Jumaat, 23 Disember 2011
Salam Semua Saya Kembali Lagi....
Selasa, 31 Mei 2011
SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN - DAYANG SARING BINTI SALLEH DENGAN AWANG KARIM BIN SALLEH - [PART 3]
SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN DAYANG SARINAH BINTI SALLEH & AWANG KARIM BIN SALLEH - [PART 2]
PENARI YANG DIUNDANG KHAS DARI REPUBLIC CONGOSTAN
BERGAMBAR RAMAI BERSAMA SAUDARA DAN SEPEPU PENGANTIN PEREMPUAN DARI BRUNEI
BERGAMBAR RAMAI BERSAMA SAUDARA DAN SEPUPU PENGANTIN PEREMPUAN
DARI BRUNEI
BERGAMBAR RAMAI BERSAMA KELUARGA SEBELAH PENGANTIN LELAKI
BERGAMBAR BERSAMA AYAH DAN IBU PENGANTIN LELAKI
SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT DAYANG SARINAH BINTI SALLEH & AWANG KARIM BIN SALLEH [Pt. 1]
Jumaat, 6 Mei 2011
KASIHI & SAYANGILAH IBU MU SELAGI MEREKA MASIH ADA.... SELAMAT HARI IBU
Kita akan rasa kehilangan apabila dia sudah tiada dan pergi meninggalkan kita untuk selamanya, disaat itulah kita akan merasakan bahawa kita kehilangan seseorang yang amat kita kasihi, orang begitu memahami kita selama ini, orang yang tahu akan keperluan kita, orang yang tahu apakah yang ingin kita makan apabila kita bersamanya, kerana kini tiada lagi insan yang mengambil berat tentang kita. Kehilangan itulah yang akan memberikan keinsafan kita kepada apa yang telah kita lakukan kepadanya selama ini. Tapi kenapa setelah dia pergi baru kita menyedari semua itu? Kenapa tidak semasa dia masih ada kita tidak merasakan kehilangan itu. Aku cuba berfikir tentang sebilangan umat manusia dimuka bumi ini, yang mana mereka kerap mengabaikan ibu mereka, apa yang amat menyedihkan lagi ialah mereka sanggup menghantar ibu mereka kerumah orang tua, dengan alasan mereka tidak sanggup untuk memelihara ibu mereka, dengan berbagai alasan diberikan asal dia dapat duduk disana, pada hal seribu alasan yang diberikan itu kadangnya hanyalah satu alasan kosong, hanya kerana mereka malas untuk memelihara seorang ibu tua. Tidakkah mereka mempunyai perasaan bagaimanakah perasaan si Ibu apabila anak - anak menyisihkan dirinya terlalu jauh dari mereka, pada hal seorang ibu tidak pernah untuk mengeluh memelihara seberapa ramai pun anak - anaknya, diterima dengan tangan yang terbuka, berusaha dengan lebih gigih untuk memelihara dan membesarkan anak - anaknya, tapi apa yang terjadi, bila dirinya sudah tua, dan anak - anak sudah tidak bersamanya lagi, kesemua anak memberikan berbagai alasan untuk tidak mahu memelihara seorang ibu. Dimana kesilapan ini? Kepada mereka yang tika ini masih mempunyai ibu, tetapi mereka menempatkannya dirumah orang tua, fikirkanlah sebaiknya, apakah perasaan anda jika satu masa anak - anak anda juga akan melakukan sepertimana yang anda lakukan pada ibu anda kini? Apa yang anda rasakan? Jawapanya a pada diri anda untuk menjawabnya......
S E L A M A T H A R I I B U
BUAT SEMUA IBU - IBU
Selasa, 3 Mei 2011
HAI SEMUA...... SAYA KEMBALI LAGI
Ahad, 27 Februari 2011
MAAF LAMA TAK BLOGGING.....
Jumaat, 7 Januari 2011
SELAMAT TAHUN BARU 2011
2010 banyak meninggalkan seribu kenangan yang tidak akan pernah luput dari ingatan saya. Tahun yang banyak menguji kesabaran saya disepanjang hidup saya. Ditahun 2010 yang lalu saya telah kehilangan 2 insan yang tersayang iaitu arwah ayah dan arwah kakak saya. Mereka berdua pergi untuk selamanya dalam jarak waktu yang dekat, dan semua itu telah banyak menguji saya, menguji kesabaran saya ketika itu. Pemergian mereka berdua adalah merupakan satu kehilangan yang amat besar dalam diri saya, dan terlalu amat sukar bagi saya untuk menerima hakikat yang mereka telah tiada. Bagi saya ayah bukan saja seorang bapa yang begitu prihatin pada anak - anak dan keluarga malah beliau juga adalah sahabat yang paling baik kepada kami anak - anaknya, yang mudah untuk dibawa berunding didalam semua hal dan bagi aku pula ayah adalah seorang rakan karib tempat aku mengadukan hal masalah ku, tempat aku bermanja. Dan mungkin kerana itulah terlalu sukar bagi ku untuk menerima hakikat ayah telah pergi meniggalkan aku. Begitu juga dengan pemergian kakak ku, ianya juga amat dirasai oleh seluruh keluarga, seorang yang periang dan juga mudah untuk dibawa berunding. Bagi aku arwah kakak adalah juga teman baik ku juga tempat aku mengadu segala hal, dan kini segalanya telah berubah pemergian ayah dan kakak merupakan satu kehilangan yang paling besar buat seluruh keluarga, namun itulah hakikatnya yang perlu aku terima bahawa setiap yang bernyawa pastinya akan mati.
Kini 2011 menjelma, membuka satu lembaran baru bagi diri ku. Aku berdoa semoga tahun ini akan memberikan aku satu ruang yang terbaik disepanjang perjalanan ku tahun ini, dan semoga apa yang aku impikan akan menjadi satu kenyataan.... Amin.
Pada semua semoga tahun 2011 ini akan memberikan dan membuka satu lembaran baru buat awda semua dan mudah - mudahan awda semua akan dapat mencapai apa yang awda idamkan selama ini.
Ahad, 5 Disember 2010
SELAMAT TINGGAL TAHUN 1431 HIJRIAH DAN SELAMAT DATANG TAHUN 1432 HIJRIAH
Rabu, 17 November 2010
AKU SAYANG ABAH... PASTINYA AKU AKAN MERINDUI MU.
Pada 12 November 2010, tepat jam 1030 malam, Abah ku menghembuskan nafas yang terakhir di Rumah Sakit RIPAS. Aku kehilangan seorang insan yang tersayang, dia bukan saja seorang abah kepada ku malah dia juga adalah seorang sahabat baik kepada ku. Dia adalah insan segalanya bagi diriku. Seorang insan yang begitu memahami hati anak - anaknya, yang tidak pernah menjentik, menengking apa tah lagi merotan anak - anaknya disepanjang hayatnya. Dialah seorang abah yang begitu penyayang kepada anak - anaknya. Tidak pernah untuk menghampakan segala permintaan anak - anaknya pastinya ditunaikan dengan hati yang begitu ikhlas.
Hubungan ku dengan abah begitu rapat sekali, dialah teman ketika berduka, teman tempat mengadu ketika ada masalah dan juga teman bergurau senda. Abah adalah seorang pendengar yang setia , tika ada masalah dia menjadi pendengar kepada permasalahan tersebut, bagi aku segalanya abah. Kasih sayang yang diberikan oleh Abah kepada ku adalah merupakan satu nikmat kasih yang tidak akan aku dapat dari orang lain, kasihnya adalah kasih sejati.
Buat Abah, bersemadilah kau disana dengan damai, tidak akan pernah aku lupakan dirimu, pengorbananmu kepada ku adalah merupakan satu yang tidak akan pernah aku lupakan dan akan terus terabadi didalam diriku selamanya. Nasihatmu adalah kata semangat yang begitu berharga bagi diriku, yang akan ku jadi penunjuk disepanjang perjalanan ku ini, tiada memori yang terindah untuk dijadikan sebagai satu kenangan pada sepanjang perjalanan kehidupan ini adalah ketika aku bersama mu. Abah... kini tiada ada lagi dahi yang ku kucup dan tanganmu yang ku cium ketika bersalam setiap hari, pastinya hari - hari yang mendatang aku akan terus merindui untuk mencium tangan dan mengucup dahi mu. Damailah abah disana.... dan semoga perjalanan mu disana akan teriring bersama rahmat daripada Tuhan.... Amin. Aku yang tinggal disini hanya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan mu disana. Selamat itnggal abah dan aku sentiasa sayang abah....!
Rabu, 27 Oktober 2010
SALAM BUAT SEMUA....
Dua minggu yang lalu berlangsung mesyuarat ke-11 HAPUA bagi Kumpulan Kerja - 3, dimana Negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah kepada mesyuarat tersebut, dan jabatan ku menjadi penyelaras kepada mesyuarat tersebut. Aku dilantik dan diberikan kepercayaan untuk menjadi Jawatankuasa Urusetia dalam mesyuarat tersebut. Mesyuarat yang berlangsung selama dua hari tersebut telah dihadiri oleh lapan buah negara ASEAN, kecuali Malaysia dan Cambodia saja yang tidak menghantar wakilnya keMesyuarat tersebut kali ini. Biasalah biarpun mesyuarat tersebut berlangsung selama dua hari, namun persiapan yang dibuat lebih awal daripada itu, jadi banyaklah kerja yang perlu aku buat. Alhamdulillah, biarpun terdapat sedikit masalah, namun segalanya dapat diselesaikan. Jadi tahniah buat semua jawatankuasa, dan kepada Boss ku PJW, maaf kerana untuk mesyuarat kali ini aku terlalu banyak melakukan kesilapan, maklum sajalah Boss terlalu banyak yang merungsingkan aku dan banyak yang perlu aku fikirkan, terutama dengan ayah ku, kerana itulah aku kurang menunjukkan kerja yang efisyen untuk mesyuarat kali ini.
Bulan ini juga adalah bulan kelahiran isteri ku tersayang, Selamat Hari Jadi Sayang.... Maaflah kerana cuma dapat mengadakan acaranya secara sederhana saja, cuma makan simple saja dirumah, abang harap sayang pun faham dengan kondisi abang ketika ini. Namun apa yang abang dapat katakan, Selamat Hari Jadi semoga dipanjangkan Umur dimurahkan rezeki serta terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi melayan kerenah abang selama ini. Apa pun 'I LUV U, dear'.
BUlan ini juga, aku memikul satu tugas baru dan juga satu tanggungjawab yang begitu besar, aku masih kekal bertugas didalam Jabatan Yang sama, dan masih ditugaskan dibahagian yang sama, cuma aku kini telah dipindahkan ksatu Unit yang mana tugas yang diberikan kepada ku adalah satu tugas yang begitu mencabar aku. Namun aku bersyukur kerana sekurangnya ianya adalah satu pengalaman baru bagi ku, biarpun ianya berat namun aku suka dengan kerja ini. Mencabar.....! Namun aku sedih meninggalkan bilik kerja lama ku, aku sedih meninggalkan kawan - kawan aku disana, biarpun kini lebih selesa dengan keadaan bilik baru ku, namun dari segi keserasian kerja bersama staff disini, masih lagi baru, serba baru bagi ku. Dan apa pun aku suka dengan kerja baru ku, dan aku suka dengan bilik baru ku.......!
Kepada mereka yang menunaikan fardhu haji tahun ini, ku doakan semoga segala pekerjaan yang akan dilakukan disana akan dapat dikerjakan dengan mudah dan selesa, dapat menunaikan ibadat dengan khusyuk dan semoga selamat pergi dan selamat pulang dengan beroleh haji yang mabrur....AMIN...!
Selasa, 7 September 2010
SELAMAT JALAN RAMADHAN DAN SELAMAT DATANG SYAWAL.

Dalam kita sibuk mempersiapkan diri ita untuk menyambut lebaran ini, pastinya kita juga akan bersedih kerana tidak lama lagi kita akan meninggalkan ramadhan, kerana apakah kita pasti akan berjumpa dengan ramadhan pada tahun hadapan atau adakah ini ramadhan kita yang terakhir? Wallah hu wa'lam.... Segalanya adalah ketentuan illahi, namun apa pun yang pastinya kita semua pastinya akan bersedih dengan berakhirnya ramadhan nanti. Selama sebulan berpuasa pastinya telah memberikan satu penglaman yang baru bagi kita semua.
Kepada semua pengunjung blog yang saya hormati, dikesempatan ini saya dan seluruh keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri yang tidak lama lagi akan menjelang, dan pada kesempatan ini saya ingin memohon kemaafaan andainya ada kesilapan dan kesalahan yang tanpa saya sedari disepanjang saya menulis didalam blog ini yang menyinggung perasaan awda semua. Dan semoga Aidil Fitri tahun ini akan mendapat keberkatan dari Allah SWT jua. AMin....!
MAAF ZAHIR DAN BATIN
SEPTEMBER DATANG LAGI.

Dalam pada itu, buat seluruh umat islam dimana saja berada saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang tidak lama lagi akan menjelma. Semoga dengan hadilrya Syawal kali ini akan membawa seribu keberkatan dalam kehidupan kita semua. BAgi saya sendiri Syawal yang hadil kali ini tidaklah menghadirkan seribu kemeriahan seperti sebelumnya, kerana baru saja kehilangan insan yang tersayang. Namun apa pun ianya akan tetap saya sambut dengan ala kadar saja.
Akhirnya Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Bati dari saya dan keluarga buat semua pengunjung blog ini.
Ahad, 29 Ogos 2010
KAU AKAN TETAP DIHATI DAN KAMI AKAN MERINDUI MU SELALU
AL - FATIHAH
06.06.1966 - 29. 08. 2010
Isnin, 9 Ogos 2010
SELAMAT DATANG YA RAMADHAN
Rabu, 7 Julai 2010
THAT'S IT HOW I LOOK ALIKE....!
Rabu, 30 Jun 2010
BULAN JULAI DATANG LAGI.....
Bagi aku kehadiran bulan julai setiap tahun merupakan satu bulan yang paling aku sukar untuk lupakan, jika aku lupa sekalipun masih banyak lagi yang diluar sana akan datang kepada ku untuk mengingatkan aku tentang bulan ini. Bulan Julai tahun ini, akan bertambahlah satu angka lagi pada umur ku kerana bulan julai ini adalah tarikh aku dilahirkan, bila aku teringatkan pada tarikh hari kelahiran ku, aku terlupa rupanya aku sudah semakin berumur sekarang, sudah hampir menjagkau ke 40tahun rupanya aku, tapi aku bersyukur kepada Allah SWT kerana aku diberikan peluang untuk menikmati kehidupan ku, hidup disamping isteri ku yang tersayang, cuma rezeki saja belum ada lagi kerana belum dikurniakan cahaya mata, dan itulah juga antara matlamat yang ingin aku capai pada tahun ini. Dan semoga tuhan akan mengabulkan hasrat ku untuk menimang cahaya mata pada tahun ini.....AMIN. Pada bloggers doakan ye... semoga hasrat ku itu akan dikabulkan.
Apa pun pada awda semua semoga bulan Julai ini akan terus memberikan kebahagiaan kepada kita semua.....AMIN.
Dan kepada pemimpin negara yang amat aku sanjungi iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Peduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah, selamat menyambut hari keputeraan dulia tuanku yang ke - 64 pada tahun ini, semoga kekal karar memerintah negara dan hidup bahagia disamping kerabat diraja. ...AMin...!



















