Isnin, 26 April 2010

BICARA ILUSI: ANDAINYA... SEMUT.......




Semalam aku keluar menemankan anak buah ku Nora untuk membeli nasi ayam penyet disebuah gerai yang terletak dikawasan kampong ku. Jadi biasalah dalam kami menunggu tempahan nasi tersebut disiapkan, kami berborak -borak dan diiringi dengan gurauan dan ketawa kecil. Sememangnya Nora pandai berlawak, dan aku sendiri terhibur juga dengan gurauannya.
Semasa kami sedang menanti tempahan kami siap, tiba - tiba Nora terpandang pada satu kumpulan semut yang memang banyak diatas tempat penyimpanan barang digerai tersebut. Aku tidak mengendahkan sama sekali reaksi Nora apabila melihat sekumpulan semut - semut tersebut, namun aku jadi tergamam seketika dan menjadi bengang apabila satu soalan singgah kepada ku, apabila dia betanyakan kepada soalan ini:
' Uncu aku kan tanya uncu......... semut ani pandai becakap kah?' Tanya Nora kepada ku tiba - tiba.
Aku yang ketika itu tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan hanya memberikan satu jawapan rengkas:
' Entah eh inda uncu tau ah, kenapa kau tanyakan uncu soalan macam atu? Mana uncu tau, tapi apa perasaan mu kan? Becakap kan semut atu? ' Balas ku memberikan jawapan pada pertanyaan soalannya.
'Cuba uncu liat ah arah semut atu, kalaunya bejalankan tejumpa ia kawannya, mesti ia beranti tu, nah kan tu cua uncu liat (sambil tangannya menunjukkan kearah kumpuln semut), kenapa tia beranti atu kalau nya inda becakap tu kan....' Balas Nora lagi.
'Antah ah, awu becakap ia kali ah banar, lepas atu besalam ia lagi tu lau inda masakan ia berantikan.......' Jawabku kepadanya sambil bergurau.
Sepanjang jalan pulang kerumah aku tersenyum sendirian mengenangkan apa yang dikatakan oleh Nora mengenai dengan semut tadi. Aku mula berfikir sendiri, dan membuat persepsi mengenai semut tadi. Mungkin betul juga dengan tanggapan anak buah ku tadi berhubung dengan semut tersebut, maklum sajalah apabila diperhatikan saja gerak - geri semut tadi, jelas kelihatan dalam mereka bergerak secara berpasukan apabila mereka terjumpa satu pasukan yang lain mereka seolah berhenti dan seolah mereka berbual seketika dan seperti mereka bersalam, kemudian barulah mereka meneruskan perjalanan mereka semua. Mungkin kerana itulah anak buah ku terfikir kearah itu mengenai semut - semut yang kami lihat tadi.
Bagi aku cara anak buah ku berfikir adalah bijak, kerana apa saya katakan sebegitu, kerana dia begitu peka dengan keadaan sekelilingnya, sehinggakan dia mempunyai pemikiran yang jauh kearah itu, jarang sekali aku mendengar seseorang itu berfikir seperti itu, kerana jika seseorang itu tidak begitu prihatin dan peka masakan dia boleh memikirkan kearah itu. Bayangkan tumpuannya yang begitu tajam terhadap semut - semut yang dilihatnya sehinggakan otaknya ligar berfikir dengan pantas mengenai dengan hal - hal semut tadi. Walau bagaimapun persepsi kita tentang semut tadi samada ia boleh bercakap atau bersalam, ianya adalah rahsia Tuhan, kerana dia yang maha mengetahui tentang sesuatu yang diciptakannya diatas muka bumi ini. Segala rahsia yang tidak diketahui oleh kita manusia hanya dia yang maha mengetahui. Dan itulah dia keindahan dan keunikan setiap ciptaan Tuhan keatas setiap hambanya. Setiap apa yang dijadikan oleh Tuhan diatas muka bumi ini mempunyai rahsia yang hanya tuhan yang mengetahuinya saja.

0 ulasan: