Selasa, 7 Oktober 2008

BIACARA SECAWAN KOPI - KAHWIN


Sebut saja perkataan 'KAHWIN' semua orang akan tersenyum lebar, namun tidak semua juga yang gembira mendengar perkataan tersebut. Apa tah lagi belanja atau kos perbelanjaan kahwin sekarang sudah semakin meningkat jika dibandingkan dengan sepuloh tahun yang lalu. Segalanya sudah semakin berubah sekarang ini.
Jika dulu perbelanjaan kahwin boleh dapat dijangkakan perbelanjaannya, segalanya dapat diaturkan maklum sajalah ketika itu harga barang tidaklah seperti harga barang sekarang ini. Jika ditinjau dengan majlis perkahwinan Melayu dimana - mana tempat seperti di Malaysia atau Singapura dan Indonesia, perkahwinannya agak berbeza dengan Majlis Perkahwinan yang diadakan diBrunei Darussalam. Dilihat secara beradat majlis perkahwinan diBrunei terlalu banyak aturcaranya, bermula dari acara majlis pertunangan sehinggalah kemajlis bersanding semuanya diadakan dalam majlis beracara dengan menjemput orang. Namun jika dibandingkan dengan dulu acara perkahwinan sekarang sudah banyak juga yang telah berubah, tidak seperti dulu lagi segala acara perlu dibuat mengikut satu acaranya yang tersendiri, namun sekarang segalanya seperti makanan instant, iaitu boleh diadakan 2 atau 3 dalam satu.
Seperti contoh jika dulu acara Majlis Masuk berbedak perlu diadakan pada hari sebelum perkahwinan, namun sekarang Majlis tersebut sudah boleh diadakan awal sebelum majlis bersanding, dan malah ada juga majlis yang sudah tidak lagi diguna pakai seperti majlis mulih tiga hari, jika dulu majlis tersebut diadakan tiga hari selepas majlis bersanding namun sekarang ianya sudah tidak banyak yang memakai adat tersebut malah ianya juga diteruskan dengan malam berambil - ambilan.
Alhamdulillah Majlis perkahwinan ku telah selesai berlangsung pada akhir bulan Jun yang lalu, biarpun majlis tersebut diadakan dalam masa aku dan keluarga masih dalam berkabung kerna sebulan sebelum majlis perkahwinan ku Ibu ku telah kembali kerahmatullah. Namun kerana semuanya telah diaturkan Majlis Perkahwinan ku ditetap diadakan juga. Dan biarpun masih dalam kesedihan Alhamdulillah segalanya berjalan dalam keadaan yang teratur dan lancar semua ini atas bantuan sanak saudara juga.
Bercerita tentang perbelanjaan Perkahwinan ianya bukanlah satu perkara yang mudah, apa tah lagi ketika ini permintaan dari pihak perempuan terutama untuk perbelanjaan Serba guna semakin tinggi, sudah mencecah sehingga lima ribu ringgit, itu aku tak heran keran aku juga memahami sekarang ini harga barang sudah semakin meningkat dan semuanya itu aku redha, namun aku juga terfikir yang itulah juga kerugiannya aku kahwin lewat dalam usia yang sudah hampir 40 tahun. Apabila aku kira kesemuanya belanja yang aku guna bermula dari hantaran sehinggalah katering dan juga barang-barang lain semuanya mencecah hampir empat puloh ribu ringgit, itupun nasib baik ada sebahagiannya terutama cenderahati bagi majlis kahwin dan malam berbedak dan menghantar berian diSPONSOR oleh arwah ibu dan ayah serta abang ipar dan kakak ku. Namun aku rasa puas kerana semasa aku kahwin ianya juga adalah penutup perkahwinan bagi keluarga ku, kerana akulah yang paling akhir berkahwin dalam keluarga ku.
Namun itulah hakikatnya, jika dulu semasa kakak - kakak ku dan abang ku berkahwin, ketika itu untuk majlis jamuan tidak menggunakan katering sepeti sekarang ini, dan mungkin jugalah kos perbelanjaannya agak murah sedikit ketika itu, dan sebab itulah juga ianya berbeza ketika aku berkahwin tempoh hari. Dan juga terlalu banyak sudah perbezaan kawhin dulu dan sekarang, kerana sekarang ini segalanya perlu dibuat dengan berbagai cara dan mungkin kerana itulah juag perbelanjaannya agak besar.
Namun aku bersyukur biarpun sudah agak terlewat usia ku berkahwin namun aku berkahwin juga akhirnya, sekurangnya sekarang aku sudah mempunyai keluarga, dimana sekarang ini sudah ada orang yang memeduli makan dan minum ku, sudah ada yang menggosokkan pakaian ku malah segalanya sudah ada yang mengaturkan hidup ku. Dan ianya semakin ketara amat berbeza dengan kehidupan semasa bujang. Memang betullah kata orang rugi kalau tak kahwin, begitu juga rugi kerana kahwin lewat. Namun apa pun Alhamdulillah aku kini sudah bergelar sebagai seorang suami dan insyaAllah jika ada rezeki daripada Allah aku akan menjadi seorang ayah, dan mudahan aku akan dapat menjadi seorang suami dan bapa yang baik bagi keluarga ku. Itulah harapan dan doaku setiap hari.
Biarpun kehidupan berumahtangga ini mempunyai perbezaan dari
kehidupan zaman bujang, yang mana memerlukan kesabaran dan juga komitmen yang tinggi utnuk kedua belah pihak, insyaAllah jika dapat bersabar dalam apa juga rintangannya, kehidupan kita suami isteri akan sentiasa baik, apa yang penting sentiasa bertoleransi dan berkompromi dalam semua hal, tidak boleh untuk pentingkan diri sendiri saja, kerana hidup berumahtangga perlu ada sikap toleransi yang tinggi kerana kita mempunyai dua hati yang perlu dijaga, dan juga hubungan persaudaran yang sudah semakin bertambah dan inilah yang memerlukan kesabaran dalam hidup berumah tangga. Mudah-mudahan aku akan tabah menempuhi kehidupan ini.

0 ulasan: