Ahad, 14 Disember 2008

BLOG KU BERUBAH WAJAH LAGI.........

Hai semua.... Nampaknya bila masuk keblog ku kali ini ada sedikit perubahan berlaku, sememangnya aku senghaja merubah wajah blog ku kali ini, kerana banyak lagi yang aku ingin pelajari dan tokok tambah dalam blog ku ini. Ada saja yang terbaru, jadi rasa dengki dan iri hati memang ada sebab itulah bila berkunjung keblog kawan - kawan dan juga anak saudara ku yang mempunyai blog yang begitu cantik latar belakangnya, aku menjadi iri hati melihatnya, namun bukan bermakna aku akan membiarkan terus iri hati, aku cuba untuk mencari jalan bagaimana untuk mendapatkan dan mengubah blog ku agar sama seperti mereka dengan cara bertanya dari mereka. Pada benda sebegini, ianya memanglah salah satu dari kegemaran ku sejak dari awal lagi, mungkin kerana minat seni yang sudah sedia ada pada diri ku membuatkan aku berminat dalam hal-hal sebegini.
Apa yang aku harapkan kali ini aku akan dapat melangkah lebih jauh lagi dalam membisaikan lagi blog ku yang sudah sedia ada. Bagi yang sudah mempunyai pengalaman dalam mengubah suai blog ini, yang berkunjung mkeblog ku ini jika dapat memberikan pandangan berilah sedikit kalau boleh berikanlah sedikit tips agar aku dapat mengubah rekabentuk blog ku ini seperti kamu juga. Tolong ya....!
Bagiku, aku lebih suka kerja yang aku buat dikritik, asalkan ianya kritikan yang membina, sekurangnya melalui kritikan sajalah kita dapat melihat dimana kesilapan kita. Itu memang prinsip yang aku amalkan sejak dari awal mula lagi. Setiap kerja yang aku buat aku perlukan seseorang untuk mengkritiknya, dan melalui kritikan jugalah aku dapat merubah sedikit demi sedikit segala kekurang maupun kelebihan yang aku miliki dalam mutu kerja yang aku buat. Aku sering mengamalkan sikap keterbukaan, tetapi bukan bermakna sikap keterbukaan yang ku amalkan itu terbuka tanpa hadnya, pada satu sudut lain sifat keterbukaan yang aku boleh terima pada dasar kritikan yang membina yang membawa aku kepada suatu perubahan dan bukan kritikan yang melampau yang boleh membawa kepada kehancuran dan juga ingin menghancurkan diri ku. Dalam ereta kata lain bertempat dan positif.
Jadi pada semua yang berkunjung keblog ku ini silalah komen apa yang termampu agar apa yang aku luahkan pada blog ku ini bukan saja akan dapat memuaskan diri ku sendiri yang mencipta blog ini malah juga akan memberika kepuasan kepada sesiapa saja yang mengunjungi blog ku ini. Ini adalah permulaan dan aku akui ini adalah satu langkah proses pembelajaran buat ku pada blog ku ini, bak kata pantun melayu YANG BERBUNYI:
'BUAH CEMPEDAK DI LUAR PAGAR
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN
SAYA BUDAK BARU BELAJAR
JIKA SALAH TOLONG TUNJUKKAN'
Itulah ibaratnya aku, aku juga mempunyai prinsip yang aku jadikan pegangan,
'ORANG MUDA BUKAN BERMAKNA TIADA BOLEH DIJADIKAN GURU KEPADA YANG TUA, BIARPUN YANG TUA MEMPUNYAI PENGLAMAN YANG LUAS DALAM HIDUP DAN YANG MUDA IBARAT BARU BELAJAR UNTUK HIDUP, NAMUN JIKA ILMU YANG DIMILIKINYA LEBIH TEBAL DARI YANG TUA, YANG TUA BERHAK MENIMBA ILMU TERSEBUT DARI DIA YANG MUDA'

Rabu, 10 Disember 2008

IMPIAN KU INGIN KESANA.... TUGU CINTA TERUNGGUL DUNIA... TAJ MAHAL

Salah satu hobi ku adalah melancong, dan banyak teman-teman ku mengatakan aku mempunyai hobi yang mahal, aku menjadikan melancong sebagai hobi ku bukanlah kerana ingin melancong begitu saja, tapi sebenarnya selain daripada dapat melihat suasana keindahan negara orang, kita juga akan dapat menyaksikan kehidupan sebenar orang yang tinggal dinegara tersebut. Dan benarlah kata pepatah banyak berjalan luas pemandangan.

Satu yang aku paling suka apabila melancung ialah aku suka melihat sekitar kehidupan orang dan kemudian ianya akan menjadi bahan bagi tulisan ku. Dan dengan melancung saja akan dapat membuka minda ku untuk dijadikan bahan tulisan ku.

MUngkin kau orang tertanya - tanya apa hal pula dengan gambar Taj Mahal tu....? Sebenarnya inilah tempat yang aku impikan yang ingin aku lawati, TAJ MAHAL. Entah kenapalah aku suka sangat nak pergi TAJ MAHAL, namun yang pastinya aku ingin melihat sendiri simbul cinta sejati yang ditunjukkan ditempat ini, kerana itulah aku teringin benar hendak pergi tempat itu.

TAJ MAHAL menyimpan banyak rahsia, terutama rahsia kisah cinta seorang raja terhadap permaisurinya. Selain daripada rahsia kisah cinta, juga terselit beberapa rahsia yang kita sendiri tidak mengetahuinya, terutama sekali dari segi pembangunannya, dari segi akiteknya dan bermacam lagi, yang menjadikan TAJ MAHAL salah satu daripada LAPAN keajaiban dunia.

DIbawah ini adalah sedikit informasi yang aku perolehi daripada internet mengenai dengan TAJ MAHAL, aku harap kau orang akan dapat berkongsi dengan aku mengenai dengan TAJ MAHAL dan selain itu boleh menambah sedikit ilmu mengenainya. Aku dapat informasi ini daripada googles.

TAJ MAHAL

Taj Mahal (Bahasa Hindi:ताज महल)yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada 1632 dan siap 1648.


Taj Mahal kekadang dipanggil ‘Taj’ sahaja adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki , India dan dan gaya senibina Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri . Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi , masjid, menara tinjau dan lain-lain. Tahun 1983 UNESCO mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Sedunia yang perlu dilindungi . Bangunan ini dikatakan ‘permata senibina Islam’.

Asal dan Inspirasi


Tahun 1631 Shah Jahan yang menjadi Maharaja Dinasti Mughal telah kematian isteri tersayang. Isterinya Mumtaz Mahal telah meninggal ketika melahirkan anak mereka yang ke-14 Begum Gauhara ketika Shah Jahan berada di medan pertempuran pada tahun 1631 ketika Shah Jahan dalam kempen memperluaskan tanah jajahannya.

Pengaruh

Makam Taj Mahal ini menggambarkan keagungan senibina Dinasti Mughal. Bangunan lain yang mendapat gaya senibina ini ialah Timurid dan bangunan Mughal. Ini termasuklah Gur-e Amir di Samarkhan. Makam Humayun yang dipanggil Makam Itmad-Ud-Daulah dan Masjid Jama Lauhari dari Turki untuk mereka di Delhi.

Pembinaan


Shah Jahan memerintahkan Ustaz Ahmad bentuk bangunan ini. Ustaz mengumpulkan 20,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu, tukang emas, dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia.
Dengan bumbung, kubah dan menara yang diperbuat daripada marmar putih, serta seni mozek yang indah, Taj Mahal merupakan salah satu daripada Tujuh Benda Ajaib di dunia. Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuknya berlian, jed, kristal, topaz dan nilam telah digunakan. Pembinaan Taj Mahal menelan masa sebanyak 22 tahun.

Taman rekreasi


Taman rekreasi seluas 300 meter X 300 meter dengan ,lorong-lorong hiasan bunga. Ada empat charbagh yang melambangkan empat sungai utama di India yang kononnya mengalir dari syurga.

Seni khat


Ayat dari al Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal. Huruf khat thuluth menjadi seni huruf utama. Jurukhat bernama Amanat Khan dibawa dari Parsi.


Antara surah yang menjadi hiasan ialah Surah 91 , Surah 112 , Surah 89 , Surah 93 , Surah 95 , Surah 94, Surah 36 , Surah 81 , Surah 82 , Surah 84 , Surah 98 , Surah 67 , Surah 48 , Surah 77 dan Surah 39 .

Kontraktor projek


Taj Mahal mendapat dibina oleh sekumpulan tukang / kontraktor dari seluruh dunia:
Arkitek Turki bernama Ustaz Isa dan Isa Muhammad Effendi yang mendapat latihan di Otoman, Turki. Beliau pernah berguru dengan Koca Mimar Sinan Agha.
[Puru dari Benarus, Parsi ( Iran).
Kubah / dom utama direka oleh Ismail Khan dari Empayar Ottoman.
Qazim Khan dari Lahore menghiasi kubah dengan emas.
Chiranjilal seorang pakar dari Delhi - ketua pengukir mozek.
Amanat Khan dari Shiraz, Iran merupakan ketua jurukhat . Namanya terukir pada pintu laluan utama.
Muhammad Hanif - penyelia
Mir Abdul Karim dan Mukkarimat Khan Shiraz, Iran - kewangan dan pembelian barangan.
Pengukir dari Bukhara.
Caligrafi dari Syria dan Farsi.
Inlayer dari India Selatan.
Pemotong batu mozek / marmar dari Balochistan.

Bahan binaan


Bahan binaan di bawa dari seluruh Asia menggunakan 1000 ekor gajah. Marmar putih dari Rajasthan. Permata dari Punjab. Jed dan hablur dari China. Firus dari Tibet . Lazuardi dari Afghanistan. Nilam dari Sri Langka. Kamelian dari Arab.
28 jenis batu berharga telah digunakan bagi membina Taj Mahal.
Kos pembinaan lebih 32 juta rupee. Kos ini tidaklah banyak ketika itu.

Arkitek dipancung


Apabila Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan menjatuhi arkitek Ustaz Ahmad Lauhari hukuman pancung. Di samping itu, kesemua tukang yang terlibat dalam pembinaan bangunan itu dipotong tangan mereka supaya mereka tidak dapat membina bangunan yang menandingi Taj Mahal.
Namun dakwaan ini masih dipertikaikan kerana Shah Jahan seorang yang ’sentimental’ dan tidak ada bukti kezalimannya.

Sejarah


Setelah Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan telah digulingkan oleh anak lelakinya Aurangzeb. Shah Jahan telah ditahan di dalam rumah berdekatan Pelabuhan Agra. Dari sana beliau meninjau makam Taj Mahal.Setelah meninggal dunia, Aurangzeb mengkebumikan ayahnya di sebelah makam isterinya.


Abad ke-19, banyak bahagian dan lapisan telah jatuh dan tidak diperbaiki. Ketika pemberontakan India 1857, tentera British telah menguasai Taj Mahal dan mencuri batu permata d dindingnya.


Hujung abad ke-19, George Nathaniel Curzon yang menjadi wizurai British di India mengarahkan pembaikan dilakukan dan siap pada 1908. Lampu-lampu besar chandeliar telah dipasang. Seni taman telah diubah mengikut gaya London.


Ketika Perang Dunia II pada 1942 , dindingnya rosak terkena serangan udara dari tentera Jerman. Tentera Jepun juga menjadikannya sebagai sasaran serangan udara.


Ketika Perang India-Pakistan 1965 dan 1971, Taj Mahal turut menerima padah dari serangan udara.


Pencemaran udara terutama hujan asid dari kilang penapis minyak Mathura telah menjejaskan warna putih Taj Mahal. Sungai Jumna yang kotor dan tercemar turut menjejaskan keindahan Taj Mahal.

So macamana you all dah baca kan sekilas kisah dan sejarah Taj Mahal, dan if you all nak tau sangat kenapa aku nak sangat nak pergi kesana itulah dia sebabnya, kerana selain daripada teruja dengan kisah cintanya juga aku ingin melihat sendiri bangunan tu, yang mana ianya dibuat dengan permata-permata yang mahal. Dan kerana inilah juga yang menjadi kegilaan ku untuk pergi kesana. Kerana itu aku berharap aku akan kesana satu waktu, biar dalam keadaan apa sekali pun. India pun India lah.... Yang penting aku dapat berkunjung keTAJ MAHAL......!

Selasa, 9 Disember 2008

BOSAN......dan MEMBOSANKAN.....!


(taken from googles)




Satu perkataan yang begitu sinonim dengan setiap orang BOSAN atau BORING. Perkara yang amat membosankan aku adalah ketika tiada kerja yang hendak dilakukan, hanya duduk dikerusi tanpa membuat sebarang kerja. Bagi aku duduk adalah sesuatu yang membosankan aku, otak ku rasanya seperti tidak berfungsi jika hanya duduk.

Saat yang amat membosankan aku adalah ketika menghadiri sesuatu majlis yang mana tiada teman untuk bercerita, itulah yang amat membosankan aku, dan juga ketika minum diluar tanpa ada yang menemankan aku. Perkara yang amat aku benci adalah ketika ada mata - mata liar yang merenung tajam kearah kita duduk. Itulah sebabnya aku jarang sekali minum diluar bersendirian, kerana aku terlalu sensitif jika ada orang yang merenung, ketidak selesaan pastinya aku rasakan. Namun ada juga kebaikannya jika kita direnung dan dilihat tu, pertama kebaikannya, kita dapat bermuhasabah diri, kita akan cuba tanyakan pada diri kita sendiri mungkin adakah sebarang kesilapan pada diri kita sehingga orang lain melihat kita begitu. Kedua secara tidak langsung kita cuba membayangkan bahawa kita adalah insan yang mungkin paling handsome ditempat itu, jika tidak maka kan orang akan melihat dan merenung kita dengan sedemikian rupa. Dan ketiga akan mengajar kita untuk mengawal rasa marah kita dikhalayak ramai.
Bosan jika bersendirian, dan bosan juga jika berteman. Bosan jika mempunyai teman yang hanya mementingkan dirinya sendiri, yang hanya tahu mengambil kesempatan daripada kita. Ah... bagi aku aku sudah kerap kali terkena dengan teman - teman yang sebegini, yang tidak mempunyai kesedaran diri, yang hanya tahu mengambil kesempatan dari kita. Dia cuba memanfaatkan kita dalam sesuatu hal; malah kita tidak penting jika dia telah mendapat apa yang diperlukannya. Mungkin itulah sebahagaian dari attitude insan yang dipanggil sebagai seorang manusia. Namun bagi aku biasa ajelah, aku akan ikut rentaknya saja dulu, sehingga dia menyedari kesilapan dirinya.
Itulah kehidupan, dalam kegembiraan kita mudah terlupa pada kedukaan. Namun pada kedukaan itu terlalu lama untuk dilupakan. Pada kebosanan itu kita ingat kembali pada keseronokan yang lepas namun dalam bosan kita buntu memikirkan untuk melakukan sesuatu. Segalanya berkait rapat, cuma kita sering terlupa pada putarannya yang berbeza-beza. Kerana itulah sebuah kehidupan.
'Nafas mungkin akan berhenti dan kehidupan dunia pastinya akan berakhir dengan kematian, akan berakhirlah semua kebosanan yang menyelubungi diri, namun perjalanan seterus kearah satu distinasi seterusnya bersendirian akan membawa diri dalam menuju kesuatu distinasi yang dipanggil alam kekal, akan bersendirianlah kita mengintai waktu yang akan berputar untuk membawa kita kedistinasi itu sehingga pada satu waktu yang telah ditentukan harinya, dan kita akan terus menunggu dan menunggu sehinggalah hari itu tiba. Akan adakah juga perasaan bosan kita pada ketika itu....??'

MALAS.... BIARLAH..... SUDAH CUKUP.....!


( Picture taken from googles)
Bentak hati membawa mati
Dimana ......! Mengapa semestinya....!
Diejek.... dihina berterusan......!
Perlukah untuk terus berdiam diri...?
Sedang kesakitan diri tak pernah diperhati.....!
Bila kehendak mereka tidak diikut
dianggap sebagai menderhaka.... melawan....

Yang tua mestikah mereka itu selalu betul....!
Tidak boleh untuk dilawan biarpun ia salah....?
Dari hujung rambut hingga kehujung kaki
kesalahan sebesar hama terus diperhati
konon diri tidak boleh ditegur
sedang dia yang tua tak pernah sedar akan silapnya
menunjuk arah mengajar untuk memperbetulkan
Namun kesilapan diri tak pernah diperhati untuk diperbetulkan....!?!?!?


Malas untuk berkata lagi....!
BIarlah mulut dikunci
dari berbahasa seribu kata
yang tak pernah akan betul pada pandangannya
Yang menganggap dirinya yang betul
Namun sebaliknya terlalu ego untuk memandang silap diri
yang terus menganggap diri sebagai yang terbaik.


Biarlah aku berdiri diatas dua kaki ini
Menanai apa yang termampu diatas bahu
Akan ku tunjuk pada mereka
Bahwanya aku akan mampu menanai diatas bahu
Segala susah senangnya diri
Cukuplah sudah berjalan dipegang tangan
Masanya untuk berdiri sendiri
Haluan depan direntas kini
Biarpun hanya dengan ala kadar
disepanjang meranjaui perjalanan.
Tiadakan ku toleh kebelakang lagi
bukanlah membuang untung diri
tiada gunanya akan diungkit kemudian hari
yang mengheret diri keneraka
biarlah kau disana hidup atas jalan mu
aku hidup atas jalan diri ku

BIarlah hidup membuang diri
Asalkan tiada jadi ungkitan kelak
Resminya hidup harta jadi pandangan
Tiada berharta akan hinalah pada pandangan
Yang diberi dan diterima dijadikan ungkitan
KOnon kerana diri terlalu degil menderhaka.


Biarlah.....
Hidup perlu diteruskan.......
Usaha mesti digandakan.....
Hiduplah kau disana dengan segala yang kau miliki
BIarlah ianya untuk mu terus hidup
Namun kerana ia bukan milikku
Akan tetap jua ku tinggalkan
Agar tidak akan ada ungkitan kelak


Cukuplah sudah puas dicucuk hidung
Mengikut kata konon nasihat
Namun tidak jua pernah dihargai
Pergilah kau jauh dari ku
Tiadakan ku kesali lagi
pertalian ini terputus jauh
agar tiada ku lagi mengacau hidupmu....!
Berbahagialah.......!!!!!!!!!!!!!

HM Tasra.

Selasa, 18 November 2008

Bicara kehidupan kita.....AIDS Spread Like This too… AIDS pun boleh menjangkit melalui ini...Baca:

22 July 2007


A 10 year old boy, had eaten pineapple about 15 days back, and fell sick, from the day he had eaten. Later when he had his health check done, doctors diagnosed that he had AIDS. His parents couldn’t believe it. Then the entire family under went a check-up. None of them suffered from Aids. So the doctors checked again with the boy if he had eaten out. The boy said “yes”. He had pineapple that evening. Immediately a group from Malaya Hospital went to the pineapple vendor to check. They found the pineapple seller had a cut on his finger while cutting the pineapple, his blood had spread into the fruit. When they had his blood checked, the guy was suffering from AIDS, but he himself was NOT aware. Unfortunately the boy is suffering from it now. Please take care while you eat on the road side.
Seorang budak lelaki yang telah memakan buah nenas 15 hari yang lalu, telah jatuh sakit sejak dari hari dia memakan buah nenas tersebut. Setelah dia dibawa untuk pemeriksaan kesihatan, doktor yang merawatnya telah mengesahkan yang budak tersebut telah dijangkiti penyakit AIDS. Orang tua budak tersebut tidak percaya. Lalu seluruh keluarga telah dikerah untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Dan setelah diperiksa tidak ada seorang un dalamkeluarga budak tersebut yang dijangkiti penyakit tersebut. Lalu doktor yang memeriksa budak tersebut telah bertanya kepada budak tersebut,adakah dia memakan buah nenas yang telah sedia dipotong semasa dia membelinya. Lalu budak itu menjawab 'Ya' dia memakan buah nenas yang sudah sedia dipotong pada petang itu. Lalu sekumpulan doktor dai Hospital Universiti melaya bergegas kewarong dimana budak itu membeli buah nenas tersebut. Mereka mendapat semasa kejadian itu , pekedai tesebut telah terluka semasa memotong buah nenas tersebut, dan darahnya telah meresap kebuah nenas tersebut. Bila para doktor itu memriksa darah pekedai tersebut ternyata pekedai tersebut telah dijangkiti penyakit AIDS tanpa disedarinya. Sehingga kini budak lelaki tersebut telah dijangkiti penykit AIDS. Jadi berhati-hatilah semasa membeli buah yang dijual disebelah jalan raya serta yang tersedia dipotong, kerana tanpa disedari ianya juga boleh dijangkiti penyakit tersebut tanpa kita sedari.

Ahad, 16 November 2008

KITANI BERKAMPONG LAGI SEMULA......



Bacaan Al Fatihah dan doa selamat dari Imam Haji Abd Ghafar Haji Menudin sebagai pembuka majlis pada petang itu.
Ucapan dari Pengerusi Jawatankuasa Majlis Awg Haji Durahim bin Hassan

Terlebih dahulu diucapkan setinggi penghargaan dan tahniah kepada semua jawatankuasa bagi sambutan Hari Raya Aidil Fitri bagi Warga Kampong Panda Besi 'A', kerana telah dengan jayanya berjaya menganjurkan satu acara iaitu mengumpulkan semua bekas warga penduduk yang pernah berkampong diKampong Pandai Besi 'A'. Aku cukup berbangga kerana selaku bekas warga yang pernah berkampong dan membesar diKampongPandai Besi 'A', dapat bertemu kembali dengan kawan -kawan sepermainan semasa kecil dulu, dan selain itu dapat bertemu dengan sanak - saudara yang jarang bertemu dan bersua muka setelah sekian lama tidak berjumpa.


Majlis yang diadakan pada 24hb Oktober 2008 bersamaan dengan 23 Syawal 1429, itu terlalu amat bererti bagi setiap orang yang hadir, selain dapat mengeratkan lagi hubungan tali silaturrahim yang sudah lama tidak bertemu juga dapat mengenalkan dengan ahli keluarga yang baru, terutama generasi baru. Apa yang amat membanggakan ialah sambutan yang ditunjukkan oleh bekas warga penduduk Kampong Pandai Besi 'A' tersebut amatlah dipuji, rancangan yang hanya sekadar rancangan sambil lewa ini rupany mendapat sambutan hangat dari semua golongan. Kehadiran warga yang hampir mencecah 1000 orang itu adalah amat membanggakan pihak jawatankuasa, kerana tidak diduga ianya akan mendapat sambutan yang sebegitu rupa. Diakui, mungkin ini adalah tahun pertama ianya diadakan, kelemahan mungkin berlaku dari berbagai pihak, dan insyaAllah mungkin ianya akan dijadikan sebagai salah satu aktiviti dan mungkin bukan sebagai aktiviti tahunan. Aku amat berbangga kerana majlis yang diadakan pada petang tesebut berjaya sepenuhnya, komitment yang diberikan oleh berbagai pihak telah menjadikan acara dan majlis itu berjaya. Tahun ini acara yang diadakan telah menyatukan kembali warga - warga emas warga Kampong Pandai Besi 'A' yang dahulu, berbagai telatah yang dapat dilihat pada hari itu. Sambil berfikir dan berkata didalam hati, inilah keharmonian yang dikecapi oleh orang tua lagi dulu, sehingga kini pun masih lagi sama, ini jelas terbukti dalam pertemuan yang sebegini. Majlis pada petang itu diserikan lagi dengan berbagai acara antaranya, penyampaian cenderhati kepada warga emas warga Kampong Pandai Besi 'A', penyampaian derma kepada anak - anak yatim , persembahana nyanyian dari jawatankuasa dan juga remaja, persembahan pentas seperti berdondang dari keluarga Haji Basir bin Daud, persembahan Tausih, menjawab kuiz ristaan silam Kampong Pandai Besi 'A' oleh Tuan Haji Abd Kadir bin Taha yang juga menyumbangkan hadiah bagi semua soalan kuiz yang dapat dijawab, forum merista zaman silam diKampong Pandai Besi 'A', dan juga cabutan nama bertuah.


Mendaftarkan diri di meja kehadiran bagi cabutan nama bertuah


Sebahagian dari jawatankuasa tertinggi majlis


Sebahagian dari warga Kg Pandai Besi 'A' yang hadir pada majlis tersebut





Warga emas yang diraikan pada majlis tersebut


Memang kampong Pandai Besi 'A', sejak dari dulu lagi terkenal dengan keaktifan warganya, berbagai acara telah dan malah sering diadakan pada satu waktu. Aku masih ingat lagi sewaktu tinggal diKampong Pandai Besi 'A', acara - acara keagamaan sering mendapat tempat dan dianjurkan oleh jawatankuasa kampong, aku rasa ketika itu belum lagi ada Majlis Perundingan Kampong, namun Kampong Pandai Besi 'A' sudah mempunyai jawatankuasanya yang begitu bergiat aktif, warganya yang begitu sehati dan sepakat menjadikan apa saja yang dianjurkan dan diadakan semuanya sukses. Dari peringkat warga emas sehinggalah kanak - kanak ketika itu semuanya bergotong royong dalam menjadikan majlis tersebut berjalan dengan lancar dan berjaya. Jelasnya semua itu masih lagi diamalkan sehingga hari ini, ini jelas nampak terlihat ketika persiapan untuk mengadakan majlis tersebut, biarpun sudah tidak tinggal bersama lagi, namun sikap gotong royong dan bantu membantu itu masih lagi dapat dikekalkan sehingga kehari ini. Semua ini adalah hasil peninggalan orang - orang tua lagi dulu, yang sentiasa menyatukan anak - cucunya dalam apa jua, sebab itulah sehingga kehari ini juga biar tidak lagi tinggal sekampong namun keharmonian dan kesepakatan itu maseh dapat terlihat dengan lebih nyata lagi.
Persembahan berdondang dari keluarga Awg Haji Basir bin Daud

Peraduan Kuiz Ristaan Silam yang disoal sendiri oleh Tuan Hj AKadir Taha


Persembahan Nyayian Hari Raya oleh Remaja dan Kanak-kanak

Sekali lagi tahniah kepada Semua Jawatankuasa yang terlibat sama dalam menganjurkan dan mengendalikan majlis ini. Semoga ianya akan dapat diteruskan lagi pada masa - masa yang akan datang. Yang tiada hanya kenangan yang terabadi, namun segala peninggalan yang ditinggalkan kekal menjadi ristaan. Semoga kita akan terus bersatu sebagai satu kelurga yang harmoni dan sebagai satu warga yang berwawasan.

Isnin, 10 November 2008

ANAK - ANAK BUAH KU - SAHABAT SETIA KU,



Kali pertama mendapat anak saudara adalah ketika aku berumur 14 tahun dan ketika itu aku didalam Tingkatan 2 di sekolah menengah. Alangkah gembiranya kami sekeluarga ketika itu, maklum sajalah cucu pertama dalam keluarga , cucu pertama bagi arwah ibu dan juga bapa, anak pertama bagi kakak dan abang ipar ku juga anak sauara bagi kami. Alangkah seronoknya kami ketika itu. Dalam erti kata lain aku kini sudah berteman, maklum sajalah aku anak yang bungsu, jadi sekarang sudah ada teman.

(Gambar sebahagian anak - anak saudara ku , gambar diambil selepas majlis Khatan Al-Quran sempena Majlis Perkahwinan Ku.)
Dri setahun kesetahun rupanya keluarga ku semakin bertambah, kelahiran anak - anak saudara ku menambahkan lagi kemeriahan dalam keluarga kami. Dari mereka dilahirkan sehingalah mereka membesar semuanya berada didepan mata, dan aku cukup faham dengan perangai dan kelolahan mereka masing - masing. Dalam soal disiplin aku puji secara jujur anak - anak saudaraku sangatlah berdisiplin dan menghormati orang tua, tapi cuma ada dua orang saja dari anak - anak saudara ku yang tidak ku ingini kerana bagi ku sikap mereka yang begitu kurang ajar membuatkan aku sudah malas dan fed up dengan perangai mereka, Alhamdulillah anak - anak saudara ku yang lain seperti Khairul, Joy, faridah, Amad, Nora, Fairuz, Hisham, Fiqah, Ziqah, Mimi dan sikecil Waie semuanya mempunyai perangai dan disiplin yang baik, terlalu mudah untuk ditegur serta tidak melenting bila ditegur, dan berbeza dari mereka yang berdua tadi ditegur dengan baik kita pula yang dihantari oleh SMS, dan tu kita pula yang dimaki hamunnya. Hati mana yang tidak marah, bagi ku cukuplah aku dah tak nak mahu ambil kisah lagi tentang hal mereka. Biarlah aku pun malas dah nak ambil peduli hal diorang lagi, sebab hati aku dah luka dalam sangat. Diorang ingat bila mereka dah besar tu dah tak boleh ditegur sangat, pedulilah kau orang lah, aku pun dah muak dengan perangai kau orang, yang penting aku masih ada lagi anak saudara yang lain selain dari kamu.


(Gambar puteri - puteri kesayangan ku)

(Faridah sekarang belajar di Liverpool, UK)
Masa berlalu begitu pantas, mereka yang aku timang sewaktu kecilnya kini rupanya sudah pun dewasa, sebilangan dari mereka kini sudah mempunyai lesen memandu, dan ada juga yang melanjutkan pelajaran mereka keUK, dan juga sedang mengambil Diploma disalam sebuah Kolej swasta disini. Khairul and Faridah uncu bangga dengan kamu berdua, keep up a good work and good luck for your future your undertaking, buat Joy good luck semoga akan cepat mendapat pekerjaan, pada Amad study hard for your next year 'A' level, to Nora Good luck for your 'O' level, Fairuz good luck untuk PMB uncu doakan semoga berjaya, dan buat Hisyam good luck untuk peperiksaan ugama darjah 6 tahun ini, buat Syafiqah tahniah dari uncu kerana telah berjaya memeasuki Sekolah Persediaan Arab pada tahun depan, buat Haziqah, Mimi dan Waie belajar rajin- rajin.
Bila mereka dah besar ni, terasa mereka adalah sebagai sahabat kepada ku. Bukan apa kini sudah mudah untuk berkongsi segala hal dengan mereka. Sungguh pun begitu mereka tetap menghormati aku, malah aku sendiri pun menghormati hak mereka, kerana bagi aku, mereka kini sudah bijak untuk membentuk diri mereka masing - masing, apa yang penting kita mesti mempunyai sikap saling mempercayai akan mereka, dari segi teguran aku memang suka menegur mereka itu pun jika ku rasa ada sesuatu yang tidak kena, jika tidak aku tidak akan menegur mereka dengan cara yang berlebihan. Sebab itulah bagi ku kini, anak - anak saudara ku adalah merupakan sahabat dan teman baik ku, teman bergurau senda, teman untuk bertukar fikiran dan teman untuk berjalan - jalan. Tidak ku nafikan pemikiran mereka juga boleh diambil pakai, sering memberikan idea yang baik. Sebab itulah aku sayangkan anak - anak saudara ku. Aku sentiasa berdoa semoga mereka akan terus berjaya pada masa akan datang dan akan menjadi insan yang berguna.
Uncu sayangkan kamu semua......! Salam sayang berabis untuk kamu semua.....!