Rabu, 31 Disember 2008

HAPPY NEW YEAR 2009... TO YOU ALL GUYS....!



(picture taken from google's)

Hei guys, in a few minutes, we will say good bye to 2008 and say welcome to 2009. So what's for 2009? Have you plan for this whole 2009? Well... hope so. May this new year will bring many opportunities to your way to explore every joy of life and may your resolutions for the days a head stay firm, turning all your dreams into reality and all of your efforts into great achievements.

HAPPY NEW YEAR 2009 TO YOU ALL

Selasa, 30 Disember 2008

SELAMAT JALAN 2008.... TAHUN YANG MENINGGALKAN SERIBU KENANGAN.

(image taken from googles)


Hanya beberapa jam saja lagi, kita akan mengucapkan selamat tinggal pada tahun 2008, dan tanpa kita sedari kita sudah berada dipenghujung tahun. Setahun masa berlalu begitu pantas, tanpa kita sedari kita sudah akan meninggalkan tahun 2008, meninggalkan 2008 dengan berbagai kenangan pahit manis yang akan terus menjadi kenangan.
Tahun 2008 banyak meninggalkan berbagai cerita dan kenangan bagi ku untuk aku abadikan sebagai satu kenangan yang paling berharga buat diri ku. Bermula dari januari sehinggalah disember ini banyak meninggalkan kenangan pahit manis.
7hb Mei 2008, adalah tarikh yang tidak akan pernah aku lupakan, dimana tarikh itulah seluruh keluarga ku bersedih, kerana ibu yang tersayang pergi untuk selamanya menghadap maha pencipta. Bagi aku, tarikh itu adalah tarikh kedukaan ku yang tidak akan pernah terluput dari memori ku, saat sebulan lagi aku akan melangsungkan perkahwinan ku ibu pergi meninggalkan aku untuk selamanya, hati dimana yang tidak kecewa, kerana bagi ku itulah hadiah yang berharga buat arwah ibu, setelah sekian lama mengharapkan aku untuk melngsungkan perkahwinan, namun setelah hari bahagia ku hampir tiba saat kegembiraan untuk ku melangsungkan perkahwinan ku tiba, ibu pergi untuk selamanya. Hati dimana yang tidak hiba, biarpun airmata ini terus mengalir dipipi ibu tidak akan kembali lagi. Namun apa yang dapat aku buat hanyalah mendoakan semoga roh ibu akan sentiasa dirahmati dan terhimpun bersama dengan roh orang yang beriman...AMIN...!
Tarikh 13hb Jun 2008, adalah tarikh keramat dan bahagia bagi ku, setelah sekian lama hidup membujang dan membuatkan orang ternanti- nanti untuk melihat aku menamatkan zaman bujang ku, terutama ayah ku dan juga arwah ibu ku dan juga seluruh keluarga ku termasuklah bapa dan ibu saudara ku akhirnya hari ini aku melangsung pernikahan dengan gadis pilihan ku setelah 14 tahun kami berdua menjalinkan cinta dan pada tarikh inilah yang akhirnya telah menyatukan kami menjadi suami isteri. Dalam kegembiraan ku menyambut hari bahagia ku ini, semasa aku melapazkan taklik nikah ku, aku tidak dapat menahan sebak dihati ku bila mana aku terkenangkan pada arwah ibu. Aku menangis dihadapan orang yang hadir. Kerana bagi ku insan yang amat ku sayangi tidak berada disisi ku, namun itulah kenangan pada hari itu.
Pada 20hb Jun 2008, Majlis Malam Berbedak ku dan sekaligus Majlis Khatam Al Quran bagi kesemua anak buahku, seperti biasa tiada kegembiraan ku rasakan untuk majlis ku pada malam itu, aku cuba menahan kesedihan dihati ku, agar ianya tidak diketahui oleh mereka yang hadir. Biar bagaimana pun aku cuba melupakan sementara arwah ibu, namun aku tetap gagal, kerana bagi ku ibu adalah segalanya ketika itu. NAmun aku bersyukur kerana majlis yang diadakan pada malam itu dapat berjalan dengan lancar dan teratur, dan terima kasih buat seluruh keluarga yang bertungkus lumus sama -sama menjayakan majlis ku pada malam itu.
21hb Jun 2008, Majlis Malam Berdudun dan berjaga - jaga, pada malam ini kami hanya mengadakan majlis malam berjaga , kami sekeluarga tidak mengadakan majlis karaoke memandangkan kami masih lagi dalam berkabung arwah bonda, jadi kami menukar format dengan mengadakan majlis cabutan nama bertuah, dengan menyediakan berbagi hadiah, yang mana ditaja oleh kami sekeluarga, Alhamdulillah, ramai keluarga yang hadir pada malam tersebut, dan sekurangnya majlis ku pada malam nampak meriah juga sedikit. Terima kasih sekali lagi buat saudara mara yang berkesudian datang dan menyamarakkan majlis ku pada malam tersebut.
22hb Jun 2008, adalah majlis persandingan ku, Alhamdulillah ramai jemputan yang hadir, biarpun pada mulanya aku menyangka tidak ramai tetamu yang hadir, maklum sajalah banyak yang aku terlupa untuk menjemputnya, namun ternyata tetamu ku ramai juga. Dan aku bersyukur Kedua - dua majlis ku berjalan dengan lancar dan teratur. Jutaan Terima kasih sekali lagi ku ucapkan pada seluruh kaum keluarga ku diatas sumbangan dantitik peluh yang abiskita sumbang kan disepanjang majlis perkahwinan berlangsung, semoga jasa baik abiskita itu akan mendapat ganjaran dari ALLAH SWT jua...Amin.
Banyak yang telah merubah kehidupan ku disepanjang tahun ini, diri ku sepanjang tahun ini. Apa yang dapat aku rumuskan tahun 2008 telah banyak meninggalkan berbagai kenangan buat diri ku, mudahan tahun 2009 akan terus membarikan sinaran baru dan terbaik buat diri ku, dan semoga apa yang aku cita - citakan untuk ku capai pada tahun 2009 akan menjadi kenyataan. Semoga apa yang aku gagal dan belum lagi untuk ku capai pada tahun 2008, akan dapat aku capai pada tahun 2009 ini. Amin...!
SELAMAT TAHUN BARU 2009 BUAT SEMUA YANG MENGUNJUNGI BLOG KU INI

GOOD BYE 2008, WELCOME 2009....



Before the golden sun sets, 2008’s calendar is destroyed, And mobile networks get jammed,I wish in 2009 every moment is enjoyed. Wish you all the best and hope 2009 make what you've dreams come true....


Isnin, 29 Disember 2008

ANDAI MASA DAPAT DIUNDUR - AKU INGIN TERUS BERSAMANYA SELAMA-LAMANYA





Merempuhi perjalanan kehidupan yang sudah hampir 37 tahun, telah banyak meninggalkan kenangan untuk diabadikan, banyak kenangan yang tersimpan dalam memori untuk dijadikan sebagai pengalaman dan panduan pada perjalanan yang seterusnya.


Kemanisan yang ditinggalkan pada perjalanan yang lalu, adalah sebuah sebuah memori yang tidak tidak akan pernah luput untuk dijadikan sebagai satu kenangan yang berharga dalam hidup, tiadakan pernah luput pada setiap detik dan ianya akan terus segar dalam kotak memori, namun pada sebuah kesakitan adalah satu gejolak yang pada diri tidak akan pernah luntur sebagai satu pengalaman buruk yang dilalui dalam kehidupan, yang hanya meratap pada kesabaran dalam merempuhi kesakitan.


Kemarin sewaktu dia pergi meninggalkan aku untuk selamanya, aku kehilangan arah, ibaratnya kapal yang kehilangan Nakhoda. Aku merasakan kehidupan ku tiada bererti. Biarpun aku ditinggalkan dalam alam kedewasaan diri, namun hati ini masih belum puas untuk menrima kasih sayang darinya. Sehingga kini setelah 7 bulan pemergiannya, aku masih belum dapat menerima hakikat yang dia telah pergi meninggalkan aku, dia yang menjadi payung dikala kecil ku sewaktu hujan turun, yang sanggup membakar diri menjadi lilin dikala aku sakit pergi begitu saja tanpa sempat melambaikan tangannya kepada ku sebelum ia pergi, apa tah lagi dikala pemergiannya hari bahagia ku telah hampir tiba.
Sewaktu pernikahan ku berlangsung, aku hiba merenung wajah ayah, fikiran ku melayang ketika itu terkenang pada bonda yang telah tiada yang baru saja sebulan meniggalkan aku ketika itu. Sewaktu aku membaca taklik pernikahan, aku hiba dan sayu aku menangis pilu, aku lupa bahawa ketika itu aku dikelilingi oleh orang yang ramai, namun kerana rindu ku padanya aku hilangkan rasa malu ku, aku menangis seketika itu kerana ketika itu hanya wajah bonda yang aku terbayang pada otak ku.
Persandingan ku berlangsung dengan meriah, itu mungkin bagi setengah orang, namun tidak bagi aku, kehilangannya masih kuat ku rasakan ketika itu, sewaktu majlis ziarah, sekali lagi aku menangis, entah kenapa pada hari bahagia ku itu, aku merasakan hanya kesedihan yang menyelubungi diri ku. Aku rindu pada bonda............!
Andai waktu dapat ku undur, akan ku undurkan waktu itu agar aku bisa terus bersama bonda....! Mereka hanya dapat melihat kegembiraan ku setiap kali aku mengukir senyuman, namun jauh pada sudut hati, kegembiraan ini tiada lagi serinya, biarpun isteri tersayang kini menjadi pendamping, namun bonda jua tetap kekal dihati ini. Kerinduan ini kadang - kadang membuatkan aku lupa bahawa aku telah menjadi suami, entah kenapa rindu ini tak pernah hilang. Tangisan dan airmata ini kini sering menjadi teman, namun aku syukuri isteri ku memahami keadaan ku ini. Setiap kali memori dan kenangan ku bersama bonda bermain difikiran, setiap kali itulah jua deraian air mata jatuh dipipi.
Aku rindu pada bonda..........!

Selasa, 23 Disember 2008

BIAR AKU REDAKAN DULU API YANG SEDANG MENYALA PANAS INI.....

Dalam keadaan api yang sedang marak menyala, bukan terlalu mudah untuk memadamkannya, tambah lagi hembusan angin semakin kuat menghembus, membuatkan api terus marak menyala. Biar disirami dengan air sekalipun, kerana angin terus berhembus kencang, api semakin juga terus menyala.
Bukan bermaksud untuk menjadi derhaka, apa tah lagi hanya dia seorang saja lagi orang tua yang tinggal selepas pemergian bonda, namun hati masih belum sembuh lagi sakitnya selepas kejadian tempoh hari. Biarlah tohmahan terus ditujukan kepada ku. kerana diri pun sudah terbiasa dengan tohmahan dan cacian. Dari jauh hanya doa saja yang dapat aku kirimkan agar ayahanda tersayang akan cepat sembuh. Aku bukanlah seorang anak yang begitu baik dalam keluarga, yang sememangnya pada anggapan dan penilaian semua orang terlalu buruk.
Bukan berubah kerana sudah ada insan disisi, tempat untuk berunding dan berbicara tentang masalah, namun sentiasa terkilan kerana diri terus tidak baik pada pandangan orang yang tersayang. Untuk berubah harus bagaimana lagi? Sering aku berfikir betulkah aku ini sukar untuk ditegur, bila ditegur akan mula melenting seperti mana yang diungkit olehnya tempoh hari? Bagi aku sudah sering mengikut apa pun telunjuk dari mereka, kadang terasa ruang untuk bernafas terlalu sempit, hanya kerana terlalu mengikut telunjuk mereka.
Bila aku melenting kerana ingin memperbetulkan apa mereka kata, segala ungkitan dijadikan senjata mereka untuk melumpuhkan diri, segala yang terburuk terdedah, namun pernahkah disingkap akan diri yang merasakan dirinya lebih sempurna dan terlalu baik itu betulkah 100% sudah terlalu baik dan sempurna.
Kadang kita terlupa untuk menilai sedalamnya tentang perihal diri kita. Kita sering menganggap kita sempurna, hanya kita ini mampu dari orang lain, sehinggakan kita tidak perlu untuk ditegur. Namun untuk menilai kesilapan pada diri orang lain terlalu mudah saja, setiap pergerakkan yang dibuat oleh orang tersebut pastinya akan terus diekori, namun untuk cuba memperbetulkan jauh sekali.
Hati mana yang tidak terus menjadi gila bila teguran yang diberikan bukan berunsurkan satu nasihat yang membina sebaliknya kata nista yang merasakan diri terhina. Berbicara dalam diplomasi tidakkan mungkin akan mendatangkan kemarahan, biar beradab sopan. Jangan menganggap bila diri dilahirkan tua dari orang lain, akan sesuka hati untuk memerintah dan mengherdik orang terlalu muda, berfikir juga lah sedikit, kita ini pun punya hati dan perasaan. Sedangkan binatang punya perasaan, bila sudah puas diherdik dipukul tuan yang setiap hari memberi makan pun akan dicederakan, inikan pula manusia yang mempunyai perasaan dan akal, yang mudah tersentuh.
Biarlah aku dengan diri ku sektika pada saat ini, katalah apa saja yang ingin kamu kata pada ku aku akan terimanya, kerana itu mungkin yang amat terbaik untuk kamu luahkan buat diri ku. Buat ayahanda, bukan kerana tidak kasih makanya wajah tidak dijengukkan apa tah lagi dikala ini ayahanda sedang sakit, jauh disudut hati ingin melupakan semuanya , namun setiap kali kaki melangkah untuk pergi kesana meninjau ayahanda, hati akan berteriak meronta-ronta seolah menghalang untuk kesana, fikiran akan bercelaru mengenang kata nista ungkitan yang diberikan, beribu cara untuk merubah diri dari terus berperangai begini, namun dijiwa meronta kerana sudah puas diherdik, biarlah aku terus begini dulu. Biarkanlah reda dulu apa yang sedang menyala ini, biar semuanya berkedaan baik, insyaAllah aku pasti akan menjengah kesana berjumpa ayahanda.
Bukan sudah tiada kasih hanya kerana kasih baru kini ku terima, setiap hari hati begejolak dan meronta kesakitan kerana merindui ayahanda, entah berapa kerap sudah kejantanan ini tercabar dengan deraian airmata yang tak pernah putusnya, sesungguh aku tiada mahu kekesalan menghantui diri ku lagi, maafkan diri ini ayahanda. Izinkanlah aku bersendirian ketika ini, biarlah aku redakan kepanasan yang sedang membara ini, mungkin esuk aku akan berubah bersama datangnya mentari pagi.
Salam sayang ku buat ayahanda yang tercinta dan seribu kemaafan ku pohon dari mu, keampunan mu adalah seri pada kehidupan ku, tanpanya hidup akan terus menderita selamanya. Sayang selalu dari anakanda......

ESUK..... MENTARI BERSINAR RIANG DAN BANYAK YANG TERSENYUM LEBAR.....

Mudahan esuk mentari akan besinar indah, dan dengan sinaran matahari itu, sudah setentunya akan menggembirakan banyak insan, terutama bagi mereka yang benar mahu melihat mentari esuk bersinar indah.
Esuk pastinya akan menceriakan ramai orang , yang mana ia sememangnya hari dan bulan yang ditunggu oleh semua orang, dan sudah tentulah dalam dua tiga hari dan mungkin seminggu ini jalan raya dikompleks - kompleks membeli belah pastinya dipenuhi oleh ramai orang.... Esuk sudah pasti tempat yang akan dipenuhi selain daripada Kompleks belibelah adalah restoran. Masing - masing ingin membawa seluruh keluarga makan diluar dan setentunya ingin makan yang sedap dari hari - hari yang biasa.
Mungkin kau orang tertanya - tanya esuk ada apa? Kita bukan nak pergi shopping untuk perayaan Krismas, tetapi kita orang dekat Brunei ni akan menerima BONUS. BONUS....BONUS...BONUS...Bagi kita yang bekerja disektor kerajaan esuk adalah hari bonus.....Esuk sudah pastinya banyak kedai yang akan dipenuhi manusia, yang akan ramai dimasuki oleh orang ramai adalah kedai - kedai yang menjual barang - barang keperluan sekolah, maklum sajalah tinggal beberapa hari saja lagi sekolah akan dibuka. Menjadi satu rahmat kesyukuran bagi mereka yang mempunyai pendapatan rendah dan keluarga yang besar, sekurangnya dengan pengurniaan bonus pada penghujung tahun seperti ini akan dapat mengurangkan beban dalam mengeluarkan perbelanjaan untuk membeli keperluan peralatan sekolah anak-anak mereka.
Bagi aku sendiri, tahun ini aku tidak lagi bersendirian, aku kini sudah dimiliki oleh isteri ku, dan bermakna kehidupan ku juga berubah. Dan begitu juga dengan pengurusan kewangan ku, tahun ini sedikit sebanyak sudah ada perubahannya. Soal kewangan ku, kini terpaksa aku aturkan secara bijak, maklum sajalah aku juga bukan dari golongan yang berpendapatan tinggi, jadi masa inilah aku mulakan untuk berhemat dalam kewangan ku.
Mudahan bonus tahun ini, kita semua tidak akan menjadikan diri kita semua sebagai orang yang pemboros, beli apa saja kerana kita punya wang yang lebih, namun ada baiknya kita berjimat, beli apa yang patut, agar esuk kita tidak akan kerugian.
Selamat menikmati bonus tahunan.... Dan semoga kita akan menjadi insan yang berjimat dan bukannya pemboros.

Ahad, 21 Disember 2008

CONGRATULATION TO MANCHESTER UNITED....BECOME THE 1ST ENGLISH CLUB WON THE WORLD FOOTBALL CLUB CUP



Yeaaa... My team win again, this time is the world cup champion. It's now can be proove that Machester United is really a world prestiges Football Club. Now it's recognise globally after become the world football club champion.
Manchester United win 1 - 0 to LDU Quito yesterday final round. To fan the FANS of MAnchester United congratulation and keep up supporting MU.