Isnin, 23 Februari 2009

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN YANG KE 75 BUAT AYAHANDA TERSAYANG

Tanggal 17hb Februari 2009 yang lalu adalah hari Ulang tahun ke75 ayah ku yang tersayang. Cuma pada tahun ini sambutan yang kami adakan adalah berbeza dari tahun - tahun yang sebelumnya, tahun ini ayah menyambut ulang tahunnya bersendirian tanpa mama. Biarpun tahun ini baru 9 bulan pemergian mama namun kami tetap menyambutnya dengan sederhana saja.
Seperti biasa sambutannya kami adakan disalah sebuah restoran disini, dimana kami semua berhimpun kecuali salah seorang cucunya saja yang tidak ada iaitu Faridah kerana masa ini berada diUnited Kingdom, namun sambutan pada malam itu nampak meriah sekali. Dan sudah lama tidak melihat ayah begitu terhibur sejak pemergian arwah mama. Dengan dikelilingi oleh anak - anak dan juga cucu-cucunya yang tersayang mungkin sedikit sebanyak telah menghilangkan rasa kedukaannya selama ini.
SELAMAT MENYAMBUT HARI JADI YANG KE 75 TAHUN AYAH, SEMOGA AYAH AKAN SENTIASA DALAM KEADAAN SIHAT, DIPANJANGKAN UMUR SERTA DIMURAHKAN REZEKI DAN GEMBIRA DISAMPING ANAK - ANAK, MENANTU - MENANTU DAN CUCU-CUCU YANG TERSAYANG. KAMI SEMUA SAYANG ABAH SELALU.

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE25 HARI KEBANGSAAN BUAT SELURUH RAKYAT DINEGARA BRUNEI DARUSSALAM.


Pejam celik rupanya sudah 25 tahun Negara tumpah darah ku yang tercinta ini merdeka. Dan sesungguhnya dalam tempoh 25 tahun tersebut aku dan malah juga seluruh rakyat yang tinggal diatas bumi Darussalam yang aman damai dan permai ini telah merasakan perubahan yang ketara dan juga merasai kenikmatan yang telah disediakan oleh pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Peduka Seri Beginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalm.
25 tahun bukanlah satu jangka waktu yang pendek, bagi mereka yang dilahirkan pada tahun 1984, munkin ada yang sekarang ini sudah pun beranak pinak dan sudah pun mengecapi kejayaan dalam kehidupan mereka. Dan sudah setentunya mereka kini sudah pun dewasa.
Banyak kejayaan dan pencapaian yang terbaik telah pun dicapai oleh negara disepanjang tempoh 25 tahun merdeka, dan banyak juga yang telah dapat dilihat dari segi pembangunan negara. Dari bandar hinggalah kedesa, pembangunan dapat dilihat dengan lebih pesat.
Untuk semua rakyat Brunei Selamat Menyambut Jubli Perak Hari Kebangsaan yang ke25. Semoga apa yang kita capai pada tahun ini akan terus menyerlah lagi pada tahun akan datang. Dan semoga juga keamanan dan kedamaian ini akan berterusan selamanya. Dan marilah kita bersama - sama menyokong dalam membantu memajukan lagi negara Brunei Darussalam yang kita cintai ini. Dan semoga juga negara dan kita rakyat diNegara Brunei Darussalam ini akan sentiasa berada didalam lindungan Allah SWT, terhindar dari segala malapetaka. Amin..

Ahad, 8 Februari 2009

TAHNIAH BUAT KHAIRUL HISHAM * b@c@


Hari khamis yang lalu, sekali lagi aku menerima satu berita yang amat menggembirakan aku dan juga family members yang lain. Keputusan Sijil Rendah Pelajara Ugama bagi tahun 2008 telah dikeluarkan. Syukur Alhmadulillah, anak buah ku yang gmbarnya terpapar diatas telah lulus dengan keputusan yang begitu cemerlang. Dia telah mendapat pangkat satu dengan sebelas agregat.


Keputusan yang diterima adalah amat membanggakan aku, apa yang amat membanggakan aku ialah bila mana dia mendapat pangkat 1 pada matapelajaran Al-Quran. Hebat juga kau ya b@c@, bolehlah nanti jadi ustaz. Hahahaha. Apapun tahniah unuc ucapkan pada anak buah ku yang handsome ini, kerana telah berjaya dalam peperiksan SPRU 2008 yang lalu. Inilah hasil kerja keras mu, dan sekurang - kurangnya mulai tahun ini hanya perlu concerntrate pada sekolah akademik saja. Dan sekurangnya kini sudah boleh rileks pada sebelah petang apa tah lagi pada tahun ini kau akan menduduki peperiksaan PMB, so uncu yakin kau juga akan dapat memperolehi markah yang lebih baik dalam peperiksaan PMB tahun ini. Buat Hisham, sekali lagi uncu ucapkan tahniah atas kejayaan mu yang cemerlang dalam peperiksaan ugama mu yang lalu dan semoga ianya adalah satu titik permulaan bagi kejayaan mu yang akan datang terutama untuk peperiksaan PMB yang akan kau duduki pada oktober tahun ini. Uncu akan terus mendoakan kejayaan kamu semua.
TAHNIAH..... HISHAM.

Selasa, 3 Februari 2009

BICARA WARONG KOPI: FENOMENA ALAM ATAU BALA?


Sejak kebelakangan ini kita heboh dengan keadaan cuaca yang tidak menentu yang telah melanda negara. Tanah susur dan juga banjir kilat telah melanda dibeberapa kawasan dan juga daerah dinegara kita. Dalam kejadian yang berlaku itu telah mengorbankan dua nyawa, yang mana seorang warga berbangsa cina telah mati akibat tertimbus oleh tanah kerana kerjadian tanah susur dikawasan rumahnya dan juga seorang remaja telah mati lemas akibat dihanyutkan oleh banjir yang deras. Takziah buat kedua- dua keluarga diatas kehilangan keluarga mereka tersebut. Semoga dicucuri rahmat keatas rohnya. Amin.

Bagi aku sendiri melihat daripada kejadian yang terjadi ini, berbagai persoalan timbul pada benak otak ku. Kerana selama ini kejadian seperti ini tidak pernah terjadi sehebat begini. Banyak yang mengaitkan hal ini dengan isu hanbgat yang sedang dipersoalkan oleh global iaitu isu KEHANGATAN GLOBAL antara penyumbang besar terjadinya kejadian ini. Namun aku bersyukur kerana kejadian itu tidaklah terjadi didalam kawasana perumahan tempat aku tinggal. Namun aku dapat bayangkan bagaimana dengan mereka yang terkena kejadian ini? Sungguh kasihan, kerana banyak barang yang berharga menjadi rosak binasa. Yang paling hebat sekali mereka terpaksa mengorbankan masa mereka untuk berehat terutama sekali mereka terpaksa berjaga sehingga banjir surut, selepas itu terpaksa pula membersihkan rumah mereka akibat lumpur yang dibawa oleh banjir. Aku prihatin dan kasihan kepada mangsa banjir ini namun apa yang dapat aku lakukan hanyalah berdoa semoga kejaidian ini tidak akan berlarutan.

Dalam pada itu aku sendiri terus berfikir dan memikirkan kenapa kejadian ini terus berlaku? Sepanjang hidup aku kejadian banjir yang berlaku kali ini adalah merupakan salah satu trajedi yang baru pernah aku lihat sepanjang aku hidup. Memang sering berlakunya banjir pada sesetengah kawasan namun tidaklah sehebat begini, sehingga berlakunya tanah susur dibanyak kawasan diseluruh negara, dan hal ini sungguh menakutkan aku. Aku dapat membayangkan bagaimana perasaan mereka yang ditimpa malang yang begini. Namun hanya kesabaran serta doa saja yang dapat dipanjatkan agar ianya tidak akan terus terjadi.

NAmun pernahkah kita terfikir kenapa ianya terjadi? Apakah ianya benar berlaku kerana isu kehangatan global seperti yang diperkatakan? Atau kerana sistem perparitan kita telah banyak yang tersumbat dan kerana itulah air naik melimpah dan terjadinya banjir? Atau apakah kemungkinan besar ianya adalah merupakan salah satu bala yang telah diturunkan oleh Allah SWT kepada kita kerana sikap dan sifat lalai dari kita semua? Jika ia bala apakah perkara yang patut kitA buat untuk membuatkan semua ini dari berterusan? Banyak yang mengatakan ianya adalah kerana bala, namun apakah puncanya sehingga Allah SWT menurunkan bala sedemikian rupa? Marilah kita sama - sama bermuhasabah dan memikirkan apakah segala dosa yang kita lakukan pada masa yang lalu sehingga ditimpakan kejadian seperti ini.
Kita sering terlupa bahawa jika kita mengundang kemurkaan Allah SWT, bahawa akan turunlah malapetaka dari Allah. Jika benar marilah kita semua bertaubat semoga agar semuanya akan diampun oleh Nya. Kita tidak menyangkal bahawa semua kejadian ini adalah berpunca dari malapetaka alam, namun kita tidak boileh menyangkalkan bahawa ianya juga mungkin adalah bala yang telah diturunkan oleh Allah SWT kepada kita. Mungkin ini adalah peringatan awal dari Allah SWT kepada kita agar seterusnya kita tidak akan lek dan lalai.

Jadi fikirkanlah dan marilah kita sama - sama mengingatkan diri kita masing - masing agar semua ini tidak akan berterusan dan semua ini akan mengajar kita untuk terus memerhati diri kita terlebih dahulu, memerhati pada apa yang kita lakukan dan juga berusaha untuk memperbaiki diri kita terlebih dahulu sebelum kita memperbaiki diri orang lain. Kerana jika kita terlampau memerhatikan orang lain dalam semua hal akhirnya bahawa kita sendiri yang perlu pembaikan sepenuhnya. Jadi fikirkanlah apakah kejadian yang terjadi ini adalah sebagai fenomena kejadian alam atau adakah ianya salah satu bala dari Allah SWT untuk menuntut kita supaya sentiasa bermuhasabah.

Akhirnya semoga kita semua akan sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan perkara serta kejadian seperti ini tidak akan terus berulang. Sesuatu yang baik itu datangnya dari Allah jua dan sesungguhnya sesuatu yang buruk itu databgnya dari diri kita sendiri juga. Marilah kita berfikir seketika bersama sambil menghirup secawan kopi hari ini. Dan mudah - mudahan esok mentari akan bersinar lagi mencerahkan suasana siang hari kita.