Ahad, 16 November 2008

KITANI BERKAMPONG LAGI SEMULA......



Bacaan Al Fatihah dan doa selamat dari Imam Haji Abd Ghafar Haji Menudin sebagai pembuka majlis pada petang itu.
Ucapan dari Pengerusi Jawatankuasa Majlis Awg Haji Durahim bin Hassan

Terlebih dahulu diucapkan setinggi penghargaan dan tahniah kepada semua jawatankuasa bagi sambutan Hari Raya Aidil Fitri bagi Warga Kampong Panda Besi 'A', kerana telah dengan jayanya berjaya menganjurkan satu acara iaitu mengumpulkan semua bekas warga penduduk yang pernah berkampong diKampong Pandai Besi 'A'. Aku cukup berbangga kerana selaku bekas warga yang pernah berkampong dan membesar diKampongPandai Besi 'A', dapat bertemu kembali dengan kawan -kawan sepermainan semasa kecil dulu, dan selain itu dapat bertemu dengan sanak - saudara yang jarang bertemu dan bersua muka setelah sekian lama tidak berjumpa.


Majlis yang diadakan pada 24hb Oktober 2008 bersamaan dengan 23 Syawal 1429, itu terlalu amat bererti bagi setiap orang yang hadir, selain dapat mengeratkan lagi hubungan tali silaturrahim yang sudah lama tidak bertemu juga dapat mengenalkan dengan ahli keluarga yang baru, terutama generasi baru. Apa yang amat membanggakan ialah sambutan yang ditunjukkan oleh bekas warga penduduk Kampong Pandai Besi 'A' tersebut amatlah dipuji, rancangan yang hanya sekadar rancangan sambil lewa ini rupany mendapat sambutan hangat dari semua golongan. Kehadiran warga yang hampir mencecah 1000 orang itu adalah amat membanggakan pihak jawatankuasa, kerana tidak diduga ianya akan mendapat sambutan yang sebegitu rupa. Diakui, mungkin ini adalah tahun pertama ianya diadakan, kelemahan mungkin berlaku dari berbagai pihak, dan insyaAllah mungkin ianya akan dijadikan sebagai salah satu aktiviti dan mungkin bukan sebagai aktiviti tahunan. Aku amat berbangga kerana majlis yang diadakan pada petang tesebut berjaya sepenuhnya, komitment yang diberikan oleh berbagai pihak telah menjadikan acara dan majlis itu berjaya. Tahun ini acara yang diadakan telah menyatukan kembali warga - warga emas warga Kampong Pandai Besi 'A' yang dahulu, berbagai telatah yang dapat dilihat pada hari itu. Sambil berfikir dan berkata didalam hati, inilah keharmonian yang dikecapi oleh orang tua lagi dulu, sehingga kini pun masih lagi sama, ini jelas terbukti dalam pertemuan yang sebegini. Majlis pada petang itu diserikan lagi dengan berbagai acara antaranya, penyampaian cenderhati kepada warga emas warga Kampong Pandai Besi 'A', penyampaian derma kepada anak - anak yatim , persembahana nyanyian dari jawatankuasa dan juga remaja, persembahan pentas seperti berdondang dari keluarga Haji Basir bin Daud, persembahan Tausih, menjawab kuiz ristaan silam Kampong Pandai Besi 'A' oleh Tuan Haji Abd Kadir bin Taha yang juga menyumbangkan hadiah bagi semua soalan kuiz yang dapat dijawab, forum merista zaman silam diKampong Pandai Besi 'A', dan juga cabutan nama bertuah.


Mendaftarkan diri di meja kehadiran bagi cabutan nama bertuah


Sebahagian dari jawatankuasa tertinggi majlis


Sebahagian dari warga Kg Pandai Besi 'A' yang hadir pada majlis tersebut





Warga emas yang diraikan pada majlis tersebut


Memang kampong Pandai Besi 'A', sejak dari dulu lagi terkenal dengan keaktifan warganya, berbagai acara telah dan malah sering diadakan pada satu waktu. Aku masih ingat lagi sewaktu tinggal diKampong Pandai Besi 'A', acara - acara keagamaan sering mendapat tempat dan dianjurkan oleh jawatankuasa kampong, aku rasa ketika itu belum lagi ada Majlis Perundingan Kampong, namun Kampong Pandai Besi 'A' sudah mempunyai jawatankuasanya yang begitu bergiat aktif, warganya yang begitu sehati dan sepakat menjadikan apa saja yang dianjurkan dan diadakan semuanya sukses. Dari peringkat warga emas sehinggalah kanak - kanak ketika itu semuanya bergotong royong dalam menjadikan majlis tersebut berjalan dengan lancar dan berjaya. Jelasnya semua itu masih lagi diamalkan sehingga hari ini, ini jelas nampak terlihat ketika persiapan untuk mengadakan majlis tersebut, biarpun sudah tidak tinggal bersama lagi, namun sikap gotong royong dan bantu membantu itu masih lagi dapat dikekalkan sehingga kehari ini. Semua ini adalah hasil peninggalan orang - orang tua lagi dulu, yang sentiasa menyatukan anak - cucunya dalam apa jua, sebab itulah sehingga kehari ini juga biar tidak lagi tinggal sekampong namun keharmonian dan kesepakatan itu maseh dapat terlihat dengan lebih nyata lagi.
Persembahan berdondang dari keluarga Awg Haji Basir bin Daud

Peraduan Kuiz Ristaan Silam yang disoal sendiri oleh Tuan Hj AKadir Taha


Persembahan Nyayian Hari Raya oleh Remaja dan Kanak-kanak

Sekali lagi tahniah kepada Semua Jawatankuasa yang terlibat sama dalam menganjurkan dan mengendalikan majlis ini. Semoga ianya akan dapat diteruskan lagi pada masa - masa yang akan datang. Yang tiada hanya kenangan yang terabadi, namun segala peninggalan yang ditinggalkan kekal menjadi ristaan. Semoga kita akan terus bersatu sebagai satu kelurga yang harmoni dan sebagai satu warga yang berwawasan.

0 ulasan: