Isnin, 9 Mac 2009

LUAHAN HATI : KINI SUDAH SEMAKIN MENJAUH.

Terlalu mudah untuk kita menjadi hakim dan terus menjatuhkan apa jua hukuman sebelum lagi kita tahu tentang apa yang kita dengar itu betul atau tidak nya. Dan seribu spekulasi terus kita mainkan dalam apa jua yang kita hakimkan sehingga kita sanggup untuk membuat penilaian terhadap sesuatu yang belum pasti itu mengikut hati kita.
Aku kadangkala terkilan dengan segelintir orang - orang kita pada masa ini, terlalu mudah untuk menjadi hakim dan terlalu mudah untuk membuat persepsi tentang sesuatu yang belum pasti kesahihannya. Kadang - kadang terlalu kejam aku rasakan bila mana kerana mereka dipercayai apa pun yang mereka katakan semuanya itu terus diterima oleh orang lain. Namun pada dasarnya kesahihan belum tentu lagi ada. Itulah peranan mulut yang bisa menghancurkan segalanya.
Kini sudah semakin menjauh, itulah lontaran kata yang diluahkan oleh ayah ku ketika kami berdua bersembang. Tiada yang dapat yang diluahkannya lagi melainkan rintihan yang terbuku dihatinya selama ini. Dia menyedari bahawa kini dia sudah semakin tepinggir ketepian, dan nasib baiklah anak- anak masih ada disisinya. Aku menangis setiap kali aku terkenang kata - kata ayah kini. Dia merasa bertambah sensitif kini, apa tah lagi sejak ketiadaan arwah ibu, segala berubah secara drastik kini ditambah lagi dengan keadan dirinya yang kini diselubungi dengan berbagai penyakit. Jiwanya semakin tersentuh apabila sanak saudaranya sudah semakin menajuh, dia tertanya-tanya dimanakah kesilapannya, dan apakah kesalahannya sehinggakan kini dia umpama tiada diperdulikan lagi. Bagi aku yang mendengar rintihan dan luahan hati dari ayah ku hanya memendam dalam hati dan menjadikan ianya sebagai satu DENDAM yang aku buku kan yang akan aku kenang sehingga bilamasa. Aku kesal dengan semua ini. Semakin berdiam diri rupanya semakin dipinggirkan dan dijauhkan dan semakin itulah juga dendam semakin bersarang dihati.
Luahan hati ayah seolah - olah mengeluarkan segala yang terbuku selama ini, dia tercari - cari diaman kesilapan dan apa kesalahan kami. Aku puji ayah, dia bukanlah orang yang suka mencari kesilapan orang lain dan suka berdendam, namun dia adalah seorang yang tidak pernah indahkan apa jua tohmahan orang terhadap keluarga kami. Keluraga ku bukan dipandang sangat oleh sanak saudara. Entah kenapa, sedari dulu lagi, sejak arwah ibu masih hidup lagi, keluarga kami adalah merupakan sasaran pada sanak saudara. Apa pun yang kami lakukan adalah merupakan yang tidak pernah elok pada pandangan sanak saudara. Dimana silapnya kami, aku sendiri masih tercari- cari. Hampir 37 tahun umur ku dan aku begitu berdamping rapat dengan ayah, tidak pernah aku dengar ayah meluiahkan rasa hatinya seperti mana yang aku dengar baru - baru ini. Aku terkejut bila aku mendengar luahan hatinya kali ini. Benar - benar dia kecewa. Dia mungkin tidak pernah mendendam walau bagaiamana sekalipun keluarganya disakiti, melainkan dia hanya bersabar, namun mungkin kini dia dan kami sudah semakin diketepikan akhirnya diluahkan jua rasa hatinya. Aku kasihan bila mana ayah meluahkan rasa hatinya, dia semakin menyedari sanak saudaranya sudah semakin menjauh dari kami, seolah dia seperti kini tidak wujud lagi. Bagi aku yang mendengar luahan hatinya, hanya perasaan dendam saja yang terbuku didalam hati. Hanya seribu dendam kini menyelubungi hati yang membuku didalam kalbu. Bagi aku mereka menghakimkan kami hanya mengikut rasa hati mereka, namun terlalu pengecut untuk meberikan teguran jika berlaku kesilapan. Biarkanlah aku ingin melihat sejauh mana ini akan berlangsung....
Bairkanalah Ayah.... Apa yang penting kini anak - anak ayah mesti sentiasa bersatu. Biarlah kita diketepikan jauh - jauh, dihumban jauh kehujung muara yang penting kita anak beranak tetap bersatu hati dalam melayari bahtera dan empayar keluarga kitani. Biarlah mereka melemparkan kita jauh namun kita saksikan dari kejauhan ini, apakah mereka itu akan beroleh kebahagiaan yang sama dengan kita ini atau bagaiamana hasil yang akan mereka terima dari kesombongan dan kebongkakan mereka tersebut. Biarlah kita begini dengan cara hidup kita asalkan kita tidak pernah ada rasa dengki yang terbuku, keluarga kita sudah sememangnya terbiasa dipulaukan biarpun hanya perkara sekecil hama, jadi biarkanlah mereka hidup dengan cara mereka. Apa yang penting Tuhan itu maha adil, segalanya dapat disaksikan biarpun tersembunyi dan segalanya akan diperdengarkan biarpun ianya ditutup, acap kali perkara yang disembunyikan dari pengetahuan kita, dan acapkali juga kita tahu dan dipertonotnkan oleh Tuahn kepada kita hasil dari kesabaran kita.
Buat ayah, sabarlah... kerana apa pun yang dilakukan keatas kita ianya adalah sebagai satu dugaan. Biarlah mereka dengan cara hidup mereka , sekalipun jika mereka tidak lagi mahu untuk mnegaku kita sabagai saudar biarkan sajalah, kita tidak akan pernah rasa kerugian kerana ayah masih ada kami anak dan cucu- cucu mu sebagai pendamping. Biarkan mereka dengan kesombongan mereka, biarkan mereka begitu, apakah kesudahannya kita hanya akan mampu mendengar dan menonton saja.
'Terlalu lama aku pendam ianya menjadi dendam yang paling dalam, biarlah aku luahkan agar mereka tahu bahawa sudah bernanah hati yang sakit ini dengan kerenah dan tingakh laku yang ditunjukkan pada kami. Tanpa tahu dimana silap kami, kami sering dijadikan mangsa permusuhan dan kejian oleh mereka, mereka menghakimi dengan jijik sekali. Bibir mereka bisa berjalan dari satu tempat kesatu tempat mengkeji dan menghina kami, pada hal apakah yang mereka sebenarnya inginkan dari kami? Mereka pengecut.... penakut....kerana apa aku katakan begitu? Kerana mereka tidak pernah untuk berdepan dengan kami untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi dengan kami. Tohmahan yang diberikan bukan saja tohmahana yang berupa keburukan biasa malah juga mengungkit berbagai keburukan yang tidak sepertinya dikatakan. Otak yang cerdas akan berfikir secara postif dan berfikir secara rasional bukan membuat persepsi secara membabi buta. FIkirkanlah......."

Rabu, 4 Mac 2009

BICARA KELUARGA : DOAKAN KESEJAHTERAAN KELUARGA MU SETIAP HARI



Semoga kita akan sama - sama mendapat berkah dari Ilahi jua, lebih - lebih lagi dalam mencapai hasrat dan tujuan kehidupan kita setiap hari. Kita sebagai hamba dan insan yang bernyawa ini tidak pernah lepas dari dugaan Allah, namun apa yang penting bagi kita adalah untuk berusaha sambil berdoa semoga apa saja yang kita lakukan akan sentiasa mendapat berkat daripada Ilahi jua. Sesungguhnya bagi insan yang mempunyai keluarga, kebahagiaan berkeluarga adalah merupakan satu impian yang paling besar yang ingin dicapai, kebahagiaan hidup bersama isteri dan anak - anak adalah merupakan satu yang paling indah. Namun jika kita gagal untuk melayari bahtera kehidupan berkeluarga, maka akan hancurlah juga impian dan mahligai yang kita bina tersebut. Sambil berusaha kearah kebaikan kita juga berdoa, semoga ianya akan terus mendapat keberkatan daripada ALlah SWT jua. Amin....! Semoga kita semua akan terus dilimpahi keberkatan dari Allah SWT selalu.

Isnin, 2 Mac 2009

BICARA MALAS



Malas untuk berbicara dengan lebih panjang lagi, malas untuk mengetik stiap patah ayat untuk dimuatkan dalam blog ku kali ini. Bosan... itulah saja perkataan yang hanya dapat ku luahkan untuk kali ini. Terlalu banyak rilek membuatkan otak ku menjadi buntu. Tiada apa satu pun yang dapat aku buat, melainkan hanyalah satu kebosanan dan akhirnya menjadikan diriku menjadi semakin malas.

Buntu otak ku menjadi buntu, tidak ada apa yang aku buat. Hendak menulis satu idea pun tidak dapat aku hasilkan, tidak ada idea baik yang dapat aku fikirkan, melainkan hanya menjadi kekusutan pada akhirnya. Dan akhirnya aku menjadi malas. Sewaktu menulis untuk blog ini pun , fikiran ku menjadi buntu, tidak ada yang hendak ku muatkan untuk kalian baca untuk kali ini, maklum sajalah, aku sudah kekurang idea masa ini, ditambah lagi aku tidak ada apa2 yang hendak ku muatkan. Tidak ada berita hangat yang hendak kita kongsikan dan gossipkan so apa yang aku buat hanyalah menaipkan perkara yang aku fikirkan hendak aku buat sja. Memang terlalu sukar, jadi hentam sajalah apa yang aku hendak buat dan muatkan disini. Apa pun sori lah ye pada kalian yang sering berkunjung kblog ku ini, untuk kali ini aku belum lagi dapat update dan menyalurkan cerita yang baik2 untuk kita kongsikan bersama dalam blog ku ini, insyaAllah nnt sajalah aku akan kongsikan bersama apa yang aku akan dapat bersama idea aku yang terkini.

Akhirnya.... Arious......aku cabut dulu tapi tak janji bila lagi aku akan masuk lagi keblog aku ini. Tapi yang pastinya dalam masa terdekat ni, jika otak aku tak buntu lagi, segala kecelaruan yang bermain dalam otak aku ini hilang aku akan datang lagi dan muatkan cerita indah untuk kita kongsikan bersama. Babye......!

Isnin, 23 Februari 2009

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN YANG KE 75 BUAT AYAHANDA TERSAYANG

Tanggal 17hb Februari 2009 yang lalu adalah hari Ulang tahun ke75 ayah ku yang tersayang. Cuma pada tahun ini sambutan yang kami adakan adalah berbeza dari tahun - tahun yang sebelumnya, tahun ini ayah menyambut ulang tahunnya bersendirian tanpa mama. Biarpun tahun ini baru 9 bulan pemergian mama namun kami tetap menyambutnya dengan sederhana saja.
Seperti biasa sambutannya kami adakan disalah sebuah restoran disini, dimana kami semua berhimpun kecuali salah seorang cucunya saja yang tidak ada iaitu Faridah kerana masa ini berada diUnited Kingdom, namun sambutan pada malam itu nampak meriah sekali. Dan sudah lama tidak melihat ayah begitu terhibur sejak pemergian arwah mama. Dengan dikelilingi oleh anak - anak dan juga cucu-cucunya yang tersayang mungkin sedikit sebanyak telah menghilangkan rasa kedukaannya selama ini.
SELAMAT MENYAMBUT HARI JADI YANG KE 75 TAHUN AYAH, SEMOGA AYAH AKAN SENTIASA DALAM KEADAAN SIHAT, DIPANJANGKAN UMUR SERTA DIMURAHKAN REZEKI DAN GEMBIRA DISAMPING ANAK - ANAK, MENANTU - MENANTU DAN CUCU-CUCU YANG TERSAYANG. KAMI SEMUA SAYANG ABAH SELALU.

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE25 HARI KEBANGSAAN BUAT SELURUH RAKYAT DINEGARA BRUNEI DARUSSALAM.


Pejam celik rupanya sudah 25 tahun Negara tumpah darah ku yang tercinta ini merdeka. Dan sesungguhnya dalam tempoh 25 tahun tersebut aku dan malah juga seluruh rakyat yang tinggal diatas bumi Darussalam yang aman damai dan permai ini telah merasakan perubahan yang ketara dan juga merasai kenikmatan yang telah disediakan oleh pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Peduka Seri Beginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalm.
25 tahun bukanlah satu jangka waktu yang pendek, bagi mereka yang dilahirkan pada tahun 1984, munkin ada yang sekarang ini sudah pun beranak pinak dan sudah pun mengecapi kejayaan dalam kehidupan mereka. Dan sudah setentunya mereka kini sudah pun dewasa.
Banyak kejayaan dan pencapaian yang terbaik telah pun dicapai oleh negara disepanjang tempoh 25 tahun merdeka, dan banyak juga yang telah dapat dilihat dari segi pembangunan negara. Dari bandar hinggalah kedesa, pembangunan dapat dilihat dengan lebih pesat.
Untuk semua rakyat Brunei Selamat Menyambut Jubli Perak Hari Kebangsaan yang ke25. Semoga apa yang kita capai pada tahun ini akan terus menyerlah lagi pada tahun akan datang. Dan semoga juga keamanan dan kedamaian ini akan berterusan selamanya. Dan marilah kita bersama - sama menyokong dalam membantu memajukan lagi negara Brunei Darussalam yang kita cintai ini. Dan semoga juga negara dan kita rakyat diNegara Brunei Darussalam ini akan sentiasa berada didalam lindungan Allah SWT, terhindar dari segala malapetaka. Amin..

Ahad, 8 Februari 2009

TAHNIAH BUAT KHAIRUL HISHAM * b@c@


Hari khamis yang lalu, sekali lagi aku menerima satu berita yang amat menggembirakan aku dan juga family members yang lain. Keputusan Sijil Rendah Pelajara Ugama bagi tahun 2008 telah dikeluarkan. Syukur Alhmadulillah, anak buah ku yang gmbarnya terpapar diatas telah lulus dengan keputusan yang begitu cemerlang. Dia telah mendapat pangkat satu dengan sebelas agregat.


Keputusan yang diterima adalah amat membanggakan aku, apa yang amat membanggakan aku ialah bila mana dia mendapat pangkat 1 pada matapelajaran Al-Quran. Hebat juga kau ya b@c@, bolehlah nanti jadi ustaz. Hahahaha. Apapun tahniah unuc ucapkan pada anak buah ku yang handsome ini, kerana telah berjaya dalam peperiksan SPRU 2008 yang lalu. Inilah hasil kerja keras mu, dan sekurang - kurangnya mulai tahun ini hanya perlu concerntrate pada sekolah akademik saja. Dan sekurangnya kini sudah boleh rileks pada sebelah petang apa tah lagi pada tahun ini kau akan menduduki peperiksaan PMB, so uncu yakin kau juga akan dapat memperolehi markah yang lebih baik dalam peperiksaan PMB tahun ini. Buat Hisham, sekali lagi uncu ucapkan tahniah atas kejayaan mu yang cemerlang dalam peperiksaan ugama mu yang lalu dan semoga ianya adalah satu titik permulaan bagi kejayaan mu yang akan datang terutama untuk peperiksaan PMB yang akan kau duduki pada oktober tahun ini. Uncu akan terus mendoakan kejayaan kamu semua.
TAHNIAH..... HISHAM.

Selasa, 3 Februari 2009

BICARA WARONG KOPI: FENOMENA ALAM ATAU BALA?


Sejak kebelakangan ini kita heboh dengan keadaan cuaca yang tidak menentu yang telah melanda negara. Tanah susur dan juga banjir kilat telah melanda dibeberapa kawasan dan juga daerah dinegara kita. Dalam kejadian yang berlaku itu telah mengorbankan dua nyawa, yang mana seorang warga berbangsa cina telah mati akibat tertimbus oleh tanah kerana kerjadian tanah susur dikawasan rumahnya dan juga seorang remaja telah mati lemas akibat dihanyutkan oleh banjir yang deras. Takziah buat kedua- dua keluarga diatas kehilangan keluarga mereka tersebut. Semoga dicucuri rahmat keatas rohnya. Amin.

Bagi aku sendiri melihat daripada kejadian yang terjadi ini, berbagai persoalan timbul pada benak otak ku. Kerana selama ini kejadian seperti ini tidak pernah terjadi sehebat begini. Banyak yang mengaitkan hal ini dengan isu hanbgat yang sedang dipersoalkan oleh global iaitu isu KEHANGATAN GLOBAL antara penyumbang besar terjadinya kejadian ini. Namun aku bersyukur kerana kejadian itu tidaklah terjadi didalam kawasana perumahan tempat aku tinggal. Namun aku dapat bayangkan bagaimana dengan mereka yang terkena kejadian ini? Sungguh kasihan, kerana banyak barang yang berharga menjadi rosak binasa. Yang paling hebat sekali mereka terpaksa mengorbankan masa mereka untuk berehat terutama sekali mereka terpaksa berjaga sehingga banjir surut, selepas itu terpaksa pula membersihkan rumah mereka akibat lumpur yang dibawa oleh banjir. Aku prihatin dan kasihan kepada mangsa banjir ini namun apa yang dapat aku lakukan hanyalah berdoa semoga kejaidian ini tidak akan berlarutan.

Dalam pada itu aku sendiri terus berfikir dan memikirkan kenapa kejadian ini terus berlaku? Sepanjang hidup aku kejadian banjir yang berlaku kali ini adalah merupakan salah satu trajedi yang baru pernah aku lihat sepanjang aku hidup. Memang sering berlakunya banjir pada sesetengah kawasan namun tidaklah sehebat begini, sehingga berlakunya tanah susur dibanyak kawasan diseluruh negara, dan hal ini sungguh menakutkan aku. Aku dapat membayangkan bagaimana perasaan mereka yang ditimpa malang yang begini. Namun hanya kesabaran serta doa saja yang dapat dipanjatkan agar ianya tidak akan terus terjadi.

NAmun pernahkah kita terfikir kenapa ianya terjadi? Apakah ianya benar berlaku kerana isu kehangatan global seperti yang diperkatakan? Atau kerana sistem perparitan kita telah banyak yang tersumbat dan kerana itulah air naik melimpah dan terjadinya banjir? Atau apakah kemungkinan besar ianya adalah merupakan salah satu bala yang telah diturunkan oleh Allah SWT kepada kita kerana sikap dan sifat lalai dari kita semua? Jika ia bala apakah perkara yang patut kitA buat untuk membuatkan semua ini dari berterusan? Banyak yang mengatakan ianya adalah kerana bala, namun apakah puncanya sehingga Allah SWT menurunkan bala sedemikian rupa? Marilah kita sama - sama bermuhasabah dan memikirkan apakah segala dosa yang kita lakukan pada masa yang lalu sehingga ditimpakan kejadian seperti ini.
Kita sering terlupa bahawa jika kita mengundang kemurkaan Allah SWT, bahawa akan turunlah malapetaka dari Allah. Jika benar marilah kita semua bertaubat semoga agar semuanya akan diampun oleh Nya. Kita tidak menyangkal bahawa semua kejadian ini adalah berpunca dari malapetaka alam, namun kita tidak boileh menyangkalkan bahawa ianya juga mungkin adalah bala yang telah diturunkan oleh Allah SWT kepada kita. Mungkin ini adalah peringatan awal dari Allah SWT kepada kita agar seterusnya kita tidak akan lek dan lalai.

Jadi fikirkanlah dan marilah kita sama - sama mengingatkan diri kita masing - masing agar semua ini tidak akan berterusan dan semua ini akan mengajar kita untuk terus memerhati diri kita terlebih dahulu, memerhati pada apa yang kita lakukan dan juga berusaha untuk memperbaiki diri kita terlebih dahulu sebelum kita memperbaiki diri orang lain. Kerana jika kita terlampau memerhatikan orang lain dalam semua hal akhirnya bahawa kita sendiri yang perlu pembaikan sepenuhnya. Jadi fikirkanlah apakah kejadian yang terjadi ini adalah sebagai fenomena kejadian alam atau adakah ianya salah satu bala dari Allah SWT untuk menuntut kita supaya sentiasa bermuhasabah.

Akhirnya semoga kita semua akan sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan perkara serta kejadian seperti ini tidak akan terus berulang. Sesuatu yang baik itu datangnya dari Allah jua dan sesungguhnya sesuatu yang buruk itu databgnya dari diri kita sendiri juga. Marilah kita berfikir seketika bersama sambil menghirup secawan kopi hari ini. Dan mudah - mudahan esok mentari akan bersinar lagi mencerahkan suasana siang hari kita.