Isnin, 8 Februari 2010

BICARA SEBUAH KERINDUAN: AKU RINDU PADA ARWAH MAMA LAGI.

Entah kenapa sejak akhir - akhir ini aku begitu merindui arwah mama. Terlalu mendalam kerinduan padanya, entah bagaimana aku hendak nyatakan disini. Apa tah lagi hari lahir ayah tidak lama lagi akan tiba, dan biasanya tarikh lahir ayah diraikan bersama dengan arwah mama.

Entah kenapa tiba - tiba saja aku teringat pada arwah mama, ketika aku tengah bersendirian didalam bilik ofis ku hari ini. Ketika bersendirian tiada apa yang hendak aku buat ketika ini, aku berkhayal dan kenangan ku tiba - tiba mengimbau pada arwah mama. Aku tidak dapat membendung rasa rindu ku pada arwah mama ketika ini. Entahlah kenapa terlalu aku sukar untuk melupakannya, pada hal sudah hampir dua tahun arwah mama meninggalkan kami, namun aku masih terlalu sukar untuk menerima hakikatnya dia telah tiada. Kadang aku menangis apabila terkenangkan arwah. Kenapa terlalu sukar untuk ku menerima hakikatnya? Hari ini aku menangis lagi... entahlah seolah kerinduan ini tidak pernah putus, dan aku seolah mengharapkan arwah mama akan muncul pada kehidupan ku lagi, namun itulah hakikat pada kerinduan ini. Aku cuba untuk melupakannya buat seketika, namun semakin aku cuba utuk melupakannya maka terlalu besar kerinduan ku padanya. Akhirnya airmata ini mengalir pantas dipipi. Kenapa aku terlalu sukar untuk menerima hakikat bahawa mama telah tiada?
Setiap hari kerinduan itu datang, dan setiap hari pula aku cuba untuk membuangkan wajah itu daripada pandangan ku, namun semakin aku ingin membuangnya jauh daripada fikiran dan pandangan ku, hati ini pula yang tidak untuk membenarkan untuk aku melupakannya. Mungkin yang dikatakan sebagai kasih dan sayang yang abadi hingga keSyurga, kasih seorang ibu dan kerana itulah kerinduan ini juga berbeda daripada kerinduan yang lain.
Bagi awda yang masih mempunyai seorang ibu, kasihilah ibu kalian, kerana sesungguhnya kasih yang diberikan oleh seorang ibu kepada anak - anaknya tidak pernah sama bagaimana kasih yang diberikan oleh seorang kekasih. Kasih seorang kekasih apabila ia terguris ia akan meninggalkan kita, namun kasih seorang ibu sehancur mana hatinya oleh sikap dan perangai anak - anaknya, masih ada kemaafan yang diberikan dan tidak akan pernah ditinggalkan olehnya. Maka bahagiakanlah ibumu selagi ia masih ada, terimalah kemarahannya sebagai satu teguran yang mulia, terimalah kasihnya sedalam-dalamnya, bahagiakanlah hidup ibumu, kerana setelah ia tiada barulah kita akan merasakan bahawa kehilangannya merupakan satu kehilangan yang amat besar buat hidup kita. Biar isteri jadi pendamping hidup namun ada saatnya kita akan merindui belaian kasih ibu, tatkala kita sakit, kita pastinya akan teringat dan merindui belaian tangan bonda yang mengurut kita, yang menyuapkan nasi kemulut dan mengelinga kita. Itulah yang akan kita rindui dan akan kita kenang kembali. Segalanya akan terkenang kembali, bertapa indahnya hidup kita dikala bonda masih berada disisi.
Buat kalian disana, hargai dan sayangilah ibu kalian, kasih seorang ibu adalah kasih yang abadi yang akan membawa kita kesyurga. Hari ini dan esuk serta seterusnya hanya akan ada kerinduan buat mama, dimana tangisan adalah ubat pada kerinduan ini. Itulah aku yang akan terus merindui mama..........

0 ulasan: