Rabu, 3 Februari 2010

PUISI KU TERBIT LAGI DIMAJALAH BAHANA.




(Click picture to enlarge)

Mungkin kebanyakan pengunjung blog tidak mengetahui yang aku sebenarnya juga menulis untuk majalah - majalah yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Karierku banyak diterbitkan dalam Majalah - Majalah seperti Bahana, Mekar dan juga beberapa buah buku kompilasi puisi. Dan antara Genre tulisan ku adalah antaranya Puisi, Cerpen dan juga rencana. Namun sejak kebelakangan ini tulisan ku sudah jarang diterbitkan kerana aku sudah jarang lagi menulis, sejak arwah ibu meninggal dan aku mendirikan rumah tangga aku sudah kurang menulis, namun banyak juga puisi yang ku hasilkan ketika ini namun kebanyakannya masih banyak yang pending dan belum habis lagi kerana ketandusan idea ketika ini.



Semalam aku menerima complimentari dari DBP iaitu berupa Majalah Bahana keluaran Bulan Ogos 2009, pada mulanya aku terkejut juga kerana sudah hampir setahun tulisan ku tidak dimuatkan dalam majalah bahana namun kemarin rupanya sebuah daripada puisi ku telah diterbitkan, aku mula terfikir untuk menulis kembali selepas ini cuma yang penting aku perlukan sedikit ruang untuk mencari ilham. Aku cuba memberitahu pada isteriku yang bahawa masa ini aku belum ada ilham untuk menulis sebarang rencana, puisi ataupun cerpen. Isteri ku mencelah dan cuba memperli aku secara halus, katanya tak kan tak ada idea langsung sedangkan untuk menulis pada blog ni setiap hari ada pula idea aku. Well dalam manis rupanya isteri ku menyindir aku, memanglah pada mulanya aku terasa pedas juga dengan sindirannya namun bila aku cuba meenpis pandangannya tersebut. Bagi aku menulis didalam blog adalah merupakan satu idea yang datang secara spontan danianya adalah seperti menulis pada diari, memberitahu apa yang kita buat pada sebelumnya dan juga memberikan beberapa pandangan pada pembaca blog. Namun untuk menulis puisi, rencan dan juga cerpen memerlukan konsentrasi yang cukup baik dalam mengadun jalan cerita agar ceritanya tidak menjadi kelam kabut, dan sbeagai penulis dan pemuisi aku perlu mencari apa jenis cerita yang perlu aku muatkan apa watak yang ingin ku muatkan dan plot cerita yang ingin aku sampaikan akan tidak terkeluar dari plot cerita yang ingin disampaikan.

Puisi aku yang diterbitkan dengan tajuk 'MIMPI - MIMPI YANG SEDAR', entah aku tak dapat menghuraikan disini namun apa yang pasti yang ingin ku sampaikan adalah aku ingin mengejar cita-cita ku dan aku ingin membuktikan pada mereka yang pernah mengatakan pada mereka bahawa aku yakin aku akan dapat mencapai cita-cita itu biarpun ianya terlewat namun yang pasti ianya akan dapat ku gapai. Itu yang ingin ku sampaikan dalam puisi ku tersebut.
Apapun itu hanyalah idea ku, dan kini aku sedang berjinak - jinak untuk menulis lirik lagu, namun masih juga lagi belum habis kepenghujungnya. Nantikan saja apa lagi yang akan aku buat untuk puisi ku kali ini.

0 ulasan: