Selasa, 19 Januari 2010

BICARA RINDU: TERINGAT PADA ARWAH MAMA

Sejak dari minggu lepas lagi aku kurang sihat, pada minggu lepas kepala ku pening dan gigi ku sakit, derita juga rasanya bila aku diserang sakit gigi dan kepala sekaligus. Dalam aku sakit gigi, bisanya buka saja pada gigi malah terasa kesakitannya hingga kemata, aduh...... sakit. Dan dalam minggu ini aku terkena salesma dan batuk lagi, mungkin kerana jangkitan dari isteri ku yang sememangnya beberapa hari yang lepas diserang salesma dan batuk, dan aku baru terkena dalam dua hari yang lepas.
Dalam keadaan melayani kepala yang sedang sakit, hidung pula tersumbat oleh sebab salesma dengan batuk - batuk kecil yang meyerang seberapa kerap, fikiran ku melayang teringat pada arwah mama. Biasanya jika aku demam arwah mama lah orang tempat mengadu untuk meminta diurutkan kepala dan badan, namun kini tiada siapa yang hendak disuruh mengurut kepala dan mengurut badan melainkan isteri, dan kadang - kadang tersirat satu kerinduan pada arwah mama, terasa betul kehilangan mama ketika ini, hati mana yang kadang tidak terusik bila dalam keadaan begini insan yang sering mengelinga diri waktu sakit telah tiada, terasa kerinduan itu terlalu amat memedihkan. Namun itulah dia putaran alam, yang bernyawa pastinya akan mati penghujungnya. Biarpun sudah berteman dalam hidup, namun masih juga terasa keinginan untuk minta dibelai dari seorang insan yang benar - benar istimewa dalam hidup dan bila sudah dia tiada, pastinya tangan - tangan lembutnya yang membelai diri itu dicari dan dirindui.
Pada mereka yang masih mempuyai ibu, kasihilah ibu kalian sepenuh jiwa, kerana tiada yang dapat memberikan kasih seikhlas kasih ibu. Kerana pastinya jika satu hari dia telah tiada pastinya kerinduan itu akan terus bertandang kedalam diri mu. Maka kasihilah ibumu sepnuh jiwa, anggaplah kemarahannya itu sebagai satu nasihat untuk diri mu, tawanya itu adalah sebagai ubat pada kemurungan mu, kerana setalh ia tiada pastinnya kita akan terus tercari - cari. Dan berbanggalah kerana anda masih mempunyai ibu yang menyayangi anda.

0 ulasan: