Rabu, 10 Mac 2010

MARI BERKONGSI ILMU : TIPS JADI PEKERJA EFEKTIF (DIPETIK DARI MAJALAH TEMPATAN)




Masa kita setiap hari dihabiskan ditempat bekerja, setiap hari kita bekerja selama 8 jam sehari. Namun kadang - kadang kita masih merasakan bahawa kita belum dapat mencapai hasrat yang ingin kita capai dalam pekerjaan kita. Dan untuk kearah itu kita terus berusaha menjadi seorang pekerja yang cemerlang dan dapat memuaskan hati bukan saja 'big boss' malah juga staff yang lain. Untuk itu aku ingin berkongsi maklumat dengan pembaca blog ini beberapa tips yang aku perolehi dari sebuah mejalah tempatan. Untuk makluman tips ini aku perolehi dari sebuah majalah tempatan dan aku membuatkannya didalam blog ku ini adalah semata untuk dijadikan sebagai perkongsian kita bersama sahaja.
TIPS JADI PEKERJA EFEKTIF
1. FAHAMI HASRAT DAN CITA - CITA JABATAN / SYARIKAT :
Jika kurang faham mengenai hasrat dan cita - cita jabatan/syarikat awda boleh bertanya kepada Ketua awda.
2. MENGIKUTI JADUAL KERJA YANG DITETAPKAN:
Jadual Kerja membantu awda menyelesaikan masalah awda.
3. BERFIKIRAN SECARA KRITIS DAN POSITIF:
Jika tidak mahir melakukan tugas berjumpa ketua dan jelaskan masalah awda.
4. HORMATI PANDANGAN ORANG BAWAHAN:
Terima pendapat orang bawahan kerana ia dapat membantu meningkatkan kualiti dan produktiviti.
5. TIDAK MENCARI KESALAHAN ORANG LAIN :
Terima teguran dengan hati terbuka dan berfikiran positif.
6. BEKERJASAMA DENGAN PEKERJA LAIN:
Bimbing dan bantu pekerja baru baruwalaupun pihak atasan tidak mengarahkan berbuat begitu.
7. HORMATI KEDUDUKAN RAKAN SEKERJA:
Ingat mereka masih sahabat awda.
Semoga dengan perkongsian ini kita akan sama - sama mendapat manfaat darinya, dan kita akan dapat mencapai apa yang kita hasratkan dalam tugas hari kita. Jika kita jujur dalam melaksanakan tugas yang diberikan kepada kita, insyaAllah kita akan sentiasa menerima ganjaran yang terbaik juga bukan saja dari pihak tertentu juga daripada Allah SWT jua. Ingatlah peribahasa melayu ' Dimana Ada Kemahuan Disitu Ada Jalan'.....

0 ulasan: