu, maaflah kepada semua pengungjung blog ku kerana terlewat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2010 kepada kalian semua, maklum sajalah dipenghujung tahun 2009 yang lalu banyak perkara yang perlu diselesaikan dan juga berbagai hal berlaku, mungkin sebagai penutup tirai bagi tahun 2009 yang akan menjadi ristaan bagi perjalanan ketahun -tahun berikutnya.
Tahun 2010 telah membuka tirainya untuk semua, dan yang penting apakah azam dan matlamat kita semua untuk tahun 2010 ini? Apakah pada tahun 2009 yang lalu masih ada lagi azam dan matlamat kita yang belum tercapai? Dan mungkin tahun 2010 ini akan melihat azam kita itu dapat dicapai. Apapun buat semua dan termasuklah diri ku sendiri semoga tahun ini akan membawa kejayaan dan kecemerlangan dalam apa jua yang kita semua cita - citakan. Apa yang perlu dalam merealisasikan segala impian kita supaya akan dapat kita capai pada tahun ini adalah melakukan kerja yang lebih sikit, sekurangnya apa yang kita perlukan akan dapat kita gapai dengan yang lebih baik dari sebelumnya.
Mudah - mudahan dengan terbukannya tirai baru 2010 ini akan menceriakan lagi kehidupan kita dan semoga dengan semangat dan iltizam yang kita semua tanamkan itu nanti akan dapat memberikan kejayaan bagi diri kita masing - masing. Kita jadikan tahun yang lepas itu sebagai platform dan pengalaman bagi kita semua dalam mencapai impian kita yang belum terlaksana, bermuhasabah dan emandang apakah kesilapan kita pada sebelumnya dan dengan itu kita akan dapat mencari kesilapan kita masa yang lalu dan sekaligus memperbaiki diri kita dan insyaAllah akan dapat mencapai kejayaan pada tahun ini. Amin......!
Bagi yang sudah terlaksana impian dan azam mereka pada tahu lepas tahniah aku ucapkan dan semoga tahun ini akan lebih memberikan kejayaan lagi pada masa yang akan datang. SELAMAT TAHUN BARU 2010 buat semua pengunjung blog ku........
Wassalam.....