Ahad, 21 Februari 2010

KETIKA CINTA BERTASBIH


Tiada yang lebih bahagia dalam kehidupan kita melainkan kita ingin melihat diri kita berjaya dan dapat membahagiakan orang yang tersayang. Dan tiada yang lebih bermakna dalam hidup kita andainya kita mendapat cinta yang sejati. Cinta adalah sebuah perasaan yang tidak pernah lepas dalam kita sebagai seorang manusia dan ianya tidak akan pernah luput walau sesaatpun. Dan itulah yang mungkin ingin disampaikan oleh penulis skrip dan juga novel 'KETIKA CINTA BERTASBIH'.
Semalam aku melihat carita 'KETIKA CINTA BERTASBIH', cerita ini benar - benar membuatkan aku begitu teruja sekali malah terasa ingin melihat berulangkali lagi selepas ini. Bagi aku yang juga penulis, ungkapan kata - kata yang disampaikan pada sudut penulisan kita adalah merupakan sesuatu yang terindah pada idea penulisan kita, gaya bahasa dan juga olahan kata - kata yang begitu romantis yang ditonjolkan dalam filem ini adalah merupakan satu gayabahasa yang begitu indah sekali. Tiap patah kata perkataan yang disampaikan adalah sesuatu yang paling indah aku dengar, seolah setiap patah kata yang disampaikan adalah merupakan satu puisi indah. Perasaan cinta dan kasih saya yang ditunjukan melalui cerita ini adalah merupakan sesuatu yang merangkumi isi semuanya makna cinta itu.
Unsur cerita yang diperlihatkan dalam cerita ini merupakan sesuatu yang agak terlalu indah untuk dihuraikan. Rasa cinta dan keintaan itu terlalu besar buat pengarang cerita ini. Cinta yang ditunjukkan adalah merupakan sesuatu yang besar, bukan saja cinta sesama insan yang menjadi pembuka cerita ini, malah juga kecintaan insan pada Tuhan juga ditunjukkan melalui unsur cerita ini, yang mana ditunjukkan keseimbangan makna cinta itu sebenarnya, iaitu cinta pada sesama insan dan juga kecintaan pada Tuhan.
Senerio perjalanan kehidupan yang ditunjukkan dalam cerita ini adalah sesuatu yang unik yang disampaikan melalui jalan penceritaannya. Roda yang berputar dalam kehidupan harian seorang insan itu adalah bertukar - tukar, disalingi dengan penceritaan yang bukan saja dengan cerita percintaan adam dan hawa, juga kecintaan pada agama dan Tuhan, malah juga cerita ini menonjolkan sekuil certia tentang sebuah pengorbanan yang diperlihatkan oleh seorang anak muda. Jalan cerita yang ditonjolkan dalam cerita ini adalah merupaakn sesuatu yang begitu unik.
Rasa cinta yang hadir yang juga ditunjukkan dalam cerita ini bukan daripada rasa cinta yang dilihat pada pandangan pertama, namun rasa cinta yang diperlihatkan dan diceritakan melalui sekuil ceritanya adalah hanyalah melalui dari jalan cerita yang disampaikan oleh orang lain, dan ceritanya pula menonjolkan situasi zaman modern. Inilah yang menjadikan cerita ini menjadi bertambah suspen. Unsur - unsur keegoan dan kesombongan hidup insan juga ditonjolkan dalam cerita ini, yang menjadikan ianya sebagai sebuah filem yang bergenrekan cinta sepenuhnya. Nilai - nilai penerapan pendidikan ugama yang begitu kuat dijadikan sebagai pegangan hidup dalam filem ini yang ditonjolkan melalui cerita ini menjadikan ianya begitu indah dan ianya semakin menguatkan perjalanan cerita ini.
Bagi aku yang telah menonton kedua - dua siri cerita ini berpendapat filem adalah merupakan satu cerita yang terbaik yang pernah aku tontoni, yang mempunyai unsur - unsur penerapan rohani dalam kehidupan insan yang semuanya digaul menjadi satu. Itu hanya melalui padangan dari kacamata ku saja, dan aku menyukainya kerana banyak terdapat keindahan dari segi bahasanya dan aku sendiri telah jatuh cinta pada filem ini, dan teringin untuk melihatnya berulangkali.

0 ulasan: