Selasa, 30 Disember 2008

SELAMAT JALAN 2008.... TAHUN YANG MENINGGALKAN SERIBU KENANGAN.

(image taken from googles)


Hanya beberapa jam saja lagi, kita akan mengucapkan selamat tinggal pada tahun 2008, dan tanpa kita sedari kita sudah berada dipenghujung tahun. Setahun masa berlalu begitu pantas, tanpa kita sedari kita sudah akan meninggalkan tahun 2008, meninggalkan 2008 dengan berbagai kenangan pahit manis yang akan terus menjadi kenangan.
Tahun 2008 banyak meninggalkan berbagai cerita dan kenangan bagi ku untuk aku abadikan sebagai satu kenangan yang paling berharga buat diri ku. Bermula dari januari sehinggalah disember ini banyak meninggalkan kenangan pahit manis.
7hb Mei 2008, adalah tarikh yang tidak akan pernah aku lupakan, dimana tarikh itulah seluruh keluarga ku bersedih, kerana ibu yang tersayang pergi untuk selamanya menghadap maha pencipta. Bagi aku, tarikh itu adalah tarikh kedukaan ku yang tidak akan pernah terluput dari memori ku, saat sebulan lagi aku akan melangsungkan perkahwinan ku ibu pergi meninggalkan aku untuk selamanya, hati dimana yang tidak kecewa, kerana bagi ku itulah hadiah yang berharga buat arwah ibu, setelah sekian lama mengharapkan aku untuk melngsungkan perkahwinan, namun setelah hari bahagia ku hampir tiba saat kegembiraan untuk ku melangsungkan perkahwinan ku tiba, ibu pergi untuk selamanya. Hati dimana yang tidak hiba, biarpun airmata ini terus mengalir dipipi ibu tidak akan kembali lagi. Namun apa yang dapat aku buat hanyalah mendoakan semoga roh ibu akan sentiasa dirahmati dan terhimpun bersama dengan roh orang yang beriman...AMIN...!
Tarikh 13hb Jun 2008, adalah tarikh keramat dan bahagia bagi ku, setelah sekian lama hidup membujang dan membuatkan orang ternanti- nanti untuk melihat aku menamatkan zaman bujang ku, terutama ayah ku dan juga arwah ibu ku dan juga seluruh keluarga ku termasuklah bapa dan ibu saudara ku akhirnya hari ini aku melangsung pernikahan dengan gadis pilihan ku setelah 14 tahun kami berdua menjalinkan cinta dan pada tarikh inilah yang akhirnya telah menyatukan kami menjadi suami isteri. Dalam kegembiraan ku menyambut hari bahagia ku ini, semasa aku melapazkan taklik nikah ku, aku tidak dapat menahan sebak dihati ku bila mana aku terkenangkan pada arwah ibu. Aku menangis dihadapan orang yang hadir. Kerana bagi ku insan yang amat ku sayangi tidak berada disisi ku, namun itulah kenangan pada hari itu.
Pada 20hb Jun 2008, Majlis Malam Berbedak ku dan sekaligus Majlis Khatam Al Quran bagi kesemua anak buahku, seperti biasa tiada kegembiraan ku rasakan untuk majlis ku pada malam itu, aku cuba menahan kesedihan dihati ku, agar ianya tidak diketahui oleh mereka yang hadir. Biar bagaimana pun aku cuba melupakan sementara arwah ibu, namun aku tetap gagal, kerana bagi ku ibu adalah segalanya ketika itu. NAmun aku bersyukur kerana majlis yang diadakan pada malam itu dapat berjalan dengan lancar dan teratur, dan terima kasih buat seluruh keluarga yang bertungkus lumus sama -sama menjayakan majlis ku pada malam itu.
21hb Jun 2008, Majlis Malam Berdudun dan berjaga - jaga, pada malam ini kami hanya mengadakan majlis malam berjaga , kami sekeluarga tidak mengadakan majlis karaoke memandangkan kami masih lagi dalam berkabung arwah bonda, jadi kami menukar format dengan mengadakan majlis cabutan nama bertuah, dengan menyediakan berbagi hadiah, yang mana ditaja oleh kami sekeluarga, Alhamdulillah, ramai keluarga yang hadir pada malam tersebut, dan sekurangnya majlis ku pada malam nampak meriah juga sedikit. Terima kasih sekali lagi buat saudara mara yang berkesudian datang dan menyamarakkan majlis ku pada malam tersebut.
22hb Jun 2008, adalah majlis persandingan ku, Alhamdulillah ramai jemputan yang hadir, biarpun pada mulanya aku menyangka tidak ramai tetamu yang hadir, maklum sajalah banyak yang aku terlupa untuk menjemputnya, namun ternyata tetamu ku ramai juga. Dan aku bersyukur Kedua - dua majlis ku berjalan dengan lancar dan teratur. Jutaan Terima kasih sekali lagi ku ucapkan pada seluruh kaum keluarga ku diatas sumbangan dantitik peluh yang abiskita sumbang kan disepanjang majlis perkahwinan berlangsung, semoga jasa baik abiskita itu akan mendapat ganjaran dari ALLAH SWT jua...Amin.
Banyak yang telah merubah kehidupan ku disepanjang tahun ini, diri ku sepanjang tahun ini. Apa yang dapat aku rumuskan tahun 2008 telah banyak meninggalkan berbagai kenangan buat diri ku, mudahan tahun 2009 akan terus membarikan sinaran baru dan terbaik buat diri ku, dan semoga apa yang aku cita - citakan untuk ku capai pada tahun 2009 akan menjadi kenyataan. Semoga apa yang aku gagal dan belum lagi untuk ku capai pada tahun 2008, akan dapat aku capai pada tahun 2009 ini. Amin...!
SELAMAT TAHUN BARU 2009 BUAT SEMUA YANG MENGUNJUNGI BLOG KU INI

0 ulasan: