Selasa, 16 Disember 2008

INTERVIEW...OH INTERVIEW....!



(Photo taken from Googles)

Hari sabtu yang lalu, aku dipanggil untuk menghadiri interview bagi jawatan Pembantu Teknik Kanan dijabatan-jabatan Kerajaan diJabatan SuruhanJaya Perkhidmatan Awam. Well rasanya sudah hampir 8 tahun aku tidak menghadiri sebarang temuduga kerja, apa tah lagi interview kali ini adalah berlainan sedikit dari yang sebelumnya. Sebelum aku bertolak dari rumah aku cuba menenangkan fikiran ku, aku cuba rileks kan minda ku, supaya aku tidak gusar semasa aku interview nanti. Well sesampainya aku diSPA, aku fikir akulah orang yang pertama, rupanya sudah ada yang mendahului aku.

Semasa aku menyediakan segala persijilan ku dikaunter, aku sedikit menggelebah, entah aku tak tahu. Darah gemuruh ku menderu, namun aku cuba menenangkan fikiran ku. Aku cuba melihat sekeliling barangkali ada kawan yang ku kenali yang juga dipanggil dalam interview ini, ah aku hampa, tiada satu wajah pun yang ku kenali. Aku cuba rileks saja. Sedang aku cuba menenangkan fikiran ku, nama ku dipanggil oleh seorang pekerja SPA, dia membawa masuk satu kertas yang ku berikan pada mereka tadi, dia beritahu aku yang aku terlupa untuk menandatangani kertas biodata tersebut, dan juga mengembalikan beberapa sijil yang ku bawa. Aku tanya kenapa dikembalikan, katanya mereka hanya memerlukan sijil - sijil tertinggi persekolahan ku saja.

Selepas itu aku kembali rilek, aku buka beg galas yang aku bawa bersama ku untuk mengambil kertas yang senghaja aku tuliskan beberapa informasi yang berhubung dengan jawatan yang aku hadiri interview ini, aku baca. Dalam pada itu mata ku mengantuk, maklumlah semalam aku terlewat tidur, kerana banyak perkara yang terjadi malam sebelumnya, malas aku nak ceritakan nanti bosan pula kau orang membacanya. Kemudia aku teringat yang ada beberapa informasi yang aku terlupa untuk menulisnya, lalu apa lagi aku ambil telefon bimbit ku, ku call kawan sekerja ku suruh dia hantarkan informasi yang ku kehendaki melalui SMS, aku tersenyum sendiri, sambil berkata dalam hati nasib baik ada telepon senanglah juga aku nak dapatkan informasi dalam sekelip mata.


Dalam masa menunggu giliran untuk bertemu dengan penemuduga, mata ku mengantuk biarpun waktu baru menunnjukkan pukul 8.30 pagi. Mata ku terlalu mengantuk dan badan ku terara letih mungkin kerana semalam aku kurang tidur. Tengah mata ku mengantuk, numbur yang terpapar pada papan angka menunjukkan numbur ku, tanpa berlengah dan hanya mengucapkan kalimah tawakal aku menghayunkan langkah kaki ku kebilik Lembaga 4 dimana bilik aku akan ditemuduga. Sampai didepan pintu Lembaga 4, aku ketuk pintu. Lebih kurang 2 kali aku mengetuk pintu aku dibenarkan masuk. Setelh disuruh masuk aku terus disuruh duduk. Semasa aku duduk darah gemuruh ku mula turun naik, dada ku berlari kencang, bukan kerana takut tapi kerana rasa gementar melihat pegawai - pegawai yang akan menemuduga aku.

Aku mula ditanya dengan soalan yang berhubung dengan peribadi aku, berlaku gurauan kecil dalam bilik bila aku beritahu mereka yang aku baru saja berkahwin pada pertengahan tahun yang lalu, aku diusik dengan berbagai usikan, biasalah pada mereka yang baru berkahwin, tiada payah aku tuliskan disini. Kemudian aku terus diminta untuk memberitahu pada mereka tentang tugas yang aku buat pada ketika ini, lalu aku mula menerangkan satu persatu tentang tugas yang aku buat pada ketika ini. Berlakulah juga soal jawab dianatara aku dengan mereka, yang berhubung dengan jawatan yang aku pohonkan tersebut. Bermacam soalan yang ditanyakan kepada ku dan Alhamdulillah aku dapat menjawab soalan tersebut dengan baik walaupun ada sebilangannya tidak tepat jawaban yang aku berikan, namun apa yang aku dapat katakan itulah saja yang hanya dapat dan mampu aku lakukan untuk interview ku tempoh hari, terpulanglah kepada nasib, jika ianya rezeki ku maka ianya akan menjadi hak ku, jika tidak aku pastinya akan mencuba lagi pada masa aku datang. Aku tidaklah begitu berharap, namun pegangan hidupku, untung sabut timbul untung batu tenggelam.

Aku pasrah pada ketentuan illahi, kerana aku hanya mampu berusaha untuk kearah itu, tetapi semuanya adalah takdir dari illahi, doaku semoga usaha ku itu diberkati dan dimakbulkan oleh Tuhan. Dan semuanya adalah rezeki dari Tuhan jua jika ianya menjadi rezki ku makan itulah rezeki ku, jika tidak aku akan terus menggandakan usaha ku pada masa akan datang. Doakan semoga interview ku tempoh hari akan berjaya......AMIN....!

0 ulasan: