Perjalanan dalam kehidupan adalah satu distinasi yang memberikan bermacam gambaran yang meninggalkan berbagai pengalaman sepanjang perjalanan kehidupan bermulanya kita mengenali dunia. Bermulanya kehidupan adalah pada hari kelahiran. Hari pertama dilahirkan adalah merupakan satu kesyukuran yang dipanjatkan oleh orang tua kita lebih - lebih lagi ibu kita. Kepenatan dan kepayahannya dalam mengandung kita selama sembilan bulan adalah merupakan satu beban yang begitu dalam baginya, namun semua itu dapat ditempuhi dengan penuh rasa sabar dan yang pastinya adalah merupakan satu nikmat syukur yang paling dalam kerana ianya adalah merupakan rezeki daripada tuhan yang paling amat berharga yang juga menjadi amanah dari tuhan untuk dijaga. Hari kelahiran adalah merupakan satu dugaan yang amat perit, kesakitan yang tidak dapat terbayang, perjuangan yang begitu susah antara akan dapat meneruskan perjalanan kedistinasi seterusnya atau akan gugur syahid.
Kasih sayang yang diberikan oleh kedua orang tua kita dalam membesarkan kita adalah merupakan satu hadiah yang tidak dapat kita bayangkan bagaimana besar berharganya hadiah tersebut, jika dibandingkan dengan wang dan harta serta emas intan berlian. Kita tidak akan menerimanya lagi andainya mereka telah tiada. Namun berapa banyakkah diantara kita yang sedar untuk menghargai kasih sayang yang diberikan oleh kedua ibu bapa kita itu? Kita sering terlupa semua, dan cuma akan teringat akan pengorbanan mereka setelah mereka tiada. Dimana kita akan menangis sekuat hati kita dihadapan jenazah yang kaku dan juga dikuburan, namun itu semua sudah terlambat. Namun kecintaan dan kasih sayang mereka itu terus mereka bawa hingga mereka tiada.
Dalam perjalanan kehidupan seterusnya kita ditemukan dengan cinta lagi, kali ini kita bukan cinta orang tua, tapi cinta yang lahir dari hati kita pada seseorang. Cinta yang lahir pandangan mata yang menikam dan menusuk kekalbu. Yang membuatkan kita gila bayang, yang membuatkan mandi kita kering walaupun dibasahi oleh air, yang sentiasa dahaga dan kelaparan walaupun sudah makan, yang tidur tidak pernah terlena, segalannya kerana cinta yang satu ini. Cinta Adam kepada Hawa yang lahir dari rasa cinta yang luhur yang sudah diciptakan oleh tuhan kepada hambanya. Dalam arus percintaan Adam dan Hawa berbagai cerita yang diperdengarkan. Berbagai cerita pahit manis termuat dalam kisah perjalanan cinta Adam dan Hawa ini. Kerana cinta Adam dan Hawa, ada nyawa yang melayang, ada yang sanggup terjun dari bangunan hanya kerana cinta yang tergagal. Ada berani meminum racun hanya kerana putus cinta segalanya dengan berbagai ragam cerita. Yang dapat melayari bahtera cinta, akan tersenyum puas dikala dua hati dapat disatukan dan diikat dengan perkahwinan. Pastinya kegembiraan itu adalah satu kepuasan dalam melayari bahtera cinta yang penuh dengan onak dan duri serta yang penuh dugaan yang perlu dirintangi. Segalanya dirasakan puas kerana masing - masing kini telah menjadi milik mutlak yang akhirnya berakhir dijinjang pelamin menjadi raja sehari, yang dihiasi dengan berbagai kemanisan dan keindahan yang terleka dan terlena dalam buaian bulan madu yang indah. Itulah cinta Adam dan Hawa, yang merakamkan berbagai cerita dan kerenah yang menjadi petunjuk untuk memori kehidupan.
Love isn’t finding someone
You can live with;
It is finding someone
You cannot live without.
Tuhan menjadikan lawan pada setiap perbuatan, yang mana dalam kecintaan pastinya kadang - kadang ada dendam yang tersirat. Dendam tidak akan pernah padam andainya ianya belum terbalas lagi. Berbagai cara makhluk tuhan untuk melepaskan dendam yang terbuku dihati dan sanubari mereka. Mereka yang berdendam masing - masing mempunyai strategi yang tertentu agar dendam dapat dilepaskan agar kepuasan dapat dirasakan sepenuhnya. Selagi dendam belum terbalas lagi, dengan cara bagaimana sekalipun pastinya seseorang pasti akan melakukannya. Berapa ramai saja diantara kita yang tidak mempunyai dendam yang tersirat? Berapa banyak yang hanya menyerahkan sesuatu yang dilakukan keatas mereka yang hanya diserahkan segalanya kepada Tuhan yang Maha Esa? Dalam dunia yang sekarang ini, ada saja cara untuk melepaskan dendam yang terbuku disanubari. Taktik kotor yang sering dilakukan oleh segelintir umat yang lupa pada kekuasaan Tuhan adalah dengan menggunakan ilmu hitam. Perasaan hasad dengki adalah merupakan penyakit awal yang membangkitkan perasaan dendam pada seseorang. Itulah prinsip bagi sebilangan orang yang hatinya terlalu gelap yang hanya dapat terfikir pada jalan songsang yang akhirnya cuma akan mengheret dirinya keNeraka. Kenapalah mesti dendam itu berakhir dengan cara yang kotor dan bukan dengan memberikan saja kemaafan yang menguntongkan kedua pihak yang menjamin kesejahteraan pada perjalanan sebuah kehidupan bukan saja didunia malah juga diakhirat kelak. Namun itulah insan yang tidak pernah lepas dari berbagai dugaan untuk dilaluinya.
Kesetiaan, tidak selalu dimiliki setiap orang. Tidak mudah dan mungkin terlalu banyak godaan untuk menjaga kesetiaan dengan pasangan. Terlalu banyak persepsi yang diandaikan dalam menilaikan erti kesetiaan itu sebenarnya, banyak yang mengatakan sudah terlalu setia namun pada akhirnya kesetiaan itu berakhir dengan ketiadak setiaan. Berbagai cara ditunjukkan untuk memperlihatkan kesetiaan itu, namun apakah ianya lahir dari lubuk hati sebenarnya dan ianya adalah benar - benar ikhlas dan tulus. Memang mudah untuk menunjukkan rasa kesetiaan tetapi terlalu sukar untuk menzahirkannya secara keikhlasan. Tiada berlakunya kecurangan jika kesetiaan itu benar - benar dihayati dan dipraktikkan sepenuhnya. Dalam kesetiaan itu pastinya belaku kecurangan yang akhirnya ditafsirkan sebagai tidak boleh dipercayai lagi. Dalam kehidupan yang berpasangan terutama dalam masa bercinta kesetiaan adalah amat penting bagi semua pasangan, dan dengan kesetiaan itu saja akan dapat menzahirkan rasa cinta yang sebenarnya. Bagi yang tidak ada rasa setia, mereka tidak akan pernah merasakan rasa cinta yang sebenarnya kerana tiada ada rasa kesetiaan itu sepenuhnya, dan akhirnya pergolakan berlaku yang akhirnya merobohkan segala impian. Milikilah harapan dan mimpi-mimpi Anda dan berusahalah untuk mewujudkannya. Dengan demikian, Anda akan tetap setia kepada cinta Anda, karena harapan Anda-lah yang mendorongnya. Tanpa setia dalam cinta, Anda tidak akan bergairah dalam mewujudkan harapan-harapan Anda, terutama harapan agar hidup bahagia dengan pasangan Anda.Padukan perkataan dengan sikap yang menunjukkan bahwa Anda tetap setia kepada cinta pasangan Anda. Semua itu membuktikan dalam hubungan terdapat kejujuran dan kepercayaan satu sama lain, dan dengan demikian Anda berdua akan sama-sama menikmati buah kesetiaan tanpa perlu khawatir dengan adanya kebohongan.
Apapun biarlah kita tanamkan pada diri kita satu rasa kecintaan yang lebih pada Allah, kerana kecintaan pada Allah itu adalah yang kekal, dan kecintaan dan rasa sayang kita pada kedua ibubapa dan keluarga adalah cinta kita yang mendalam, kasih ibu membawa kesyurga kasih ayah sanggup berkorban nyawa dan kasih saudara masa berada, apapun makna cinta itu terlalu besar untuk dihuraikan dan semuanya layak untuk memiliki rasa cinta cuma caranya saja yang berbeza-beza dalam bentuk penyampaiannya. Biarlah dendam itu hanya pada perkataan namun tiada pernah terbuku didalam hati, kerana dendam segalanya akan menjadi hancur dan kerana dendam semuanya menjadi musnah. Jadikanlah kesetiaan sebagai pengukur untuk memililki dan dimiliki dengan rasa kasih sayang dan penuh cinta tanpa sedikit pun menyimpan rasa dendam.
0 ulasan:
Catat Ulasan