Selasa, 7 September 2010

SEPTEMBER DATANG LAGI.



Tanpa kita sedari rupanya kita sudah berada dibulan september, dan tanpa kita rasakan masa berlalu dengan begitu pantas membawa kita dengan berbagai kisah suka dan duka dalam perjalanan kita untuk kita jadikan ianya sebagai satu kenangan yang kita lalui disepanjang tahun 2010, penghujung Ogos yang lalu, saya telah kehilangan seorang kakak yang juga menjadi kawan karib saya (best friend) saya, tempat saya mengadu segala hal suka duka, tempat saya berkongsi segala masalah yang timbul dan juga tempat saya bermanja setelah ibu pergi. Namun kini dia telah pergi untuk selamanya, meninggalkan saya. Saya begitu kehilangan besar, hilang tempat saya mengadu dan berkongsi masalah, dia seorang kakak yang begitu prihatin yang selalu berkorban untuk saya. Namun saya redha, kerana tuhan lebih sayangkan dirinya. Kerana itulah penghujung Ogos 2010 adalah satu kenangan yang tidak akan pernah saya lupakan. Hanya doa menjadi pengiring perjalanannya disana, agar sentiasa diberikan dan dikurniakan rahmat dan dihimpunkan rohnya bersama-sama dengan orang -orang yang beriman dan tergolong bersama ahli - ahli syurga. Amin....!

Dalam pada itu, buat seluruh umat islam dimana saja berada saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang tidak lama lagi akan menjelma. Semoga dengan hadilrya Syawal kali ini akan membawa seribu keberkatan dalam kehidupan kita semua. BAgi saya sendiri Syawal yang hadil kali ini tidaklah menghadirkan seribu kemeriahan seperti sebelumnya, kerana baru saja kehilangan insan yang tersayang. Namun apa pun ianya akan tetap saya sambut dengan ala kadar saja.

Akhirnya Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Bati dari saya dan keluarga buat semua pengunjung blog ini.

Ahad, 29 Ogos 2010

KAU AKAN TETAP DIHATI DAN KAMI AKAN MERINDUI MU SELALU

AL - FATIHAH

DAYANG HAJAH SAIMAH BINTI HAJI METARSAT
06.06.1966 - 29. 08. 2010
Tiada yang dapat terungkap melainkan satu perasaan sedih yang tidak terhingga, seorang insan yang menjadi tempat bermanja setelah bonda pergi kini telah tiada. Pemergian arwah kakak adalah satu kehilangan besar pada ku, kakak yang begitu rapat, tempat mengadu segala hal yang manis dan pahit, teman tempat mencurah rasa isi hati kini telah tiada lagi. Hancurnya hati ketika kau pergi duhai kakak ku yang tersayang.
Namun aku redha dengan ketentuan yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT, bahawa Tuhan lebih sayangkan kau berbanding sayang ku kepada mu. Damailah kau dengan tenang dan semoga akan dicurahkan rahmat dari Tuhan untuk mu selalu. Amin. AL-FATIHAH.

Isnin, 9 Ogos 2010

SELAMAT DATANG YA RAMADHAN



Rasanya sudah lama aku tidak menulis apa - apa didalam blog ini, bukan apa faktor masa dan kesibukan harian membuatkan aku jarang menulis untuk blog ini. Banyak sekali tugas yang perlu aku selesaikan dan selain daripada itu sibuk dengan urusan - urusan keluarga, jadi yang perlu dihadulukan perlulah didahulukan terutama sekali dengan urusan tugas dalam pekerjaan dan keluarga. Dan Alhamdulillah rasanya mungkin esuk atau lusa kita semua akan memulakan ibadah puasa, dan tanpa kita rasakan masa membawa kita bergerak pantas, dan tanpa kita sedari kita sudah pun memasuki bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkahan, bulan ibadat dan bulan keampunan.


Rasa syukur ku panjatkan kepada Allah SWT kerana menemukan aku lagi dengan Ramadhan pada tahun ini, Terima Kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengan Ramadhan kali ini, tiada lain yang dipanjatkan melain rasa syukur yang tidak terhingga. Kepada awda sekalian pengunjung blog ku ini, terlebih dahulu aku memohon kemaafan andainya ada perkataan yang salah menyinggung perasaan didalam bahasa dan tulisan ku, dan semoga esuk apabila kita memulakan ibadah puasa, insyaAllah semoga ibadah puasa kita akan diterima disisi Allah jua....Amin. Buat isteri yang tersayang semoga Ramadhan kali ini dapat mengeratkan lagi ikatan kasih sayang kita berdua dan semoga cita - cita kita untuk menimang cahaya mata akan dikabulkan oleh Allah SWT berkat doa kita dibulan yang penuh dengan berkah ini. Buat keluarga tersayang semoga ikatan kekeluargaan kita akan terus bersimpul erat dan kehidupan kita akan terus kekal bahagia, biarpun kebelakangan ini terlalu banyak dugaan yang telah kita terima daripada Tuhan, dan semoga dengan dugaan yang kita terima itu akan membuatkan kita seluruh keluarga akan bertambah sehati dan bertambah erat lagi ikatan kekeluargaan kita semua. Dan semoga kita semua akan sentiasa mendapat rahmat dan taufiq daripada Allah SWT jua... Amin.

BUat rakan - rakan sepejabat ku pohonkan kemaafan andainya ada terkasar bahasa, menyinggung perasaan baik secara disedari maupun tidak. Maklum sajalah pergaulan seharian tidak kita terasa ada kalanya tanpa disedari telah menyinggung perasaan dan hati orang lain. Kerana itulah aku memohon kemaafan agar esuk apabila kita mula menunaikan ibadah puasa kita semua akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Dan pada semua yang mengenali diri ini kemaafan dari kalian amat bermakna bagi ku agar esuk bila kita berpuasa kita semua akan mendapat keberkatan daripada Tuhan yang Maha Esa. Kerana maaf bermaafan sebelum kita berpuasa adalah dituntut didalam islam, dan agar ianya tidak mencacat celakan ibadah puasa kita. Jadi marilah kita bermaafan sesama kita sebelum kita menunaikan ibadat puasa dan semoga ibadah puasa yang kita laksanakan akan mendapat berkat daripada Allah SWT Jua.

Semoga segala ibadah yang kita lakukan disepanjang bulan yang penuh berkat ini, bulan yang terbaik daripada seribu bulan ini akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda, namun apa yang penting adalah keikhlasan kita didalam kita menunaikan ibadah kita dan juga didalam kita sama - sama menjalinkan hubungan persaudaraan sesama kita. Dan semoga mana - mana hubungan yang selama ini tidak baik akan terjalin erat kembali...Amin.!

Rabu, 7 Julai 2010

THAT'S IT HOW I LOOK ALIKE....!



Nothing to write in my blog these day, since no idea come up to share with you. Currently I'd got a lot of work to do, many thing to finish. What I just post in my blog today is only my old pictures to sharing with you. I didn't know what to put... I'm really blurred.
Well that's all for today guys..... I got to go now and see you soon......babye....!!!

Rabu, 30 Jun 2010

BULAN JULAI DATANG LAGI.....

Masa membawa kita kepada putaran yang agak pantas aku rasakan pada tahun ini, tanpa aku sedari dan mungkin kita semua tidak sedari hari ini sudah masuk bulan JULAI didalam kalendar tahun 2010. Seperti biasa bagaimana dengan azam kita? Apakah kita sudah dapat melaksanakan azam kita, dan sudahkah kita mencapai matlamat kita? Bagi aku masih banyak lagi matlamat dan azam ku yang belum terlaksana, dan aku berusaha kearah untuk dapat mencapai azam dan matlamat ku itu. Kerana itu masih banyak lagi impian ku yang ingin ku kejar, dan apa yang aku harapkan semoga sebelum kita kepenghujung tahun 2010 ini beberapa impian ku akan dapat aku gapai....Amin. BAgaimana pula dengan awda semua? Mungkin sebilangan daripada awda ada yang sudah berjaya mencapai azam dan matlamat mereka pada tahun ini, tahniah, dan bagi yang belum lagi dapat mencapai azam serta matlamat mereka, saya doakan semoga awda akan dapat mencapai azam awda. Dan semoga tahun 2010 ini akan meninggalkan kenangan - kenangan manis bagi kita semua.

Bagi aku kehadiran bulan julai setiap tahun merupakan satu bulan yang paling aku sukar untuk lupakan, jika aku lupa sekalipun masih banyak lagi yang diluar sana akan datang kepada ku untuk mengingatkan aku tentang bulan ini. Bulan Julai tahun ini, akan bertambahlah satu angka lagi pada umur ku kerana bulan julai ini adalah tarikh aku dilahirkan, bila aku teringatkan pada tarikh hari kelahiran ku, aku terlupa rupanya aku sudah semakin berumur sekarang, sudah hampir menjagkau ke 40tahun rupanya aku, tapi aku bersyukur kepada Allah SWT kerana aku diberikan peluang untuk menikmati kehidupan ku, hidup disamping isteri ku yang tersayang, cuma rezeki saja belum ada lagi kerana belum dikurniakan cahaya mata, dan itulah juga antara matlamat yang ingin aku capai pada tahun ini. Dan semoga tuhan akan mengabulkan hasrat ku untuk menimang cahaya mata pada tahun ini.....AMIN. Pada bloggers doakan ye... semoga hasrat ku itu akan dikabulkan.

Apa pun pada awda semua semoga bulan Julai ini akan terus memberikan kebahagiaan kepada kita semua.....AMIN.

Dan kepada pemimpin negara yang amat aku sanjungi iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Peduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah, selamat menyambut hari keputeraan dulia tuanku yang ke - 64 pada tahun ini, semoga kekal karar memerintah negara dan hidup bahagia disamping kerabat diraja. ...AMin...!

Selasa, 29 Jun 2010

IT'S FUNNY - 'd IRON BABY

Sabtu, 26 Jun 2010

FARIDAH UNCU......!


Sudah lama aku tak bertemu dengan gadis cilik ini, berbadan kecil namun mempunyai cita - cita yang tinggi. Dia adalah anak saudara ku, anak kepada abang ku. Tak terasa oleh ku peredaran masa yang terlalu cepat rupanya tanpa aku sedari anak - anak saudara ku semuanya sudah membesar malah kebanyakan mereka sudah pun dewasa. Aku bagaikan tidak percaya, anak kecil yang sering aku dokong masa kecilnya, yang kadangnya aku hantar dan ambil waktunya masih bersekolah tau-tau sudah menjadi anak gadis, dan insyaAllah pada 19 Julai ini nanti akan menamatkan pengajiannya diUniversiti Liverpool, dia akan Garduate pada tarikh itu.
Aku cukup berbangga dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh kesemua anak - anak buah ku, Alhamdulillah mereka semuanya mempunyai prestasi yang membanggakan pada keluarga. Namun Faridah adalah anak buah ku pertama yang akan Graduasi (Graduate) dan menamatkan pengajiannya, yang lain masih lagi belajar.

Apapun Tahniah dari uncu, semoga akan terus berjaya pada masa akan datang.........!