Isnin, 8 Februari 2010
BICARA SEBUAH KERINDUAN: AKU RINDU PADA ARWAH MAMA LAGI.
Entah kenapa sejak akhir - akhir ini aku begitu merindui arwah mama. Terlalu mendalam kerinduan padanya, entah bagaimana aku hendak nyatakan disini. Apa tah lagi hari lahir ayah tidak lama lagi akan tiba, dan biasanya tarikh lahir ayah diraikan bersama dengan arwah mama.
Entah kenapa tiba - tiba saja aku teringat pada arwah mama, ketika aku tengah bersendirian didalam bilik ofis ku hari ini. Ketika bersendirian tiada apa yang hendak aku buat ketika ini, aku berkhayal dan kenangan ku tiba - tiba mengimbau pada arwah mama. Aku tidak dapat membendung rasa rindu ku pada arwah mama ketika ini. Entahlah kenapa terlalu aku sukar untuk melupakannya, pada hal sudah hampir dua tahun arwah mama meninggalkan kami, namun aku masih terlalu sukar untuk menerima hakikatnya dia telah tiada. Kadang aku menangis apabila terkenangkan arwah. Kenapa terlalu sukar untuk ku menerima hakikatnya? Hari ini aku menangis lagi... entahlah seolah kerinduan ini tidak pernah putus, dan aku seolah mengharapkan arwah mama akan muncul pada kehidupan ku lagi, namun itulah hakikat pada kerinduan ini. Aku cuba untuk melupakannya buat seketika, namun semakin aku cuba utuk melupakannya maka terlalu besar kerinduan ku padanya. Akhirnya airmata ini mengalir pantas dipipi. Kenapa aku terlalu sukar untuk menerima hakikat bahawa mama telah tiada?
Setiap hari kerinduan itu datang, dan setiap hari pula aku cuba untuk membuangkan wajah itu daripada pandangan ku, namun semakin aku ingin membuangnya jauh daripada fikiran dan pandangan ku, hati ini pula yang tidak untuk membenarkan untuk aku melupakannya. Mungkin yang dikatakan sebagai kasih dan sayang yang abadi hingga keSyurga, kasih seorang ibu dan kerana itulah kerinduan ini juga berbeda daripada kerinduan yang lain.
Bagi awda yang masih mempunyai seorang ibu, kasihilah ibu kalian, kerana sesungguhnya kasih yang diberikan oleh seorang ibu kepada anak - anaknya tidak pernah sama bagaimana kasih yang diberikan oleh seorang kekasih. Kasih seorang kekasih apabila ia terguris ia akan meninggalkan kita, namun kasih seorang ibu sehancur mana hatinya oleh sikap dan perangai anak - anaknya, masih ada kemaafan yang diberikan dan tidak akan pernah ditinggalkan olehnya. Maka bahagiakanlah ibumu selagi ia masih ada, terimalah kemarahannya sebagai satu teguran yang mulia, terimalah kasihnya sedalam-dalamnya, bahagiakanlah hidup ibumu, kerana setelah ia tiada barulah kita akan merasakan bahawa kehilangannya merupakan satu kehilangan yang amat besar buat hidup kita. Biar isteri jadi pendamping hidup namun ada saatnya kita akan merindui belaian kasih ibu, tatkala kita sakit, kita pastinya akan teringat dan merindui belaian tangan bonda yang mengurut kita, yang menyuapkan nasi kemulut dan mengelinga kita. Itulah yang akan kita rindui dan akan kita kenang kembali. Segalanya akan terkenang kembali, bertapa indahnya hidup kita dikala bonda masih berada disisi.
Buat kalian disana, hargai dan sayangilah ibu kalian, kasih seorang ibu adalah kasih yang abadi yang akan membawa kita kesyurga. Hari ini dan esuk serta seterusnya hanya akan ada kerinduan buat mama, dimana tangisan adalah ubat pada kerinduan ini. Itulah aku yang akan terus merindui mama..........
Ahad, 7 Februari 2010
MESIN PHOTOCOPY BARU
Hari khamis yang lalu 4 Februari 2010, bilik ofis ku menerima mesin photocopy yang baru. baru saja dibekalkan khas untuk Bahagian kami. Maklum sajalah yang lama telah rosak. Lama juga kami menunggu ianya untuk menerima kebenaran, akhirnya minggu lepas barulah tertunai. Sekurangnya mudah jugalah tugas kami sekarang terutama bagi kerja - kerja yang memerlukan salinan. Dan lagi memudahkan tugas kerani kami untuk membuat salinan bagi segala dokumen untuk bahagian kami.
Semoga dengan adanya mesin photocopy baru ini nanti ianya akan dapat lagi membantu melekaskan tugas - tugas yang diberikan. Hehehe...... sekurangnya sekarang mudahlah tugas Kak Mai dan Ain dalam menjalankan tugas mereka, tak perlulah lagi nak masuk keBahagian lain semata untuk meminjam mesin photocopy. Dan bagi semua semoga ianya akan dapat digunakan dengan lebih baik.
Rabu, 3 Februari 2010
PUISI KU TERBIT LAGI DIMAJALAH BAHANA.
Mungkin kebanyakan pengunjung blog tidak mengetahui yang aku sebenarnya juga menulis untuk majalah - majalah yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Karierku banyak diterbitkan dalam Majalah - Majalah seperti Bahana, Mekar dan juga beberapa buah buku kompilasi puisi. Dan antara Genre tulisan ku adalah antaranya Puisi, Cerpen dan juga rencana. Namun sejak kebelakangan ini tulisan ku sudah jarang diterbitkan kerana aku sudah jarang lagi menulis, sejak arwah ibu meninggal dan aku mendirikan rumah tangga aku sudah kurang menulis, namun banyak juga puisi yang ku hasilkan ketika ini namun kebanyakannya masih banyak yang pending dan belum habis lagi kerana ketandusan idea ketika ini.
Semalam aku menerima complimentari dari DBP iaitu berupa Majalah Bahana keluaran Bulan Ogos 2009, pada mulanya aku terkejut juga kerana sudah hampir setahun tulisan ku tidak dimuatkan dalam majalah bahana namun kemarin rupanya sebuah daripada puisi ku telah diterbitkan, aku mula terfikir untuk menulis kembali selepas ini cuma yang penting aku perlukan sedikit ruang untuk mencari ilham. Aku cuba memberitahu pada isteriku yang bahawa masa ini aku belum ada ilham untuk menulis sebarang rencana, puisi ataupun cerpen. Isteri ku mencelah dan cuba memperli aku secara halus, katanya tak kan tak ada idea langsung sedangkan untuk menulis pada blog ni setiap hari ada pula idea aku. Well dalam manis rupanya isteri ku menyindir aku, memanglah pada mulanya aku terasa pedas juga dengan sindirannya namun bila aku cuba meenpis pandangannya tersebut. Bagi aku menulis didalam blog adalah merupakan satu idea yang datang secara spontan danianya adalah seperti menulis pada diari, memberitahu apa yang kita buat pada sebelumnya dan juga memberikan beberapa pandangan pada pembaca blog. Namun untuk menulis puisi, rencan dan juga cerpen memerlukan konsentrasi yang cukup baik dalam mengadun jalan cerita agar ceritanya tidak menjadi kelam kabut, dan sbeagai penulis dan pemuisi aku perlu mencari apa jenis cerita yang perlu aku muatkan apa watak yang ingin ku muatkan dan plot cerita yang ingin aku sampaikan akan tidak terkeluar dari plot cerita yang ingin disampaikan.
Puisi aku yang diterbitkan dengan tajuk 'MIMPI - MIMPI YANG SEDAR', entah aku tak dapat menghuraikan disini namun apa yang pasti yang ingin ku sampaikan adalah aku ingin mengejar cita-cita ku dan aku ingin membuktikan pada mereka yang pernah mengatakan pada mereka bahawa aku yakin aku akan dapat mencapai cita-cita itu biarpun ianya terlewat namun yang pasti ianya akan dapat ku gapai. Itu yang ingin ku sampaikan dalam puisi ku tersebut.
Apapun itu hanyalah idea ku, dan kini aku sedang berjinak - jinak untuk menulis lirik lagu, namun masih juga lagi belum habis kepenghujungnya. Nantikan saja apa lagi yang akan aku buat untuk puisi ku kali ini.
PAGAR RUMAH FASA 3 - HAMPIR SELESAI
Rutin harian ku seperti biasa sebaik pulang dari bekerja aku pastinya akan singgah menjenguk ayah ku dan juga kakak ku yang ketika ini sedang sakit, Alhamdulillah dia sudah semakin sembuh, dan apa yang ku harapkan para pengunjung blog akan sama - sama dapat mendoakan agar kakak ku akan cepat sembuh sepenuhnya dalam masa terdekat ini dan dia akan kembali mengajar... Amin... Amin... Ya Rabbal alamin....
Semasa aku sampai dikawasan rumah, ku lihat pagar rumah dikawasan rumah abag ipar ku sudah hampir selesai. Sudah siap terpasang pagar steel pada pagar batu tersebut, dan diatas tersebut adalah gambar pagar yang hampir selesai yang sempat aku ambil. Apapun ianya dibina adalah atas dasar keselamatan. Namun bila sudah melihat perubahan pada kawasan rumah ni, terasa rindu juga pada suasana yang lama, namun apa boleh buat faktor keselamatan lebih utama. Betulkan tu semua........!
Isnin, 1 Februari 2010
KITA RENUNGKAN BERSAMA DAN KITA AMBIL IKTIBARNYA BERSAMA
BILA BAYI LAHIR KEDUNIA
Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...
Dia bertanya kepada Tuhan : ' Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?'
Dan Tuhan menjawab: 'Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu '
Bayi bertanya lagi: 'Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.'
Jawab Tuhan : 'Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia'
Tanya bayi lagi : 'Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?'
Di Jawab Oleh Tuhan :'Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara.'
'Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?'
'Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa'
'Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?
'Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya'
'Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi'
'Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu'
Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan
'Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut?'
'Kamu akan memanggil malaikatmu itu: ' IBU '
Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat...
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar...sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu...
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.'
BICARA KESILAPAN: ANTARA SENSODYNE dan PEPSODENT
Mungkin bila membaca tajuk tersebut kalian sudah mengetahui apa yang ingin aku tuliskan dalam blog ku kali ini. Mungkin sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia tidak terlepas dari membuat silap dan juga mempunyai sifat pelupa, ialah kan kita pun manusia ni bukannya sempurna.
Nak dijadikan cerita, hari minggu yang lalu aku sekali lagi diserang sakit gigi, kali ini ditempat yang lain pula, kebetulan masalah yang sama, gigi aku berlubang lagi. Namun kali ini aku rasakan terlalu berbeza sangat, kali ini apabila aku memakan apa saja maupun minum aku akan merasa ngilu sangat. Bayangkan saja aku terpaksa mengunyah makanan melalui gigi depan, well bila dah makan dengan keadaan begitu apa yang dimakan pun tidak menjadi sedah semuanya menjadi sukar. Jadi aku teringat juga pesan sepupu ku jika berlaku keadaan sedemikian ada baiknya menggunakan ubat gigi sensodyne kerana ianya boleh membantu memulihkan rasa ngilu dan sakit pada gigi. Jadi hari ahad tu selepas minum pagi aku keluar bersama isteri ku membeli barang, jadi semasa di salah sebuah kedai runcit aku teringatkan ubat gigi tersebut, lalu aku carilah, namun apa yang terjadi????? Dan disinilah bermulanya cerita, pada ingatan ku nama ubat gigi tersebut ktika itu bukan sensodyne seperti maa yang diberitau, lalu yang terlintas dikepala ku jenama ubat gigi Pepsodent, oleh kerana itu saja yang aku ingat jadi kebetulan pula jenama itu ada disana aku apa lagi terus beli. Rupanya isteri ku menyedari hal tersebut namun dia berdiam diri kerana dia berfikir mungkin itulah dia. Jadi aku gunakanlah ubat gigi tersebut, aku kecewa kerana tidak ada tindak balas langsung dan gigi ku masih juga sakit. Jadi kemarin selepas kami menonton wayang aku singgah di Pasaraya yang ada diMall tersebut, dalam mencari - cari barang aku terlihat ubat gigi yang dimaksudkan iaitu SENSODYNE, lalu akupun beritau isteri ku inilah dia yang betulnya, lalu sambil ketawa isteri ku bercerita kepada ku bahawa dia sebenarnya semasa aku membeli pepsodent itu sudah dia menyedarinya tatpai oleh kerana aku yang beria-ia menyebut nama ubat gigi tersebut dia hanya berdiam diri. Hai.............. itulah dia kesilapan manapun kita tidak pernah lepas dari membuat kesilapan. Apa lagi terpaksalah jua aku beli yang satu itu lagi demi untuk gigi ku..... Hahahahahaa
Yang aku tak suka aku sudah melakukan pembaziran yang teramat sangat, dan itulah sikap yang mesti aku elak agar ianya tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang, bagi aku mungkin pada masa akan datang aku perlu bertanya kepada isteri ku sebelum aku membeli barang yang aku sudah lupa agar tidak berlaku lagi pembaziran. Ish...ish...nasib baik cuma isteri ku kalau orang lain entahlah tak tahu aku bagaimana. Tapi biarpun hanya isteri ku yang tahu, teruk juga aku ditertawakan oleh isteriku semalam, entahlah ianya silap aku juga.......
DUA HATI SATU JIWA
Semalam sepulang dari bekerja isteri ku terus membawa aku ke Mall untuk menonton wayang, kebetulan pula kemarin aku tidak membawa kereta memandangkan kereta ku dibawa oleh sepupu ku untuk inspection bagi menyambungkan road tax tahunan yang sudah mansuh, jadi isterikulah yang mengambil aku pulang bekerja.
Bayangkan saja pulang dari bekerja terus menonton wayang, ish... tak dapat aku bayangkan ketika itu, namun nak buat apa dah isteri ku beria sangat nak menonton wayang tersebut jadi aku layan sajalah. Sampai di Mall kelam kabut juga kerana biasalah terlalu sukar untuk mendapatkan parking, beberapa kali aku berpusing - pusing mencari parking lastnya dapat juga, punyalah lenguh kaki aku, maklum sajalah aku jarang memandu kereta isteriku. Nasib baik tikit aku beli awal semasa aku lunch kemarin jadi taklah rasa berebut - rebut, kalau tak mampus memang isteri aku tarik muka panjang jika tak sempat ambik tikit. Well cerita yang kami tonton semalam tajuknya 'DUA HATI SATU JIWA'.
Cerita ini diarah oleh Professor A. Razak Mohaidin dibawah LineClear Production, 2 Hati 1 Jiwa yang dibintangi Yasmin Hani & Fouziah Ghous ini adalah Filem komedi famili ini memaparkan kisah suka duka sepasang kembar siam yg dipisahkan. Bila menonton filem ini kita akan dapat melihat bagaimana perasaan orang yang kembar siam ini hidup, dan bagaimana keadaan mereka dalam melakukan tugas harian mereka lebih - lebih lagi mereka yang belajar diUniversiti dengan mengikuti kursus yang berbeza. Apapun kau orang tengoklah sendiri dipanggung lagi pun malas lah aku nak cerita panjang lebar tentang filem ini tak seronoklah lah kan nanti. Apa yang penting bagi kau orang yang meminati Yasmin Hani dan Faziah Ghous bolehlah menonton filem mereka ini dipawagam yang berdekatan.
Bagi aku semalam taklah habis sangat menonton filem tersebut, tapi yang pentingnya aku temankan isteri aku nonton wayang semalam. Biasalah habit aku kalau masuk pangung dalam keletihan pastinya aku akan tidur sambil berdengkur, nasib baik isteri aku selalu mengejutkan aku ketika aku berdengkur semalam, jika tidak entahlah satu panggung boleh dengar aku berdengkur.... hahahahaha. Aku pula faham sangat dengan hobi isteri aku, dia memang suka menonton wayang, bukan saja disini, malah ketika berada diluar negeri juga dia gemar pergi menonton wayang. Hai itulah dia isteri aku, entahlah dah jadi hobi dia katanya kalau dia pergi luar negeri mesti tidak sekali dia mesti pergi tengok wayang, dan itulah yang terjadi ketika percutian bulan madu kami tempoh hari, bagi aku yang suka travelling ni tak sekali pun aku pernah menjajahkan kaki ke Panggung Wayang ketika berada diluar negeri, dan mungkin itulah kali pertama aku masuk panggung wayang diluar negeri ketika berbulan madu bersama isteri ku. Aku dah tak nak buat apa ketika itu bila diberitau yang dia hendak menonton wayang, aku jawab ikut suka hati kau lah. Itulah dia isteri aku, yang kadang - kadang bertentangan dengan kegemaran dan kesikapan ku. Namun apa pun SIAPA YANG TAK SAYANG ISTERI HOOOOIIIII...... hahahahahaaaa.
Langgan:
Catatan (Atom)





