Khamis, 15 April 2010

EGO DAN HIPOKRIT.

Perlukah dalam hidup kita ini kita mempunyai sifat hipokrit dan ego? Dan kenapakah ia perlu ada pada sifat diri kita? Jawapan pada pertanyaan saya itu ada pada diri awda sendiri.
Ego sering dikaitkan dengan sifat yang dimiliki oleh kaum lelaki, benarkah begitu? Namun bagaimana pula dengan kaum perempuan? Apakah mereka tidak mempunyai sifat ego? Sebenarnya sifat ego dimiliki oleh kedua - dua kaum Adam dan Hawa, cuma masing - masing dengan caranya. Keegoan lelaki sering dilihat pada ketegasan mereka, baik dari segi berfikir yang kadangnya tidak ada toleransi dan jua kompromi dalam apa yang mereka lakukan, namun bagi setengah andaian sifat ego lelaki mudah cair apabila ia bertemu dengan wanita. Apakah ini benar? Mungkin persepsi seperti ini ada kebenarannya dan mungkin juga boleh ditolak sedikit kebenaran yang diberikan.
Ada setengah lelaki mempunyai sifat ego yang tinggi, sehinggakan terlalu susah untuk berkompromi dalam apa jua yang mereka buat, malah ketegasan mereka dalam melakukan sesuatu pekerjaan dapat dilihat bila mana tiada toleransi yang mereka tunjukkan, dan hal ini juga dapat dilihat walaupun mereka bersama kaum hawa, sebilangannya akan menunjukkan taring mereka pada setiap wanita, malah ada ingin wanita itu mengikut telunjuk meeka. Namun berapa ramai jenis lelaki yang sebegini? Itu kita kenalah buat survey dulu.......
Ada pula sebilangan lelaki, mempunyai sifat keegoan yng mudah cair bila berdepan dengan wanita. Dan ini kelemahan yang dapat dilihat pada sebilangan lelaki, mereka nampak keras pada sifatnya, namun bila berdepan dengan wanita yang mereka minati bak kata satu lirik dalam lagu "PIJAK SEMUT PUN TAK MATI", mereka akan mati akal bila mereka bertemu dengan wanita, malah ketegasan yang dapat dilihat pada sifat diri mereka akan cair dengan mudah. Itu bagi sifat ego lelaki yang dapat diketahui..... Bagi saya sendiri saya akui saya memang ego, namun dimana syaa ingin meletakkan keegoan saya itu, itu hanya saya sendiri yang dapat mengetahuinya.
Siapa menyangka wanita tidak mempunyai sifat ego? Bagi sebilangan orang, sifat ego yang dimiliki oleh wanita lebih tinggi daripada kaum lelaki. Entahlah itu saya tak berani komen, kerana nanti tersalah komen yang menerima padah saya pula. Tapi sebenarnya, ego wanita itu dapat dilihat pada ketegasan mereka, banyak yang memberikan persepsi yang berbeza mengenai dengan ego wanita. Sebenarnya apabila seorang wanita itu menjadi boss dalam jabtan, kita akan nampak bagaimana ketegasan mereka dalam menjadi ketua. Malah kita akan ternampak mereka ini mempunyai ketegasan yang tidak mempunyai sifat kompromi dan toleransi, dan malah mereka lebih bertegas dalam memberikan arahan, mereka berani melakukan tindakan yang diluar daripada apa yang kita fikirkan seorang wanita itu dapat bertindak. Sifat mereka inilah yang kadang - kadang dibenci oleh kaum Adam. Bagi sebilangan wanita mereka tidak mudah cair pada lelaki, malah sifat ego mereka nampak terlalu tinggi bila mereka bersama lelaki. Betulkah apa yang saya nyatakan ini? Bagi kaum Hawa, saya minta maaf kerana membuat persepsi ini, namun pada dasarnya dalam ketegasan kaum hawa ada juga sifat kelembutan yang mereka miliki, jadi inilah yang mebuatkan peratusan wanita yang paling tinggi yang mereka pamerkan.
Namun apa pun yang pentingnya, masing - masing diantara kita mempunyai sifat ego, cuma sebilangannya dapat dilihat keegoannya dan sebilangan lagi tidak kita ketahui. Dan dalam hal ini, ada juga perlunya kita mempunyai sifat ego, terutama dalam kehidupan kita, terlalu lurus pada pandangan kadangnya kita akan dibuli, namun terlalu tegas pun kita akan dibenci, apa pun kita imbangilah sifat ego kita agar ianya tidak akan membinasakan diri kita.
Hipokrit sifat yang bagaimana pula??? Banyak jawapan diberikan kepada saya apabila saya bertanya kepada kawan - kawan saya, masing - masing memberikan jawapan yang berbeza-beza, dan mengikut pada pandangan mereka mengenai sifat ini. Namun apa pun ini adalah pandangan saya secara peribadi, hipokrit adalah satu sifat yang dimiliki oleh orang yang tidak pernah untuk mengetahui kesilapan pada dirinya dan cuma mengetahui dan mencari silap orang lain. Orang yang mempunyai sifat hipokrit ini adalah mereka yang tidak pernah untuk meminta maaf pada orang lain sekalipu kesilapan itu dilakukan olehnya sendiri. Terlalu susah baginya untuk melepaskan perkataan maaf dan malah jika seorang lain melakukan kesilapan kepadanya dia tidak akan bertindak untuk membuatkan orang itu sendiri datang kepadanya memohon maaf. Orang yang mempunyai sifat HIPOKRIT ini adalah manusia yang tidak pernah mengenal erti budi orang lain, dia tidak pernah kenal hati budi orang lain apa yang diketahuinya adalah hanya mengetahui sebanyak mana budi yang dibtaburkannya kepada orang lain. Selain daripad itu juga orang yang mempunyai sifat hipokrit ini dapat dilihat daripada lagak dan caranya berkata - kata, sifat yang mereka miliki seolah mereka itu saja yang layak untuk dihormati. Sifat mereka terlalu sombong, mereka tidak pernah mahu untuk menerima sebarang nasihat yang diberikan kepada mereka, kerana bagi mereka apapun tindakan yang mereka lakukan itu adalah semuanya betul, malah bagi mereka itu adalah hak mereka dan orang lain tidak layak untuk masuk campur.
Itu adalah pandangan peribadi saya. Kerana terus terang saya katakan saya banyak bergaul dengan insan yang sebegini, namun apa yang saya lakukan dengan sikap dan perangai mereka yang terlalu hipokrit ini, saya hanya mengikut rentak yang mereka mainkan, namun dalam masa yang sama saya juga bertindak apa yang saya rasa perlu, tidak semestinya saya mengiakan semua perbuatan mereka. Kerana jika mereka salah saya perlu juga memberikan teguran, itu terpulanglah kepada mereka untuk menerima atau tidak. Dan disinilah saya saya daapt memerhati sifat seseorang itu. Pergaulan kita bersama kawan - kawan kadang - kadang mempunyai had dan batasannya, kita pun perlu ada rentak kita dan apa pun yang penting dalam pergaualan kita seharain, mestilah ada sikap toleransi dan berkompromi dalam semua hal, jika kita tidak mempunyai kedua sikap ini, dan hanya mementingkan diri kita sendiri, maka kita akan dapat melihat sendiri bagaimana persepsi rakan - rakan kita terhadap diri kita.
Kerana itulah kita sering tertanya-tanya kenapa kita sering kehilangan kawan atau kenapa kawan - kawan kita menghindarkan diri daripada kita? Itu persoalan yang sering kita ajukan, namun pada dasarnya kita perlu kembali kepada diri kita sendiri, kita lihat apa saja perbuatan yang pernah kita lakukan kepada kawan - kawan kita sehinggakan mereka tidak mahu lagi untuk bersama kita. Dengan cara sebegini sekurangnya kita akan dapat mengubah sikap dan perangai diri kita. Sikap Ego dan Hipokrit adalah kedua sifat yang boleh memusnahkan kehidupan seseorang, dengan hanya memiliki kedua sifat ini secara berlebihan maka ianya akan memakan diri kita sendiri, malah akan membuatkan kita kehilangan banyak kawan adakalanya keluarga sendiri.
Jadi mari kita berfikir bersama-sama, apakah kita perlu berubah sebelum ada orang yang merubah kita? Tidak salah untuk memiliki kedua sifat tadi, namun biarla kena pada tempatnya dansesuai untuk kita meletakkan kedua sifat tadi, namun jika kita terlah tempat untuk meletakkan kedua sifat tadi ianya boleh menghancurkan kehidupan kita. Jadi kita lihat diri kita, kita cermin diri kita bersama - sama, memang untuk melakukan perubahan kita perlu banyak bersabar, perlu banyak berkorban, kita berubah bukan untuk sehari dua malah untuk selamanya. Semoga kita akan sama - sama merubah sikap diri kita.

0 ulasan: