Jumaat, 23 Disember 2011

Salam Semua Saya Kembali Lagi....

Lama juga saya tak masuk blog saya ni... Terasa rindu juga untuk menulis apa yang perlu untuk dikongsikan bersama didalam blog saya ini. Beberapa bulan yang lalu saya terlalu sibuk dengan berbagai urusan, dan antaranya saya kembali menyambungkan pengajian saya pada bulan Ogos yang lalu.

Sepanjang empat bulan, saya sibuk dengan urusan pengajian saya di Institut Teknologi Brunei, banyak tugasan yang perlu saya saya selesaikan, mana lagi dengan peperikssan yang berlangsung hampir setiap bulan, terasa keletihan juga. DImana setiap hari selepas habis waktu kuliah, pulang kerumah sekejap berjumpa dengan isteri kemudian saya bergegas lagi kembali keITB untuk belajar secara berkumpulan atau 'study group'. Itulah rutin harian saya setiap hari, setiap hari pagi hingga petang menghadiri kuliah kemudian sebelah malam mengadakan belajar secara berkumpulan bersama dengan rakan sekuliah. Namun mungkin belum lagi rezeki saya dan juga mungkin usaha saya tidak begitu baik, saya gagal didalam peperiksaan akhir baru - baru ini, dan akan kembali semula bekerja seperti biasa dalam bulan Januari depan, sebelum kembali menyambung semula pada ogos tahun depan lagi.

Kini saya kembali semula keblog yang sudah lama saya tinggalkan ini, semoga selepas ini saya akan selalu mengunjungi blog ini dan membuat apa yang perlu dikongsikan bersama didalam blog ini. Buat semua yang sering berkunjung keblog saya ini terima kasih kerna sering menyokong saya, dan insyaAllah selepas ini saya akan cuba untuk terus menulis diblog ini. Sekian dan jumpa lagi nanti....... Assalamualaikum....

Selasa, 31 Mei 2011

SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN - DAYANG SARING BINTI SALLEH DENGAN AWANG KARIM BIN SALLEH - [PART 3]


KH HAJAH JIZAH SEMPAT BERGURAU BERSAMA SUAMINYA...
[ROMANTIKLAH.......! HEHEHEHE...... !]





KELUARGA DARI BRUNEI



MEMPELAI MEMOTONG KEK PERKAHWINAN


CANTIKNYA KEK PERKAHWINAN.... MESTI SEDAP PUNYA....!

SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN DAYANG SARINAH BINTI SALLEH & AWANG KARIM BIN SALLEH - [PART 2]


PENARI YANG DIUNDANG KHAS DARI REPUBLIC CONGOSTAN


BERGAMBAR RAMAI BERSAMA SAUDARA DAN SEPEPU PENGANTIN PEREMPUAN DARI BRUNEI


BERGAMBAR RAMAI BERSAMA SAUDARA DAN SEPUPU PENGANTIN PEREMPUAN
DARI BRUNEI


BERGAMBAR RAMAI BERSAMA KELUARGA SEBELAH PENGANTIN LELAKI


BERGAMBAR BERSAMA AYAH DAN IBU PENGANTIN LELAKI

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT DAYANG SARINAH BINTI SALLEH & AWANG KARIM BIN SALLEH [Pt. 1]



29 Mei 2011 yang lalu, aku berkesempatan untuk menghadiri Majlis Perkahwinan bagi Dayang Sarinah binti Salleh dengan Awang Karim bin Salleh, iaitu sepupu kepada isteriku di Bandar Limbang Sarawak. Terlebih dahulu diucapkan selamat Pengantin Baru buat Pasangan Mempelai semoga akan kekal karar jodohnya sehingga keakhir hayat dan mempunyia zuriat yang banyak.... Amin...!.3x


Suasana Majlis yang diadakan pada hari itu amat meriah sekali, dan yang nyatanya suasana Majlis Perkahwinana disana amatlah berbeza dengan suasana Majlis Perkahwinan di Brunei Darussalam, dimana para jemputan yang hadir akan terus menjamu selera dan kemudian boleh beredar selepas itu iaitu selepas mengucapkan selamat kepada keluarga pengantin. Dan itu yang menjadikan suasana bertambah mariah lagi. Alhamdulillah Majlis yang diadakan pada hari berjalan dengan lancar, dan tetamu yang hadir pun datang slih berganti sehinggalah habis waktu jemputan. Semuanya dalam keadaan teratur, begitu pun jua Majlis Persandingan kedua Mempelai berjalan dengan baik, dan keduanya nampak manis dan anggun. Tahniah sekali lagi.





Bersama ini disertakan gambar yang sempat aku ambil dimajlis perkahwinana pada hari itu. Dan semoga ianya akan dapat kita kongsikan bersama.



Jumaat, 6 Mei 2011

KASIHI & SAYANGILAH IBU MU SELAGI MEREKA MASIH ADA.... SELAMAT HARI IBU




'SYURGA DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU', itulah ungkapan yang kita sering dengar sejak kita kecil dan sejauh mana kita sudah menghargai jasa seorang wanita yang telah menjaga dan mendidik kita dari kecil itu? Kita mungkin mengenali dirinya sejak dari kita lagi, namun apakah kita sudah benar - benar memahami hatinya, benar - benar memahami kehendaknya? Kita mungkin mampu memberinya hadiah setiap tahun dan juga mungkin memberinya apa saja, namun apakah itu sudah mencukupi dengan kehendaki hatinya? Apakah kita sudah mendengar segala keluhan hatinya? Kerinduannya? Kesunyiannya? Pernahkah kita mengambil tahu semua itu? Kita sebagai anak - anak kadang - kadang tidak pernah mengambil endah tentang apa yang dikehendaki dan diperlukan oleh Ibu kita, kadang - kadang kita terlupa bahawa kini dia kesunyian dan mengharapkan kita untuk bersamanya. Namun pernahkah kita mengetahui semua itu??????? Jawapannya ada pada diri kita sebagai anak - anak.




Kita akan rasa kehilangan apabila dia sudah tiada dan pergi meninggalkan kita untuk selamanya, disaat itulah kita akan merasakan bahawa kita kehilangan seseorang yang amat kita kasihi, orang begitu memahami kita selama ini, orang yang tahu akan keperluan kita, orang yang tahu apakah yang ingin kita makan apabila kita bersamanya, kerana kini tiada lagi insan yang mengambil berat tentang kita. Kehilangan itulah yang akan memberikan keinsafan kita kepada apa yang telah kita lakukan kepadanya selama ini. Tapi kenapa setelah dia pergi baru kita menyedari semua itu? Kenapa tidak semasa dia masih ada kita tidak merasakan kehilangan itu. Aku cuba berfikir tentang sebilangan umat manusia dimuka bumi ini, yang mana mereka kerap mengabaikan ibu mereka, apa yang amat menyedihkan lagi ialah mereka sanggup menghantar ibu mereka kerumah orang tua, dengan alasan mereka tidak sanggup untuk memelihara ibu mereka, dengan berbagai alasan diberikan asal dia dapat duduk disana, pada hal seribu alasan yang diberikan itu kadangnya hanyalah satu alasan kosong, hanya kerana mereka malas untuk memelihara seorang ibu tua. Tidakkah mereka mempunyai perasaan bagaimanakah perasaan si Ibu apabila anak - anak menyisihkan dirinya terlalu jauh dari mereka, pada hal seorang ibu tidak pernah untuk mengeluh memelihara seberapa ramai pun anak - anaknya, diterima dengan tangan yang terbuka, berusaha dengan lebih gigih untuk memelihara dan membesarkan anak - anaknya, tapi apa yang terjadi, bila dirinya sudah tua, dan anak - anak sudah tidak bersamanya lagi, kesemua anak memberikan berbagai alasan untuk tidak mahu memelihara seorang ibu. Dimana kesilapan ini? Kepada mereka yang tika ini masih mempunyai ibu, tetapi mereka menempatkannya dirumah orang tua, fikirkanlah sebaiknya, apakah perasaan anda jika satu masa anak - anak anda juga akan melakukan sepertimana yang anda lakukan pada ibu anda kini? Apa yang anda rasakan? Jawapanya a pada diri anda untuk menjawabnya......




Setiap 8 Mei tiap tahun adalah tarikh istimewa buat semua ibu diseluruh dunia. Buat semua ibu tidak lupa saya ucapkan Selamat Hari Ibu, hari bahagia ini sememangnya ingin dikongsikan oleh semua ibu, bagi aku sendiri kini ianya hanya tinggal sebagai mengingati Hari Ibu saja, untuk menyambutnya kini hanya sebagai kenangan, sudah tiga tahun aku tidak lagi merayakan sambutan Hari Ibu bersama keluarga, kerana sudah tiga tahun ibu meninggalkan aku pergi untuk selamanya. Sejak itulah juga aku merasakan kerinduan pada ibu, tiada lagi pipi lembut yang aku cium dan dahi yang aku kucup, segalanya tinggal kenangan kini.


Aku bersyukur, biarpun tiada harta yang ditinggalkan namun terlalu cukup aku syukuri kerana dia telah melengkapkan aku dan adik beradik yang lain dengan ilmu pengetahuan yang begitu cukup, baik ilmu dunia mahu pun ilmu ugma, tiada seorang pun diantara kami yang tercicir dikeduanya. Ketegasannya didalam mendidik kami semasa hayatnya adalah merupakan sesuatu yang paling istimewa buat diriku, ketegasan yang memberikan kejayaan didalam kehidupan ku, dan itulah satu nikmat yang amat aku syukuri. Ketegasannya didalam mendisiplinkan aku dan yang lain adalah merupakan satu rahmat yang besar, kerana tanpa ketegasan disiplin itu mungkin kami semua akan jadi spoil, namun kini semua itu hanya menjadi kenangan bagi diri ku dan yang lain, kasihnya kepada kami adalah kasih sejati yang tiada tolok bandingnya. Kasih yang diberikan adalah kasih yang paling ikhlas. Setiap tahun ibu tidak permah melupakan hari lahir kami adik beradik, biarpun ketika itu kami sudah dewasa, dan abang - serta kakak- kakak ku sudah pun berumah tangga, ianya masih lagi disambut oleh arwah ibu, pastinya dia akan sibuk untuk menghubungi kami semua untuk balik berkumpul dirumah semata untuk menyambut hari lahir kami, itulah istimewanya arwah ibu begitu juga dengan arwah abah juga sama. Kami akan berkumpul dirumah untuk meraikan hari lahir, bukan saja hari lahir kami anak - anaknya malah juga cucu-cucunya dan juga anak menantunya juga disambutkan setiap tahun dan hampir setiap bulan ketika itu kami akan meraikan hari lahir dirumah, namun apabila hari lahir arwah ibu yang juga sama dengan hari lahir arwah abah, pastinya mereka akan membawa kami untuk menyambutnya diluar terutama direstoran. Pastinya cucunya diberikan peluang untuk memilih restoran manakah kami hendak pergi untuk menymbut hari lahir abah dan ibu. Tidak pernah untuk meminta dari kami walau sesen pun untuk bayaran menymbut hari lahir mereka, malah mereka berdua sanggup belanja kami, begitu mulia hati ibu ku. Kini segalanya berubah, biarpun kami meneruskan tradisi tersebut, tetapi segalanya terus berubah mengikut masa. Namun aku bersyukur, kerana contoh yang ditunjukkan oleh ibu adalah satu contoh yang amat terbaik bagi ku untuk aku ikuti, ketegasannya telah membawa seribu kebaikan buat kami adik beradik.... Terima Kasih Ibu....... Damailah kau disana dan mudahan rahmat dari Tuhan akan terus bersama mu.....Amin.



Buat mereka yang masih lagi ada orang tua, peliharalah ibu kalian sebaiknya, kasihi mereka dengan kasih yang sejati, kita tidak akan rugi bila kita hidup dan tinggal bersama mereka, namun kita akan kerugian apabila kita menyisihkan mereka, kerana setelah mereka tiada, ada sesuatu yang amat besar akan kita rasakan kehilangannya setelah mereka pergi, malah begitu juga dengan kerinduan setelah mereka tiada pastinya kerinduan itu akan sering bertandang, tapi tiada guna lagi kerana kerinduan itu hanya sesuatu yang menjadikan sebuah kesakitan kerana tiada ada lagi insan yang ingin kita ziarahi untuk kita cium pipi lembutnya dan juga kita kucupi dahinya untuk kita lepaskan kerindua itu. Jadi semasa mereka masih ada, hulurkan kasih sayang anda kepada mereka sepenuhnya, ceriakan hidup mereka, biarkan mereka terus tersenyum riang, dan sekurangnya isikanlah kesunyian mereka dengan kedatangan kita untuk menjenguk mereka selalu, seorang ibu tidak pernah mengharapkan yang lain melainkan kasih aaknya, dan adalah satu hadiah yang berharga kepada mereka dengan kehadiran anak - anak untuk menjenguk mereka selalu dan mengisikan kesunyian mereka, kerana kita tidak pernah tahu kesunyian dan kerinduan siibu pada anda. Jadi kasihi dan sayangilah ibu anda dengan sepenuh hati........


S E L A M A T H A R I I B U
BUAT SEMUA IBU - IBU


Selasa, 3 Mei 2011

HAI SEMUA...... SAYA KEMBALI LAGI




Salam buat semua, apakhabar ? Semoga semuanya sihat - sihat saja, dalam diam rupanya tanpa aku sedari sudah lama aku tak menulis apa - apa didalam blog aku. Terasa rinudu juga bila dah lama tak menulis apa - apa didalam blog aku, tapi apakan daya masa aku kini terlalu singkat, terlalu banyak kerja yang perlu aku selesaikan sejak akhir ini dipejabat, mana lagi sibuk dengan urusan bisnes aku dan isteri ku, bisnes rengkas saja, cukup untuk menampung sedikit keperluan.


Aku mengharapkan tahun ini akan membawa sinar yang terang kepada diri ku, dan insyaAllah jika tiada ada aral melintang aku mungkin akan menyambungkan pengajian ku kmebali didalam sebuah Universiti tempatan disini, itulah hasrat dan citia - cita ku, aku ingin kembali belajar, dan mudahan hasrat ku itu akan dikabulkan. Segala urusanku syukur Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar, dan malah aku sendiri sudah pun menghadiri temuduga, seperti mana yang dikehendaki oleh Universiti tersebut sebagai salah satu syarat begi kemasukan. Dan aku harap kalian mendoakan aku ye....!


Aku memang sudah lama berhasrat untuk menyambungkan pengajian ku, biarpun agak kecewa sedikit kerana tidak dapat untuk menyambungkan pengajian ku keluar negara, namun aku ambil secara postif bahawa inilah yang terbaik yang telah ditentukan oleh Tuhan kepada ku, dan mungkin pada masa akan datang aku akan dapat menyambungkan pengajian ku keluar negeri. Bukan mudah untuk mendapatkan sokongan biasiswa belajar semasa sudah bertugas, terpaksa menanti giliran. Dan nyatanya jika rezeki ku, aku akan kembali belajar lagi, dan aku akan hidup sebagai seorang pelajar lagi...... Amin...!


INsyaAllah, selepas ini aku akan cuba untuk mencari masa yang terluang unuk terus menulis didalam blog kesyaangan ku ini. Pada semua yang sering berkunjung keblog ku ini, terima kasih atas sokongan kalian, insyaAllah aku berjanji aku terus update blog ini, jika tidak setiap hari aku akan mencuba setiap hujung minggu saja.


Akhirnya semoga kita akan berjumpa lagi, dan semoga aku akan mencapai cita - cita ku dan mencapai apa yang aku hajati.... Amin...! Dan jumpa lagi.... Bye...!

Ahad, 27 Februari 2011

MAAF LAMA TAK BLOGGING.....

Salam buat semua, maaflah kerana dah lama tak blogging, aku sibuk dengan berbagai kerja sejak beberapa bulan ni, banyak yang kena aku selesaikan, dan Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan cuma pada ketika ini masih perlu ditapis lagi dan aku harap ketika didalam proses penapisan ini tidak banyak lagilah yang perlu diubah, maklum sajalah jika banyak lagi yang perlu diubah selepas penapisan, bermakna aku akan sibuk lagi, dan itulah yang dikatakan tugas, walau apa pun ianya adalah satu tugas yang perlu aku selesaikan kerana ianya adalah sesuatu yang telah dipertanggungjawabkan kepada ku.


InsyaAllah selepas ini aku akan cuba untuk meluangkan sedikit masa untuk meposkan sedikit cerita pada blog ku ini. Dan ku harap maseh ada yang setia untuk membaca dan mengunjungi blog ku ini.